PENUH AKTIVITI SAMPAI TAKDE MASA UNTUK MANJAKAN DIRI

Sis Lin
12
PENUH AKTIVITI SAMPAI TAKDE MASA UNTUK MANJAKAN DIRI | Betul, terlalu sibuk sampai takde masa nak manjakan diri sendiri. Maksud manjakan diri sendiri tu bagi Sis adalah pergi spa, buat facial muka, mengurut, sauna dan juga jakuzzi. Kalau sebelum ni, Sis ko laa paling tidak 2 minggu mesti pergi spa manjakan diri. Sekarang? Huhuhu padanlah muka, banyak sangat aktiviti kan.

Memang lama nak pergi dan buat tapi masa tu bukan takde, tapi hari-hari ada je dia punya hal/aktiviti, bila takde aktiviti pulak bukan malas nak pergi tapi nak rehatkan diri pulak, memasak mengemas rumah, so bilanya nak ada masa huhuhu.

Semalam, Suami bertanya 'Lama tak nampak pergi spa?', terus erkk Sis dengar ayat Suami tu, terus fikir, ye laa memang agak lama tak pergi..last pergi masa dengan Suami tu laa rasanya. Dan semalam juga, Sis terus beli dalam Fave dan terus booking hahahaha. Yaa booking untuk 2 orang sekali dengan Suami, Suami kata okay, Sis pun terus beli hehehe.


Benda-benda macam ni bukan mengada-ngada tau, tapi perlu ada dan buat, kita ni orang perempuan, kena manja-manjakan diri walaupun bukanlah nak cecantik mana pun, janji ada rasa nak mencantikkan diri, untuk Siapa, untuk Suami juga.

Bukanlah kata pergi spa ni terus nampak cantik, tapi at least, kita punya badan tu ada relax, minda tu tenang, zaman sekarang ni terlalu banyak kes depression sampai membunuh diri, so kita mintalah di jauhkan benda macamtu, so kita tenang-tenangkan diri dengan aktiviti macam ni, salah satunya pergi spa.

Kalau kata mahal, ermm Sis beli untuk 2 orang kat Fave tu baru RM 88 jerrr utnuk urut dan facial selama 1jam 2jam..mahal ke murah tu? Nak seribu daya, taknak macam-macamlah kau punya ada-ada alasan hahahaha..

Yaa sejak-sejak ni kadang Sis mengeluh diri sendiri, terlalu sibuk dengan aktiviti, tetapi...itulah salah satu aktiviti di luar yang buat Sis happy dan hilang kebuhsanan bila jumpa kawan-kawan. Bukan bosan duduk di rumah tapi Sis paling tak suka akan 'kesepian' sejak-sejak ni, nanti mulalah nak nangislah, fikir macam-macamlah, ada je benda yang buat Sis nak marah huhuhu, silap-silap semut pun takut..

Suami pun faham, so dengan izinnya dia bagi izin Sis menyibukkan diri dengan aktiviti, tak kisahlah free ke berbayar ke, janji dapat jumpa kawan-kawan dan hilang sekejap masaalah. Nanti kang ada pulak yang mencelah, kalau bosan solat & bacalah Quran, yaa Sis faham, tu semua kalau buat pun, tak payahlah nak cakap, hanya Allah dan kita aje. Yang nak Sis sampaikan di sini, luar dari amal. Harap faham ya.

Ni pun tengok jadual, kus semangat, sampai ke hujung bulan penuh bintik-bintik dalam kalender hahahaha..adeiii Sis Lin ooo Sis Lin, bawa berehat dan tidur dengan cukup..huhuhu tu ayat Suami semalam, katanya 'sibuk ke, penat ke, makan, tidur tu biar cukup, nanti dah sakit, Ayah yang susah' huhuhu..membebel Suami semalam..Baiklah Suamiku!..

Yaa..punca-punca yang ketara kenapa badan cepat naik, adalah sebab kurangnya TIDUR..sekian..

Okaylah nanti sambung balik, harini air takde pulak kat kawasan rumah Sis, so nak bersiap, nak ajak si bujang tu makan luar, nanti petang Sis ada jemputan majlis makan malam pulak....so apa-apa uruskan anak dulu..

OkBai..


P/S: Jangan lama takde air sudah, ssuahnya laa takde air..
Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Me time berdua manjakan diri itu lebih seronok dan nikmat kan Sis..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa @PC, memang kena ada masa untuk diri sendiri, kalau tidak, ke sudah tak buatnya ...

      حذف
  2. Yes betul tu Sis.. Kita sebagai wanita ni memang kena manjakan diri ke Spa... Terapi diri orang kata..hehe.. OKay...take care SisLin

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Leya, jomlah kita manjakan diri bersama hehehehe

      حذف
  3. mehla datang seremban sis ... pastu kita jalan2 sampai lebam

    ردحذف
    الردود
    1. Memang akan ku datang nanti @Tatie, Mu tunggu laaa yaa..

      حذف
  4. Ohh memang rajin pergi SPA eh... ok ok. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Tuan @Hasrul , kalau kat spa rasa rehat betul badan ni huhuhu

      حذف
  5. weii ha'ah la ri ni takde air kan kat sana...da mandi ke belum tu ha...hahahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Yeee laaa oii, seksaa dua hari takde air oii @Sunah...

      حذف
  6. perghh bz sungguh tuu..tapi betul tu tidur yg tidak cukup tu mmg buat badan mudah naik..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!