NASIHAT 23 - IMAN BUKAN DI BIBIR SAHAJA | Wahai kaum mukminin, wahai sahabat Rasulullah! Ketika itu kamu berkata, kamu berharap pada mati. Bukan beerti meminta mati, akan tetapi mencari sesuatu jalan yang dengan jalan itu dikurnia syahid, seperti berjihad di jalan Allah.
Suatu ketika, seorang sahabat yang tidak mengikut perang Badar berbincang, "Allah...Jikalau kita ikut dalam perang Badar tempoh hari itu dengan Rasulullah, bukankan lebih elok? Pertolongan Allah hadir melalui para malaikat. Rasa menyesal".
Sebahagian daripada mereka mengungkap rasa ingin dan mencari peperangan kerana ingin mengikut Rasulullah.
Kamu wahai kaum mukminin! Mencari-cari tempat itu untuk mendapat syahid yakni berjihad. Sesungguhnya Allah itu ingin mendidik dalam masalah jihad, bukan sekadar cakap. Ia adalah realiti. Jikalau seaorang berhadapan dengannya, akan diuji sejauh mana kesungguhannya ingin mati syahid ataupun tidak.
Kerana realitinya dalam peristiwa datangnya Uhud ketika itu, yang kaum muslimin sedang mengalami kekalahan setelah awalnya menang didapati keadaan kaum muslimin kucar kacir dan ada sebahagian yang lain daripada peperangan itu.
Sedang sebelumnya berkata ingin mencari syahid, namun apabila ia ada di hadapan mereka, meraka lari daripadanya.
Begitu juga kaum muslimin sepanjang zaman.
Sesaorang tidak akan sekadar mengucap, "Aku sudah beriman, macam manapun juga aku akan masuk syurga nanti," dengan berhujahkan bahawa Allah swt telah memberitahu bahawa jikalau dalam hati ini ada sebesar biji sawi iman, maka masuk syurga.
Persoalannya, siapakah yang jamin anda benar-benar masuk beriman? Iman itu bukan sekadar di mulut tetapi praktikalnya dalam hidup itu adalah sebahagian daripada keimanan.
Kamu akan benar-benar beriman bila mana iman kamu diuji.
Bila mana diuji dengan kemiskinan ataupun kekayaan, ataupun kedudukan jawatan, ataupun keluarga yang bermasalah ataupun musim kemarau yang panjang ataupun apa sahaja bentuk dugaan.
Itulah yang menentukan sejauh mana tulus bersih keimanan kamu pada Allah swt.
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri
P/S: Jumaat pertama di bulan Oktober..pantasnya masa berlalu kan...
begitu menginsafkan ..
ردحذفalhamdulillah
Sama-sama bermanfaat yaa Mr @Hanafi ..
حذفSebut aku beriman...ucsp dua kalimah syahadah..itu dibibir dan dihati..namun perlu sertakan dengan perbuatan kan Sis..PC sentiasa berdoa supaya ujian tidak lunturkan keimanan PC dan kita semua.Takut juga sebenarnya bila diuji...tersilap cakap atau kufur nikmat tanpa sedar.
ردحذفYaaa @PC, ucapan kalimah syahadah dan beristifar selalu menandakan kita masih punya iman...iman yang kuat menandakan kita masih bersama Allah..moga duniawi tidak membolak balikkan hati kita..
حذفTerima kasih atas perkongsian sis...
ردحذفSama-sama @Zumal ...
حذفselemah2 iman tu bila hanya berkata dalam hati...sekuat2 imah bila kita melaksanakannya dengan perbuatan...
ردحذفIyaaa @Sunah, moga Allah istiqomahkan hati kami-kami semua...
حذف