'NEW CHINESE MENU', RASA ORIENTAL DALAM SET MENU TERBARU DI TROVE JOHOR BAHRU | Yaa sejujurnya Sis adalah peminat tegar makanan dan masakan cina. Tak kira dari food street atau restoran ataupun hotel-hotel. Jika ada peluang untuk merasainya, pasti Sis akan mencubanya.
Dan baru-baru ini Sis berkesempatan untuk pergi ke Trove Johor Bahru bagi memenuhi undangan food review untuk menu terbaru mereka iaitu 'New Chinese Menu', yaaa chinese menu yaa, bukan chinese new year hahahaha lambat lagi oii..
Apa yang menariknya, ianya di datangkan secara set. Terbagi kepada 2 set, set untuk 8 orang dan juga set untuk 4 orang. Harga dan menu juga berbeza.
Untuk set yang Sis kongsikan menunya di sini, ianya adalah set untuk 8 orang. Kesemua menu memang punyai citarasa tersendiri. Dan semestinya kalau korang peminat makanan cina, tentu korang akan suka akan rasa oriental yang begitu sedap dan memenuhi tekak melayu kita. Bagi Sis semuanya okay pada tekak Sis.
Meh tengok apa yang ada dalam setnya ya.
Minced Chicken with French Beans.
Yang ini bagi Sis special sikit. Sebabnya kacangnya di goreng bersama dengan cincangan ayam dan di goreng dengan minyak zaitun. Masa mula sampai menu tu, Sis terus bertanya kepada Chef Wong Chee Foong, adakah ianya digoreng dengan minyak zaitun? dan ternyata betul tekaan Sis, oily dia tu adalah minyak zaitun. Sebab tu ianya nampak sungguh shining dan mendatangkan selera.
Deep Fried or Steamed Tilapia with Thai Sauce or Nyonya Sauce.
Menu ikan steam ini memang akan menjadi kesukaan bagi sesiapa yang pergi makan set Chinese ni. Sis sendiri suka akan rasa nyonya sauce dia. Kalaulah ada roti goreng tu, perghh sedapnya makan cecah dengan sosnya tu..Yumsss sangat! Dan ikannya pun fresh.
Dried Chicken with Special Homemade Sauce
Untuk yang ini, kalau bagi yang ada anak-anak, mereka pasti akan sukakannya. Tidak pedas dan juga sangat rangup. Gorengan ayam bersama sauce tu ternyata tidak menjadikan ayam itu rasa 'lembik' atau keras, tapi ianya rangup. Tapi jaga-jaga, ada hirisan halia di dalamnya, ternyata gigitan halia bersama kepingan ayam tu menjadikan rasanya sangat istimewa.
Braised Bean Curd with Enoki Mushroom and Oyster Sauce.
Untuk menu yang ini, yaa mungkin Sis bukan pengemar sos tiram, makanya agak sukar Sis nak hadam menu yang ini hehehehe. Tapi bagi mereka yang sukakan rasa sos tiramnya, mesti akan menyukainya. Cuma sedapnya tauhu tu memang lembut dan segar, Sis makan brocolinya aje banyak hehehe.
Egg Foo Yong
Menu seterusnya ini kalau di lihat senang kata telur dadar gebu hehehe. Yaa memang ianya telur, cuma bezanya dalamnya ada udang, lain-lain sama aje macam kita goreng telur di rumah. Tapi ada sedikit rasa lain untuk menu telur ni. Mungkin ada mayonis, rasa Sis laa..lupa pulak nak tanya. Yaa rasa dia sedap walaupun hanya telur dadar.
Crabmeat Tofu with Fish Maw Soup
Okay, yang ini memang kena cuba setiap kali hidangan cina. Mesti cuba. Tapi ada juga orang yang tak sukakannya. Tapi Sis sukakannya. Sedap sangat!. Ingatkan nak tambah lagi semangkuk, tapi mangkuk dah di angkat. Yaa ini memang sedap!..isinya tak lokek, makan tu tergigit-gigit isi ketamnya.
