Korang pernah tau tak, yang BOH boleh di buat bahan dalam bahan masakan? Kalau Sis baru pertama kali tau dan dengar ni. Dan Sis juga baru tau yang teh BOH tu boleh di buat pencuci mulut dan juga boleh di masak dalam bahan masakan. Pelik tapi benar. Ingat ke hanya untuk minum aje hehehe.
Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) yang ke 90, pakar-pakar teh telah bekerjasama dengan jurucakap jenamanya, Dato’ Fazley Yaakob bagi memperkenalkan cara terbaharu menikmati teh. Dengan mencipta tiga hidangan mudah iaitu, Ile Flottante, Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim, Kek Cawan Teh Tarik dengan coklat putih dan krim Teh Hijau Jasmin, BOH terus kekal dekat di hati rakyat Malaysia melalui citarasa tempatannya yang sememangnya ekstra Ummph!.
Semasa sesi demonstrasi memasak yang diadakan di Dewan Acara SukaSucre, BOH dan Juara MasterChef Selebriti tersebut berkongsi idea untuk menggunakan teh di dalam masakan harian. Para jemputan turut diberi peluang belajar menyediakan hidangan utama dengan tunjuk ajar dari Dato’ Fazley sendiri.
“Sebagai sebuah jenama yang telah berada di dalam pasaran selama 90 tahun, kami amat mementingkan konsistensi dan kualiti produk kami - dari segi rasa, aroma malah warna teh itu juga. Bakal mencecah satu abad, kami berazam untuk terus memberikan pengguna kami yang terbaik. Kami juga mahu menjadi jenama yang berinovatif dan serba boleh dan bukan sekadar dikenali sebagai minuman sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, kami sedar makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan kita semua. Oleh itu, dalam acara sebegini dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan teh dalam masakan harian mereka untuk rasa yang lebih Ummph!” jelas Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersil BOH Plantations.
“Saya benar-benar teruja bila pihak BOH menghubungi saya untuk mencipta menu menggunakan teh kerana permintaan tersebut memang unik dan masih belum ramai yang mencubanya lagi. Dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan manisan yang boleh dihasilkan. Untuk menu kali ini, kami memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang diperolehi di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerana sasaran kami adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah dapat menambah lebih ‘Ummph’ dalam ketiga-tiga hidangan ini.” kongsi Dato’ Fazley, jurucakap jenama BOH.
Memulakan acara masakan adalah sajian pembuka selera yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest. Bahan ini digunakan untuk memasak meringue bagi menghasilkan Ile Flottante dengan kehalusan tekstur serta kombinasi rasa buah-buahan, bunga-bungaan serta daun pudina.
Resepi: Île Flottante
Sajian seterusnya mengajak para jemputan untuk turut sama memasak hidangan ala Itali dengan sentuhan tempatan. Ia menggunakan rangkaian Herba Melayu BOH untuk menghasilkan pasta yang bukan sahaja mencerminkan tradisi dan budaya Melayu malah kaya dengan remedi warisan turun temurun yang dipercayai dapat menyembuh, membersih, menyegar dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Penggunaan bahan Herba Ratus memberikan rasa asli kepada pasta manakala Sirih Purut pula meningkatkan keenakan rasa berkrim yang pedas serta amat menyelerakan.
Dengan memperkenalkan tiga hidangan hebat ini di dalam menu, BOH berharap dapat melahirkan minat rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai cara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakan harian mereka disamping menyatukan hati mereka semua dengan keunikan minuman keluaran BOH.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke www.bohtea.com atau ke Facebook
page: www.facebook.com/BohTeaMalaysia.
P/S: Tak sangka ek Teh BOH tu boleh buat kuih muih dan masakan? Ermmm nak cubalah!
Dr Fazley ni makin tua makin ensem..apapun Boh tetap pilihan SA satu family...
ردحذفKannn @Suria, tak makan usia wajahnya...rasanya dia sama umur dengan Sis..
حذفbaru tahu teh boh ni boleh guna untuk masak benda lain selain air teh tarik ais...haaa tiberr..hahahha
ردحذفmacam ku kenal aje laki pakai spek dalam satu gambar tu...reef kan tu..hahahahah
Sis ko pun baru tau @Sunah, boleh buat kuih rupanya hahahaha..
حذفIyaaa itu Reef hahahaha