Agak-agak akan ada dan sampai ke Johor tak?
Bermula raya puasa tahun ni, rata-rata semua kawan Sis balik kampung di Utara gunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ni. Tak payah fikir jem ke apa ke katanya, selesa dan macam naik kapal terbang katanya.
Harga tambang pun boleh di katakan murah dan berbaloi, tidaklah terlalu mahal. Kalau di kira naik kereta, sama juga perginya, dan lebih jimat kata kawan Sis. Ermm melonjak teruja pulak Sis dengar dan rasa nak cuba naik ETS ni laa..bila ek nak naik...macam nak naik pergi ke Padang Besar je..
Jom korang!!
Untuk kali ni Sis nak kongsikan jugalah jadual perjalanan dan harga tiket ETS ke negeri-negeri dan tempat yang di tuju. Harap dapat membantu Sis sebagai rujukan dan juga untuk korang semua yang nak naik atau bakal naik
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kereta api elektrik ini telah menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel untuk perjalanan yang selesa, cepat dan tepat dengan kelajuan 140km/j.
Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket
KL Sentral – Padang Besar & Gemas
Berikut adalah jadual perjalanan ETS terkini untuk laluan arah utara dan selatan.
Jadual Perjalanan ETS Terkini klik >>> KTMB
Jadual Harga Terkini Tiket Tren ETS KTMB
1. Harga Tiket ETS Gold
Tiket sehala dari KL Sentral ke Padang Besar atau sebaliknya adalah RM80 (Dewasa) dan RM44 (Kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun)
2. Harga Tiket ETS Platinum
Harga tiket untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Klik Harga >>>> Tiket ETS Gold Terperinci
So korang apalagi, jom laaa kita pusing Utara naik ETS yok..siapa nak ikut hehehe sila PM tepi hohohoho..
P/S: Tak dapat bayangkan kalau ada sampai ke Johor ETS ni, Ya Allah mudahnya kalau Sis ko nak ke KL nengok anak dan pergi bercuti nak ke KLIA tu..kan kan kan...
betul la sis.. teringin nak naik ETS jugak.. tak pernah naik ketapi jalan jauh.. anak2 lagi tak pernah... kalau ada sampai JB memang best..
ReplyDeleteKann @Dilah, hehehee takpe mana tau satu hari nanti ada sampai ke JB ni...
Deletepenat nak drive ke utara nun kak... naik ni rilex je... harga pun kira berpatutan kan
ReplyDeleteBetul @Norhidana, ramai kawan Sis Raya haritu semua naik ETS aje..cepat dan mudah..
DeleteMemang ramai yg naik ETS, selain jimat masa dan tenaga nak drive. Nak bawa juga anak2 naik tp kne tunggu dorg besar sikit.
ReplyDeleteYerr @Fiza, lepas ni kalau ada sampai ke JB, memag Sis pu naik ETS aje agaknya hehehe..
DeleteMohon sangat menteri baca entri sis lin ni 😂😂😂
ReplyDeleteHahahaha harap-harapnya begitu @Sunah hahahaha
Delete