Korang dah semak? Layak ke?
Sis? Hahaha jangan kata PSP, BSH pun tak layak, lagi nak terima subsidi petrol, gelak Suami Sis dengar nanti hahaha. Rasanya rata-rata yang layak adalah mereka (B40) yang telah menerima bantuan BSH sebelum ini. Data penerima PSP daripada golongan B40 itu adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Macam anak Sis,Yana dia baru membeli kereta dan dia juga penerima BSH katageri bujang sebelum ni, so dia telah layak menerima PSP, yerr anak Sis dah check dah, rezeki dialah kan, buat tambah-tambah duit petrol katanya. Tapi pastikan kenderaan korang tu telah berdaftar di JPJ untuk permohonan PSP. Ini termasuk juga jika korang penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan korang dengan JPJ dan membuat permohonan baru di portal PSP.
Program Subsidi Petrol (PSP) adalah satu program yang dilaksanakan kepada isirumah golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40. Program ini merupakan salah satu penambahbaikan pemberian subsidi minyak dalam bentuk bantuan kewangan untuk membiayai sebahagian kos penggunaan petrol bagi rakyat yang benar-benar layak.
Bagi korang yang mahu membuat semakan online kelayakan Program subsidi Petrol ini, korang boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Buka pautan ini psp.kpdnhep.gov.my/ dan klik butang SEMAK KELAYAKAN
2. Kemudian, masukkan nombor Kad Pengenalan.
3. Jangan lupa, tick pada kotak ‘Saya faham dan bersetuju’ dan kemudian klik SEMAK
4. Jika keputusan TIDAK LAYAK, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan klik pada INGIN MERAYU.
5. Masukan Nama, No. IC, Nama Bank dan No Akaun, dan kemudian klik SIMPAN.
Penerima BSH yang layak tetapi masih belum mendaftar, boleh berbuat demikian di laman web https://bsh.hasil.gov.my/
Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
Subsidi petrol akan diberikan jika memiliki kenderaan seperti berikut:
- Kereta dengan enjin 1,600CC dan ke bawah
- Kereta dengan enjin melebihi 1,600CC dan berusia lebih 10 tahun
- Motorsikal dengan enjin 150CC dan ke bawah
- Motorsikal dengan enjin melebihi 1500CC dan berusia lebih 7 tahun
Kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM30/bulan untuk kereta dan RM12/bulan untuk motorsikal. Jika memiliki lebih dari satu kereta atau motorsikal, subsidi akan diberi kepada tahap yang tertinggi untuk satu kenderaan sahaja.
Pemberian subsidi ini dikira berdasarkan penggunaan bulanan sejauh 1,500km atau 50km sehari. Menurut kiraan ini, ia bersamaan 100 liter untuk kereta dan 40 liter untuk motorsikal, pada kadar 30sen seliter. Pemberian subsidi ini juga akan diberi setiap 4 bulan. Bermakna, pemilik kereta akan menerima RM120 setiap 4 bulan, manakala motorsikal RM48 setiap 4 bulan.
Seperkara lagi yang terdapat di dalam soalan lazim, subsidi tidak akan diberikan jika harga pasaran RON95 jatuh di bawah RM2/liter.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1800886800, e-mel: psp@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356.
#SisSharing
P/S: Moga ianya dapat mengurangkan beban pada mereka yang memerlukan..
Terima kasih Sis..sharing.
ReplyDeleteSama-sama @PC ..
DeleteDah semak. tak layak pulak. dah buat rayuan. Harap layak lah.
ReplyDeleteAlhamdulilah...moga layaklah permohonan rayuan @Azhafizah..
Deletelink dalam step no 1 tu silap...yang atas sekali betul
ReplyDeleteMakaseh @Sunah, typo di situ...dah betulkan dah ..
Delete