Assorted Fruits
Dan sebagai penutup mestilah ada buah. Buah kena ada. Orang cina memang suka makan buah. Cuma tak tau kenapa melayu kita ni lepas makan susah sangat nak makan buah ek..nape ek ek ek..
Itulah sebahagian dari menu yang ada dalam set 8 orang makan. Kesemua set ni di datangkan sekali dengan Chinese Tea dan juga nasi putih kukus ya. Nasi dan chinese tea tu boleh tambah kalau tak cukup.
Mengikut kata Mr Salamon Das, selaku Brand Manager, Trove Johor Bahru kali ini berkerjasama bersama Food & Beverage Manager, Mr Subramaniam bagi memperkenalkan team members 'behind the Chinese Kitchen', Master Chef Wong Chee Foong kepada media bagi mempromosikan menu terbaru ini. Ternyata ianya mendapat sambutan yang mengalakkan.
Bukan sekadar boleh di beli dengan set, ianya juga ada di jual dengan set hidangan secara ala-carte. Ianya di sediakan secara panas dan segar. Maksudnya di sini, korang order dan akan makan panas-opanas, kalau rasa sejuk, korang bagitau ajelah pihak berkenaan ya.
Menu-menu ala-carte juga terdiri juga daripada Hainanese Chicken Rice, Yong Chow Friewd Rice dan juga Sambal Fries Rice. Dan bagi pengemar masakan mee, juga terdapat Wanton Noodle Soup, Char Kuey Teow dan Cantonese Style Kway Teow.
Yang ingin menambah menu dalam set hidangan di atas, korang juga boleh order Garlic Beef Seasonal Vegetables, Kung Pao Chicken, Minced Chocken with French Beams atau kesukaan ramai iaitu Butter Chicken yang di masak bersama cili padi dan juga daun kari, memang sedap tu oii!
Tak lupa juga bagi mereka yang suka akan makanan laut, Chef Wong ada menyediakan 4 menu yang terdiri daripada Crispy Oatmeal Prawns, Deep Fries Prawns with Fruit Salad, Kus Semangat Nyonya Fish dan juga Deep Fries Tilapia with Thai Sauce. Juga korang boleh nikmati bersama menu Japanese Bean Curd with Oyster atau Fries Shrimp Omelette.
Kesemua menu ala-carte juga di hidangkan bersama nasi putih kukus juga.
So apalagi, jomlah cuba dan datang makan di Trove Johor Bahru.
Di sediakan setiap hari bermula dari 25 September 2019
Dari jam 12:00 tengahari hingga 10:00 malam
Harga Per-Set:
RM178Nett For 4 Persons
RM398Nett For 8 Persons
Untuk tempahan:
Whatsapp SUBRA - 017 772 7386
Call LADA & CLOVE - 07 272 8805
Alamat:
Lada & Clove, 8th Floor, TROVE Johor Bahru
Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor
Untuk pertanyaan sila ke : https://www.careluxuryhotels.com/trove-johorbahru/
P/S: Mahal? Pakat-pakat makan 8 orang atau 4 orang, bayar kongsi-kongsi, pun mahal ke? ..huh!! Makan dulu baru tau mahal ke tak mahal dengan menu yang di hidangkan..
'NEW CHINESE MENU' RASA ORIENTAL DALAM SET MENU TERBARU DI TROVE JOHOR BAHRU
الخميس, أكتوبر 03, 2019
8
sedap nampak masakannya semua
ردحذفYaaa sedap semuanya Kak @Seri..puashati makan berbaloi dengan harganya ..
حذفsedapnya nampak steam talapia tu..
ردحذفKannn menu itulah yang paling menyelerakan Mami @Sheila ..
حذفyaaa cepat sangat waitress dia angkat mangkuk dan segala pinggan hari tu..ingatkan dia nak masukkan dalam mangkuk lebih kecil, rupanya takde datang balik mangkuk sup tu sampai habis...hahahahhaha
ردحذفHahahaha baru nak tambah kononya, sekali mangkuk kena angkat, punah harapan nak menambah @Sunah hahahah sedap sangat!!
حذفwow...nampak sedaplah menu ni..sup tu mesti sedap kan?
ردحذفYaaa sup crab tu sedap sangat @Rohaida...yummsssss
حذف