MUST TRY! MENU MASAKAN ITALI TERBAIK HANYA DI TOSCA

Sis Lin
10
MUST TRY! MENU MASAKAN ITALI TERBAIK HANYA DI TOSCA | Yaa mesti cuba katanya! Tosca kini telah mengeluarkan konsep dan menu terbaru yang diberi sentuhan baru iaitu menu masakan kegemaran Itali. Restoran berkonsepkan trattoria di DoubleTree by Hilton Johor Bahru kini kembali semula dengan menggabungkan gaya masakan Itali klasik dengan bahan-bahan asli masakan Itali untuk memberikan pengunjung merasai rasa sebenar masakan yang paling tinggi citarasanya di dunia.

Dan ini adalah pertama kalinya Sis datang ke Tosca dan ternyata konsep yang di ketengahkan memang konsep Itali. Suasana tempat makannya pun di tepi kolam renang dalam susana tenang dan open air. Memang relax dan santai aje makan di sini.

Yang paling terkejut pada malam itu, begitu banyak sekali menu yang di hidangkan, kesemua menu-menunya Sis dapat rasa dan ternyata ianya sangat berbeza dan rasanya sungguh istimewa, walaupun ada juga 2 menu tu, tekak Sis tak boleh terima hehehe. Yelaaa tekak memasing kan..

Semua hidangan adalah terjual dalam menu ala-carte, harga yang di jual sangat berbaloi. Maaf takde harga nak di letakkan, tapi percayalah harganya sangat berbaloi.




Salah satu yang menarik perhatian Tosca ialah Bilik Keju (Cheese Room) yang mula beroperasi semula dengan lebih dari 50 jenis pilihan cheese-cheese yang terbaik dari seluruh Eropah, antaranya, UK (Blue Stilton, Applewood Smoked Cheddar), Itali (Gorgonzola, Provolone, Soresina Dolce, Taleggio, Grana Padano), Switzerland (Emmenthal), Sepanyol (Queso Iberico, Manchego Dop), Belanda (Edam, Beemster), Ireland (Wicklow Cheddar); dan Perancis (Bleu Bresse, Roquefort Crouzat, Camembert, Brie, Cantal Jeune, Rondin Goat Keju, Petit Pave D'auge, Raboliot Mi Affine, Langres Aop, Comte Aop, Le Napoleon Commingeois Brebis), dan banyak lagi.

Bagi pecinta keju, bilik Keju menawarkan harga kepada pecinta keju dengan harga hanya RM38.00nett setiap orang.

Dapat juga Sis merasa cheese-cheese yang boleh Sis makan. Maksudnya di sini, yaa tidak semua boleh makan, sebab ada antara cheese tu baunya aje Sis tak tahan huhuhu. Dan sejujurnya Sis bukan pecinta cheese..hohoho



Ciri-ciri menu semuanya baru, ianya direka khas untuk menaikkan rasa tersendiri melalui bahan-bahan yang mudah diperolehi dan berkualiti seperti minyak zaitun, tomato segar dan herba, yang semuanya adalah bahan asas untuk kaedah memasak cara dahulu kala.

Di Tosca, Sos dimasak selama berjam-jam untuk mendapatkan aroma dan kualiti terbaik, manakala pizza dibakar didalam ketuhar api tradisional untuk mendapatkan kerak segar dan rangup. Korang boleh lihat sendiri cara dan pemkaran pizza itu secara live di Tosca.



Hidangan signature di Tosca pula di sediakan dalam menu yang diubahsuai termasuk hidangan pembuka selera seperti Prawn Salad dan Antipasto Misto.

Ya 2 hidangan ini agak tak boleh terima tekak Sis, melainkan Sis makan udangnya. Ermm tak tau kenapa, maybe sebab ada sosnya atau ada bahan yang cerewet di tekak Sis.



