Bersama rakan media dari JDT Blogger, seawal jam 9.45am kami semua dah menunggu majlis bermula. Di ikuti dengan kehadiran tetamu kehormat juga, orang ramai dan kakitangan dan pesakit kanak-kanak.
Program Komuniti Korporat (CSR) & Majlis Perlancaran Dan Penyerahan Marrybrown MB Playland dirasmikan oleh Dato' Lawrence Liew [Pengerusi Persatuan Kebajikan Marrybrown], Datin Nancy Liew [Pangarah Urusan Marrybrown], Dr Khairul Rizal Othman [Timbalan Pengarah Hospital Perubatan 1, HSI).
Buat pengetahuan semua, ini adalah MB Playland yang pertama di lancarkan di Johor dan ianya akan diteruskan di tempat-tampat lain sekitar Johor yang memerlukan. Usaha ini bagi memberi kemudahan dan juga keceriaan untuk kanak-kanak. MB Playland ini di letakkan di ruang legar Klinik Pakar Kanak-kanak.
Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan sewaktu berasa di hospital, MB Playland juga merupakan sasaran utama inisiatif bagi menyediakan permainan untuk kanak-kanak untuk memenuhi masa dan keseronokan yang akan memberi kesan positif terhadap kesejahteraan mereka, dan pada masa yang sama, menjana kehidupan positif di persekitaran hospital.
Pengerusi persatuan amal Marrybrown Dato Lawrence Liew berkata, bahawa mereka sentiasa mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan amal sejak permulaan perniagaan mereka kerana dia sentiasa percaya dalam memberi dan membantu kebajikan masyarakat, masyarakat dapat sama-sama merasa kegembiraannya.
"Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Hospital Sultan Ismail sempena pembukaan MB Playland pertama di Johor Bahru. Marrybrown menyasarkan untuk meningkatkan pemikiran positif dan keyakinan kepada kanak-kanak melalui MB Playland yang berfungsi sebagai daya tarikan yang sesuai terutamanya untuk pesakit muda yang datang untuk rawatan. Terdapat keperluan untuk kanak-kanak bermain dan bersuka-ria bersama kawan-kawan sambil menunggu rawatan perubatan, dan Hospital Sultan Ismail terbukti memiliki ruang yang sempurna untuk menyediakan playland di premisnya", kata Dato Lawrence.
Berfokus pada peningkatan kehidupan anak-anak yang kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas, Marrybrown berhasrat untuk membangunkan kehidupan dan kualiti hidup dengan menyediakan pendidikan dan kebajikan yang tepat yang menyumbang kepada keharmonian sosial dan kedamaian.
"Membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja memberikan sumbangan wang, tetapi juga memahami latar belakang mereka dan tetap membantu mereka dengan cara yang sedikit sekalipun. Ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk meletakkan mereka orang pertama, sama ada majikan, pelanggan atau komuniti kami. Adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Hospital Sultan Ismail dalam usaha untuk membantu masyarakat dan kami berharap melalui perkongsian ini, kami dapat menyokong dan di beri sokongan dalam bermacam cara dan sumber."tambah Dato Lawrence.
Selepas MB Playland, Persatuan Amal Marrybrown akan memberi tumpuan kepada pengumpulan dana untuk menganjurkan acara kebajikan dan kegiatan yang akan melibatkan orang ramai ke bahagian CSR mereka. Tambahan lagi, Marrybrown juga akan meletakkan kotak sumbangan mereka di setiap outlet di mana semua orang boleh menyumbang kepada masyarakat dan membuat kebajikan.
Sejak pembukaan outlet pertama pada tahun 1981 (Sis ko umur 5 tahun), Marrybrown telah berkembang di dalam dan di luar negara dengan jayanya sebagai rantaian makanan segera Malaysia pertama dan terbesar, dengan lebih daripada 500 premis di 16 negara. Sebagai jenama kebanggaan Malaysia, Marrybrown sentiasa komited untuk memberikan kepada masyarakat dengan pelbagai program di bawah payung Persatuan Amal Marrybrown, dengan memberi tumpuan kepada kebajikan kanak-kanak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.
Selesai aja majlis perlancaran, jamuan makan disediakan, tentunyalah jamuannya adalah sajian dari Marrybrown. Dan sudah tentulah Sis akan memilih ayam goreng Marrybrown. Memang suka! Sebut Marrybrown, mesti nak ayamnya. Terbaru ada Nasi lemak Ayam Rendang, korang dah cuba?
Silalah cuba, memang sedap! Terima kasih Marrybrown. Moga usaha murni ini akan diteruskan dan memberi keceriaan buat semua masyarakat.
Untuk maklumat lanjut boleh ke:
Facebook : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Website : https://www.marrybrown.com/
P/S: HSIJB ni dah jadi rumah kedua Emak Sis ..ehehehe semua orang dah kenal dia rasanya...
sambil makan sambil boleh main2 di playground =D
ReplyDeleteIyerr @Siti, kalau di Hospital, sambil menunggu, anak-anak boleh bermain di MB Playland..
Deletesuka ayam MB ni
ReplyDeleteSama juga Sis @Shuhaida..kalau ke Marrybrown, mesti nak ayamnya..
Deletetahniah marrybrown dan hsijb!
ReplyDeleteAlhamdulilah, moga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak kan @Sunah..
Delete