Sepanjang promosi 'Jom Pi Makan' Penang Buffet ini, istimewanya Chef Ronny Koh, Pulai Springs Resort's Chef De Cuisine akan mempersembahkan menu masakan citarasa orang Penang termasuk menu di jualan 'food street' atau pun menu 'hawker-style' yang biasa kita nampak di sekitar Pulau Pinang. Buffet ini juga termasuk hidangan salad, pembuka selera, menu masakan utama, aneka sup, dan juga masakan panas. dan beraneka pencuci mulut dan kuih tradisional.
Sis berkesempatan untuk merasai menu-menu yang disediakan dan ternyata ianya sangat puashati. Sebabnya, korang tak payah ler pergi jauh-jauh ke Penang sana, mai le datang ke Cinta Terrace Restaurant sini dan nikmati lebih dari 40 jenis menu masakan Penang secara buffet untuk korang nikmati. Konsepnya mudah aje, bayar sekali, makan sampai kenyang.
Jom lihat antara menu yang menjadi tumpuan sewaktu 'Jom Pi Makan' Penang Buffet itu nanti.
Antara menu yang menjadi pilihan adalah Rojak Penang, Penang Popiah, Fried Oyster Egg (Orh Chien), Pesembur, Loh Bak (Five Spice Meat Roll), Laksa Asam Penang, Penang Char Kway Teow and Lok Lok, dan lain-lain menu yang ada. Untuk hidangan menu ini, semuanya akan di masak jika ada permintaan, so korang akan makan panas-panas yer.
Pertama kali Sis merasai Lok Lok tu, ternyata memang sedap. Kombinasi campuran sos-sosnya membuatkan apabila memakannya terasa begitu istimewa rasanya. Okay lepas ni kalau ke Penang boleh cari Lok Lok ni.
Untuk hidangan menu 'main courses' pula, korang akan di sajikan dengan menu Nasi Putih Kukus, Kari Kepala Ikan, Kurma Ayam Bersama Kentang, Udang Masak Masala dan juga Daging Kicap Bersama Cili dan Bawang dan aneka Sayur Goreng.
Mungkin jenis-jenis menu ini akan berbeza dengan setiap hari yang di adakan sepanjang promosi tapi ianya tetap dihidangkan dengan menu yang lazat, enak dan juga panas.
Tidak dilupakan, bagi mereka yang suka akan kerabu mentah, 'Jom Pi Makan' Penang Buffet juga ada menyediakan lebih dari 3 jenis kerabu yang lazat. Antaranya Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Kerabu Daging, Kerabu Hati Ayam, Kerabu Udang, Kerabu Perut dan juga Kerabu Ayam. Juga bermacam aneka ulam-ulaman dan sambal-sambal bagi melengkapi makan malam korang semua. Ini termasuk Sambal Cencaluk, Tempoyak dan juga Sambal Belacan.
Dan tidak ketinggalan sup kambing yang segar, panas dan sedap di hirup atau di cecah dengan roti dan di makan bersama sambal kicap!. Paling Sis suka kerabu mangga dia, nak kata mangga tu masam tidak, manis pun tidak, tapi rangup dan sedaplah!! Juga kerabu daging tu, meresap bahan ke dalam daging yang empuk tu.
Dan sebagai pencuci mulut juga di hidangkan aneka kuih muih tradisional. Antaranya adalah Apam Balik, Pulut Panggang, Kuih Lapis, Kuih Kosui, Talam Gula Hangus, Talam Keladi, Talam Cendol, Penang Tambun Biscuits, Egg Tarts dan juga minuman sejuk berupa Cendol dan juga ABC.
Korang boleh juga dapatkan teh tarik panas yang sememangnya kaw rasanya!!.. Sis ko minum 2 gelas ko hahaha. Yaa sedap sangat!!..
Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober bermula 11 Oktober 2019.
Ada buffet Lunch dan juga Buffet Dinner. Korang boleh pilih mengikut tarikh di bawah ini ya.
11 Oktober 2019 - Dinner
12 Oktober 2019 - Lunch & Dinner
13 Oktober 2019 - Lunch
18 Oktober 2019 - Dinner
19 Oktober 2019 - Lunch & Dinner
20 Oktober 2019 - Lunch
25 Oktober 2019 - Dinner
27 Oktober 2019 - Lunch
Untuk Lunch bermula dari jam 12pm hingga 2.30pm.
Untuk Dinner bermula dari jam 6.30pm hingga 9.30pm.
**Promosi hanya berlangsung pada tarikh yang di sebutkan di atas sahaja.
Harga Buffet :
Dewasa : RM 40.00nett saorang
Kanak-kanak : RM 20.00nett seorang
**Promosi beli 5 PERCUMA 1 .
Untuk tempahan awal, boleh hubungi 07-521 2121 atau wahtsapp ke +06016 733 2918 (Restaurant Manager) .
Atau email kepada : enquiry@pulaisprings.com atau ke website www.pulaisprings.com
Parking adalah PERCUMA .
So tunggu apalagi? Jomlah buat tempaha meja korang sekarang, sebelum meja penuh di tempah ya!!
P/S: Puas makan kalau buffet ni, mana nak dapat harga rm40 ni?. Memang berbaloi-baloi!!
Kalau ada mee sotong lagi power!
ردحذفKannn Kak @Seri, mana tau kot esok-esok ada penambahan menu kann...
حذفya ampun, lapar nengoknya kak oi
ردحذفHahahaha silalah booking meja anda ya @Norhidana hehehehe
حذفsemua sedap-sedap ni. kecur.
ردحذفYaaa @Mar, semua sedap-sedap belaka hehehe
حذفWah, menunya dah buat jatuh cinta, harga pun okay...
ردحذفYaaa @Zumal.. harga dia berbaloi sangat!!!
حذفBanyak menu yang macam tak pernah tengok ni. menggoda tekak sungguh ni
ردحذفYaaaa harga pun berbaloi kann @Azhafizah...makan sepuasnya, bayars ekali ajee..
حذفWahh tak perlu pegi jauh2 ke penang ye. Harga pon affordable
ردحذفKannnn, pergi Pulai Springs aje dah ada menu Penang @Ena..hehehe
حذفterkenang-kenang seh sup kambing tu...sedap gilerrr
ردحذفKan kannn tu kalau ada sambal kicap, perghh lagi sodap kann @Sunah...
حذفIni yg SA x tahan kalau tengok makanan ni..dh la SA tgh berpantang...semua tu fav SA especially seafood
ردحذفHahaha sila banyak bersabar yaa @Suria hehehehe
حذف