DOVE MEMPERKENALKAN SIRI PERTAMA PERAPI YANG DIRUMUS KHAS, ADVANCED 1 MINUTE DI MALAYSIA

Sis Lin
8
DOVE MEMPERKENALKAN SIRI PERTAMA PERAPI YANG DIRUMUS KHAS, ADVANCED 1 MINUTE DI MALAYSIA | Sis nak tanya, korang guna syampu apa? Ada guna perapi rambut? Laa syampu aje ke? Tak guna perapi? Kenapa? Yaa ramai tidak tau akan kegunaan dan bagusnya perapi rambut ni, mereka hanya guna syampu dan terus mengeringkan rambut. Lepas tu mengadu rambut kasar, kering dan cepat rosak. Padahal korang yang tak guna perapi rambut selepas memakai syampu.

Tahukah korang bahawa conditioner ada peranan penting dalam penjagaan kesihatan rambut?  Conditioner atau perapi adalah produk yang dapat melembapkan folikel rambut dengan segera. Rambut korang akan terasa lebih halus dan tidak kusut. Perapi rambut ini baik untuk wanita yang berambut panjang dan sesuai untuk wanita bertudung.

Tak tahu conditioner yang sesuai untuk rambut korang?

Pertama sekali, kenali dulu jenis-jenis rambut korang. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam permintaan daripada kalangan pengguna terutamanya wanita yang menyeru jenama-jenama hebat rangkaian rambut untuk menghasilkan satu penyelesaian yang dirumus khas untuk rambut-rambut berbeza bagi mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Menyedari permintaan tinggi dalam dunia kecantikan ini, sebagai salah satu jenama penjagaan diri terkemuka di dunia, Dove telah mengambil inisiatif melancarkan siri pertama perapi rambut dengan rumusan khas yang canggih dengan menampilkan tiga perapi baharu untuk keperluan jenis rambut yang berbeza dengan tahap-tahap kerosakan yang unik.

Siri Advanced 1 Minute ini terdiri daripada perapi :

  • Dove 1 Minute Foam
  • Perapi Dove 1 Minute Milk Gel 
  • Perapi Dove 1 Minute Serum


Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Edelman Berland, kebanyakkan wanita ingin rasa yakin menggayakan rambut dengan cara mereka yang tersendiri dan 4 daripada 5 kalangan wanita mengatakan rambut adalah sebahagian daripada identiti mereka. Walau bagaimanapun, hampir 90% produk rambut yang tersedia di pasaran masih diformulasi dan direka berdasarkan satu idea kecantikan rambut yang sama.

Pada acara pelancaran perapi Advanced 1 Minute, Pengurus Senior Jenama Dove, Chloe Meng berkata, "Kami percaya bahawa menyediakan pelbagai jenis produk untuk memenuhi keperluan rambut-rambut yang berbeza akan membantu meningkatkan keyakinan diri golongan wanita apabila melibatkan gaya dan kecantikan rambut. Kami juga faham pada era hari ini, kehidupan dan gaya hidup yang sibuk serta pantas seorang wanita mendorong kami sebagai sebuah jenama untuk terus menghasilkan produk yang inovatif dan efektif sejajar dengan perubahan masa.”


Setiap daripada perapi rambut ini telah diformulasi dengan teknologi unik untuk memenuhi keperluan wanita dengan rambut yang halus dan nipis, berminyak dan dengan kerosakan yang teruk. Perapi perapi ini dengan berkesan memulihkan dan mentransformasikan rambut menjadi lebih lembut, bebas minyak dan lebih tebal dalam hanya satu 1 minit.

Sehubungan dengan itu, Dove Perapi Buih 1 Minit telah direka dengan buih-buih kecil kelembapan yang sememangnya sesuai untuk membaiki rambut jenis nipis dan halus. Teknologi yang digunakan menjadikan perapi 1 Minute Foam lebih ringan berbanding perapi-perapi biasa yang tersedia di pasaran.



Perapi Dove 1 Minute Milk Gel pula menyasarkan kepada wanita-wanita yang rambutnya berminyak dan rosak menggunakan kompeks penyesuaian mikro memastikan rambut tidak rasa berat, berminyak atau melekit.

Perapi 1 Minute Serum juga menyediakan kompleks penyesuaian mikro paling padat dan kelembapan untuk wanita berambut lebat dengan helaian rambut yang kasar atau pernah terdedah kepada kepanasan melampau atau kerosakan akibat pengwarnaan rambut.

John Goh dari R & D Deployment Manager Home & Personal Care for Dove Malaysia berkata: "Produk-produk ini dirumus dengan keratin pembaikan aktif, kompleks penyesuaian mikro dan kapsul serum yang berupaya menjadikan rambut selembut sutera ketika sesi rawatan rambut. Kami percaya bahawa perapi rambut tidak sepatutnya bercirikan 'satu-produk-untuk-semua' kerana setiap jenis rambut adalah berbeza dan memerlukan penjagaan yang berbeza."

Varian perapi Dove 1 Minute Advanced


Perapi Dove 1 Minute Foam dirumus dengan kompleks penyesuaian mikro paling ringan dengan kebaikan yang melembutkan rambut serta menyerap ke dalam rambut dengan kadar segera.

Buih-buih nutrien ringan ini mengandungi buih kecil kelembapan dan lebih ringan daripada perapi konvensional menjadikan produk ini sesuai untuk rambut halus dan nipis.

Perapi Dove 1 Minute Milk Gel diperkaya dengan kompleks penyesuaian mikro dan menggunakan agen pelembap berasaskan tumbuhan, menggantikan beberapa ramuan “waxy” lebih berat yang boleh dijumpai di dalam perapi-perapi biasa. Tekstur yang dikatakan seumpama sutera menyerap ke dalam rambut dengan cepat.

Produk ini meninggalkan lapisan halus kompleks penyesuaian mikro pada rambut, supaya rambut tidak terasa berat, berminyak atau melekit, menjadikan produk ini sesuai untuk rambut yang berminyak dan rosak.

Perapi Dove 1 Minute Serum dirumus dengan kuasa transformatif kapsul serum, membina semula ikatan yang rosak dalam struktur dalaman rambut dengan setiap penggunaan dan mengurangkan kerosakan rambut yang kelihatan ketara.

Formula ini mengandungi kompleks penyesuaian mikro dan pelembap yang paling padat untuk memberikan kebaikan & kelembutan yang amat diperlukan untuk rambut kering dan rosak.

Siri baru perapi Dove 1 Minute Advanced kini boleh didapati di semua cawangan Guardian dan Watsons. Harga runcit bagi perapi Dove 1 Minute Foam adalah RM21.20 manakala harga perapi Dove 1 Minute Milk Gel 1 adalah RM18.75 dan perapi Dove 1 Minute Serum pula dijual pada harga RM16.30.


P/S: Anak Sis memang pemakai tegar barangan DOVE ni..dulu hingga kini..bagus katanya..

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Yee wangi @PC sebab anak Lin emmang oengguna tegar DOVE ni ...

      حذف
  2. dulu kecik2 pakai dove ni..rambut memang lembut jadinya...

    ردحذف
    الردود
    1. Anak Sis Kakak sampai sekarang guna DOVE ni @Sunah..

      حذف
  3. wah pek baru dove ni macam lawa. bestnya ada banyak pilihan perapi

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, pakaging baru dia cantik, anak Sis pun suka beno @Azhafizah sebab dia pemakai tegar hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!