KISAH BENAR TERKENA SIHIR PEMISAH (SUAMI ISTERI)

Sis Lin
20
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PEMISAH (SUAMI ISTERI) | Sebenarnya agak berkira-kira nak update post ini, Sis tercari-cari sumber mana Sis nak kongsikan, tapi atas sebab nak tau lebih banyak dan nak lebih tau sebab dan tandanya, so Sis kongsikan di sini sebagai rujukan diri sendiri atau kepada siapa yang pernah alami atau sedang alaminya.

Dan selalu Sis ingatkan, berjaga-jagalah, ramai kalangan kita memerhati dan tidak suka akan kebahagiaan yang kita kecapi, kita bukan menuduh tapi ini kenyataannya, makanya berhati-hatilah selalu, meskipun sesaorang itu adalah kawan, sahabat, keluarga, saudara mara atau madu kau sekalipun.. hati-hati korang..

Meh kita baca Kisah Benar terkena sihir pemisah (suami isteri) itu oleh pengamal perubatan Islam yang pernah beliau jumpa dan beliau ubatinya.


Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka.

Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat. Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

Kisah Benar Pasangan Terkena Sihir Pemisah

Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana pesakitnya seorang perempuan yang datang bersama suaminya untuk membuang sihir yang dialaminya iaitu sihir pemisah yang dikatakan hampir merosakkan rumah tangga mereka. Si isteri begitu membenci suami sehingga langsung tidak dapat bersama walaupun tinggal sebumbung.

Cara rawatan sihir pemisah pembenci jarah jauh

Benda atau tangkal yang dipercayai digunakan untuk membuat sihir pemisah hubungan pasangan suami isteri. Pada minggu ini ramai yang datang kerana terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat bersama. Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada nafsu dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya. Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta pergi mengurut dan dapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan. Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya perkara kecil berlakunya pergaduhan dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya.

Berikhtiar

Ketika pasangan ini datang ke pusat perubatan rawatan Islam untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta berikhtiar untuk membuang sihir. Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustaz membuat bacaan Ruqyah terhadapnya sebagai cara merawat serta menyembuhkan sihir ini dan ustaz tersebut turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi.

Teruskan rawatan

Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berpelukan kesedihan. Suami isteri ini berpelukan sambil menitiskan air mata. Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri. Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan. Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh minta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.

Sihir pemisah

Biasanya bomoh ilmu hitam dicari oleh mereka yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan orang yang dikenalinya. Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu bila terkena sihir pemisah ini. Sihir pemisah juga boleh terjadi jika kita ada gangguan saka keturunan, sebabnya saka kebiasaannya akan amat menyayangi cucunya. Insha Allah nanti saya akan bercerita pula tentang saka. Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku kepada pesakit saya. Tapi tak semua yang percaya. Hanya yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman sahaja yang tahu dan rasa penderitaannya. Jika lambat diubati atau tiada penawar untuk batalkan sihir pelalau ini ia boleh mengakibatkan perbalahan, penceraian, perpisahan, rumah tangga retak dan sebagainya.

Sihir pemisah ada banyak jenis sihir pemisah

Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, sila lihat ciri-ciri atau tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.

Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah

Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati. Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa. sebab terutama waktu asar ke atas. Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit. Kerap kembung perut, sendawa angin. Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita). Kitaran haid tak normal. Lambat mendapat zuriat. Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil. Ketika marah kerap meminta cerai. Tidak suka tidur bersama. Nafsu tiada terhadap suami atai isteri. Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.

Jika Terkena Sihir

Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.

Sumber : Media Maklumat. 

Nanti Sis akan kongsikan lagi mengenai kisah ini dan sihir pemisah ini ya. Korang tunggu.


P/S: Tiba masanya, semuanya akan terbongkar..berwaspadalah dalam gerak gerimu wahai manusia bertopengkan Syai*** ..
Tags

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mintak dijauhkan daripada gangguan khurafat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita berdoa @Wak, paling menakutkan sihir dalam diam macam ni...Allahuakbar!

      Delete
  2. Ya Allah, semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan syirik dan khurafat ni. Jomlah baca Qursi selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, minta dijauhkan dari kita semua ya Ammi @Sheila ...

      Delete
  3. Subhanallah..dalam era moden ni pun masih ada yang percaya pada benda2 sihir dan syirik ni ye sis..mintak dijauhkan lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaa @Suria, bila sendiri dah terkena dan merasa, baru kita tau ianya wujud dalam zaman moden ni ...

      Delete
  4. Replies
    1. Sama-sama kita berdoa minta dijauhkan Cik @Nor..

      Delete
  5. Assalamualaikum lin...seram rasanya kalau ada yg dengki n buat mcm ni kn...minta dijauhkan dr perkara2 yg begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusslam Mama @Maszull...yaa Maa, takut, kita berdoalah moga dijauhkan dari semuanya...

      Delete
  6. semoga Allah lindungki kita semua....berubat dan jumpa ustaz jika ada tanda2nya...

    ReplyDelete
  7. mohon dijauhkan benda-benda sihir begini..

    sangat tidak baik dan dosanya cukup besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita mohon dan minta jauhkan dari semua perkara syirik begini ya Tuan @Hanafi..sangat menakutkan ..

      Delete
  8. Sedang alami..umhtga hancur..belum jmpa jalan selesai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berserah pada ALlah...saya juga dah alaminya, tapi Yakin pada Allah...insyaallah semuanya baik-baik aja..

      Delete
  9. Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
    -Jalan Lemal.kelantan
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
    email : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahaukabar.. moga Tuan dalam peliharaan Allah swt..

      Delete
  10. Bagaimana saya nak dapatkan rawatan? nak contact siapa? dah habis beribu dan merata pergi, dia sihat sehari je lepas tu jadi seperti dalam tanda-tanda sihir pemisah yang ditulis diatas 100% sebijik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanaallah.. Saya doakan moga CM bertemu dengan sesaorang yang boleh mengubati..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!