Yaa, biasa kalau datang makan malam ni, korang datang makan, dah kenyang, habis makan, terus balik kan?, tapi kalau korang makan malam di Thistle Johor Bahru pada Hari Sabtu, korang akan di sajikan dengan pertunjukkan api tu. Sis sendiri pun teruja melihat pertunjukkan malam tu, sampaikan terpilih jadi volunteer makan api hahaha. Persoalannya, adakah Sis ko makan api itu? Hohoho...
Pertunjukkan api itu berlangsung di tepi kolam renang restaurant aja, korang boleh keluar menontonnya dan selepas tamat pertunjukkan (lebih kurang 1 jam, termasuk Dancing Dolls), korang sambunglah balik makan.
Untuk buffet kali ini, secara jujurnya yang Sis lihat dan rasa, ianya lebih kepada masakan melayu. Tak kisahlah dari negeri mana pun, tapi memang banyak menunya yang di hidangkan memenuhi citarasa kemelayuan. Ye laa nama pun Muhibbah Buffet Dinner kan, so memang kuranglah menu westernnya. Tapi tetap ada juga.
Akan tetapi, walaupun menunya banyak menu kemelayuan, rasa, hidangan dan menu yang ada memang menjadi pilihan semua orang yang datang makan di sini. Rata-rata suka akan menu yang tersedia. Dan ada beberapa menu yang memang jadi pilihan utama pengunjung setiap kali datang ke sini. Nak tau apa menu istimewa itu? Jom kita lihat.
Chef's Special Creation - Kambing Tempayan
Istimewanya menu Kambing Tempayan ini adalah ianya di masak secara steam bersama buah kabung. Korang tau apa itu buah kabung? Yerr buah kabung yang biasa kita makan dalam ais kacang tu. Memang sangat berlainan menu ini, dan rasanya? Ermmm ada UMPHH! Memang sedap sangat! Korang kena cuba kalau ke sini.
Rendang Minang - Buffalo Meat With Herbs
Korang juga mesti nikmati Rendang Minang ini yang di makan bersama nasi Beryani. Rendang daging kerbau ini di masak dengan herba-herba yang begitu meresap ke dalam dagingnya. Yaa umum juga tau, daging kerbau ini rendah kalori dan juga penuh dengan protein. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet. Mesti cuba ni.
Types of Main Dishes
Untuk menu utama yang di sediakan, antaranya Fried Mee Hoon Siam, Spicy Fried Chicken, Sweet and Sour Fish, Tempe and Tauhu Lemak Chili, Chinese Green Vegetables dan banyak lagi.
Menu-menu ini akan menjadi pusingan ya setiap minggu, jangan nanti time korang datang, tengok eh takde pulak menu yang ini. Yaa pihak hotel akan membuat 4 kali pusingan menunya.
Kalau Sis, suka akan Mee Hoon Siamnya, terasa udang keringnya dan juga menu Sweet and Sour Fish tu..sedap sangat!
Appetizers & Salads
Untuk menu section salad pulak, bermacam-macam ada, termasuk juga Rojak Sotong Kangkung Malaysia, Shushi & Kimchi, 6 Types of Marinates Salad & Mixed Garden Salad, Types of Malaysian Fruits Pickles, Assorted Cookies & Dried Fruits, 6 Types of Malay Ulam & 6 Types of Sambal, 4 Types of Crackers, Chili Sauce, Thousand ISland Dressing, Thai Sauce, Tomato Sauce, Mayonise.
Eh Kimchi dia sedap sangat!! Sis paling banyak makan Kimchi dia hahahaa. Juga korang kena cuba rojak buah dia tu, campuran petis dia begitu enak!! Lain dari yang lain rasanya. Dan banyaklah yang korang boleh cuba. Makanan sihat ni okay!
Additional Menu & Assorted Dessert
Section yang ini korang boleh jugalag buat pilihan, kalau tak nak makan nasi ke, korang boleh makan Prawn Noodle, Northd Indian Pumpkin Soup, Chicken Rice atau aneka pencuci mulut dan juga buah-buahan.
Satu Sis nak bagitau, Dim Sum dia istimewa sikit, sebab Chef ada sediakan satu sos sambal yang agak pedas sedikit, bila makan dengan Dim Sum tu, jadi lebih sedap! Sis sukakannya.
Live Action
Carving Station : Roasted Lamb & Beef with Black Pepper Sauce & Mint Sauce
Chinese Corner : Hainanese Chicken Rice Stall & Condiments
North and South Indian : Biryani Rice, Dhal Curry, Chicken Masala, Assorted Pickles
Western Corner : 3 Types of Pasta with Choice of 3 Sauces
Action Station : Nyonya Popiah & Vietnamese Spring Roll
Kesemua yang di atas ni korang boleh makan secara panas. Memang akan di masak panas-panas. Mesti cuba menu masakan India tu ya, korang rasa dia punya Chal Curry, lain benar rasanya. Kalau dapat roti canai, perghh terus Sis ko jerit roti canai banjir satu!! Hahahaha..
'Fire Eater', seperti yang Sis bagitau awal-awal tadi, haa sambil makan sambil melihat pertunjukkan api kan, yaaa itulah dia budak-budak api tu haaa, kemain seksi ko ek Dikk...tapi Hakak takut Dikk, ko berkuasa 3 ekk makan api hahahah..buffet seddap-sedap, ko makan api ek hahaha..
Korang boleh lihat dan baca poast Fire Eater Sis ni ya...hanya setiap hari Sabtu aja okay.
Korang boleh di facebook Page @akusislin di atas untuk melihat lebih banyak gambar lagi ya.
Muhibbah Buffet Dinner Thistle Johor Bahru .
Glass Restaurant, Lobby Level
Setiap hari Jumaat & Sabtu
Jam 6.30pm - 10.30pm .
Harga RM 88nett/dewasa & RM 48nett/kanak² (6-12 tahun).
Lebih dari 80 jenis menu yang ada.
Sambil makan korang juga akan dihiburkan dengan adik² Dancing Dolls juga persembahan 'Fire Eater' selama 1 jam. *Setiap Hari Sabtu Sahaja jam 8pm.
Untuk tempahan meja:
Call : 07-222 9234 atau
Email : fnbcoordinator.jb@thistle.com.my
P/S: Suka suasana tempatnya, aman tenang, mungkin sebab cermin berkaca luas tu..luas pemandangan gitu..
Hmm dah lama tak makan-makan kat hotel. JArang dah pergi bercuti ambil penginapan sekali dengan buffet makan.
ReplyDeleteYaaa Tuan @Hasrul, kalau ada rezeki apa salahnya kan, sesekali gitu...
Deletesedap gilerrr kambing tempayan dengan rendang minang tu!
ReplyDeleteKannnn, ajommlaaa kita pergi yokk, buy 5 free 1 katanyaa @Sunah hehehee
Delete