Untuk pasta, ada pelbagai pilihan, korang cubalah Vongole (a clam-centric pasta dengan sos yang lazat) dan Scoglio Squid Ink (squid ink pasta chock-full dengan makanan laut).

Kesukaan seorang Sis Lin adalah seafood clam tu, so memang banyaklah Sis makan pada malam tu, hehehe. Nasib juga geng makan semeja Sis sporting dan faham, so Sis makan lebih hehehe.



Pizza seperti Calzone Bomba (pizza dilipat dan dimasak dalam ketuhar yang diisi didalamnya dengan bahan-bahan) dan Quattro Formaggi (pizza Itali yang klasik dengan empat jenis keju) adalah kegemaran pelanggan dan sesuai untuk makan beramai-ramai.

Sekali nengok macam karipap kan? Pizza-pizza ini terjual dalam set hidangan makan untuk 2/3 pax. Kalau ko kuat makan, bolehlah ko makan sorang ya. Dan pizza di masak panas semasa korang order.


Main dishnya seperti Wagyu Beef Burger dan Brasato di Manzo (pot roast, stewed with root vegetables) adalah menu yang paling disukai ramai kerana kualiti memasak dagingnya mengambil masa yang agak lama.

Daging waghyu ni memang semua tau, harganya memang mahal dan rasanya pun sedap, tapi agak kelainan di situ bila di buat burger, so rasanya pun okaylah juga sedap, Sis pun makan banyak juga hehehe.



Bagi pencinta daging, pelbagai potongan Angus cuts seperti striploin, ribeye, shortloin, dan op ribs
(rusuk) boleh didapati. Daging yang diperap di mesin pengering penuaan daging selama 21 hari, memastikan rasanya lebih lazat tidak seperti daging yang lain. Ini adalah daya tarikan terbaru di Tosca.

Yang ini ramai nantikannya. Masa malam Sis pergi, mengikut Chef di Tosca, dagingnya baru 11 hari diperap, so ada baki lagi 10 hari untuk di keluarkan di sajikan. So kita tunggu apa feedback mereka. Mesti sedapkan!!..


Dan jangan lupa, nikmati pencuci mulut seperti Affogato (pencuci mulut berasaskan kopi dengan sudu vanila ais krim dan di limpahi dengan curahan espresso panas) dan juga  Gianduja (coklat hazelnut paste) sebagai keceriaan korang selepas makan. Korang pasti sukakannya.

Sejujurnya Sis kurang makan dessert ni pada malam tu. Mungkin sebab perut sudah kenyang, tapi aroma coffee tu kemain kuat bau dia.

Yaa, semua sedap-sedap. Korang bolehlah cuba ya.

Tosca terletak di tingkat 13 di Double Tree by Hilton Johor Bahru. Yaa korang park aje dalam Double Tree then naik lift dari lobby ke tingkat 13.

Untuk pertanyaan atau tempahan lanjut, sila hubungi 07 268 6868.or e-mel JohorBahru.FB@hilton.com.


P/S: Kalau kawan Sis pecinta cheese, dia siap dah booking nak pergi makan hujung minggu ni..Yay!

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hi, from your new follower! https://beehaazman19.blogspot.com/

    ردحذف
    الردود
    1. Hai @Beeha..thank ya, nanti Sis visit blog you ya...

      حذف
  2. Boleh bagitau sepupu PC ni..dia penggemar cheese..mesti gembira dia..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa @PC, Yang gemar akan cheese boleh pergi makan sana, makan sepuasnya...

      حذف
  3. plating dia letop sangat. menggoda tekak rasa teringin nak makan

    ردحذف
  4. rugi tak cuba makanan ni semua..semua sedap² belaka

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr sedap semuanya, cuma ada juga kurang masuk dek tekak Sis ko ni @Rohaida ...

      حذف
  5. sedap gila daging dia, lembut sangattttt

    ردحذف
    الردود
    1. Sis makan sekeping aja @Sunah...boleh laaa tahan sedap...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!