PUNCA KEMURUNGAN DAN RAWATAN YANG PERLU DI BUAT SEGERA

Sis Lin
6
PUNCA KEMURUNGAN DAN RAWATAN YANG PERLU DI BUAT SEGERA | Di antara penyakit mental yang paling banyak diperkatakan ialah kemurungan atau dalam terma perubatan dikenali sebagai "Major Depressive Disorder (MDD)". Kemurungan yang didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Ia merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan fungsi harian seseorang individu.

Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.

Ia diramalkan ia akan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan di negara-negara membangun menjelang tahun 2020 selepas penyakit jantung. Maka, tidak hairanlah makin kerap kita mendengar tentang mereka yang mengalami kemurungan, malah mungkin juga mengenali seseorang yang mempunyai penyakit ini.

[Baca juga] : Aku Pernah Kemurungan Di Sebabkan ...

Kajian epidemiologi melaporkan bahawa peluang bagi seseorang untuk menghidapi penyakit kemurungan sepanjang tempoh kehidupannya adalah sebanyak 11 hingga 15 peratus.

Di Malaysia ketika ini, kadar penyakit ini adalah sebanyak dua peratus dalam kalangan masyarakat. Ia adalah dua kali lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Penyakit kemurungan adalah berbeza dari kesedihan biasa. Adalah normal jika kita berasa sedih apabila berhadapan dengan insiden yang negatif atau menyedihkan. Tetapi ia tidak berpanjangan dan kita masih dapat melakukan tugas harian seperti biasa.

Walau bagaimanapun, jika didapati bahawa perasaan sedih itu berterusan dan mula menjejaskan fungsi harian, maka ia perlu diberi perhatian.


Berikut adalah gejala penyakit kemurungan yang perlu diambil berat:

Tanda-tanda penyakit kemurungan:

  1. Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
  2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya.
  3. Kurang selera makan atau berat badan merosot (~5 peratus) daripada asal dalam waktu yang singkat.
  4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
  5. Selalu letih dan kurang tenaga.
  6. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
  7. Tidak mampu memberikan perhatian konsentrasi yang terjejas.
  8. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
  9. Gejala ini menjejaskan fungsi seharian individu samaada dari segi aspek sosial atau pekerjaan.

Sebab-sebab berlaku kemurungan

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan:

  1. Genetik atau keturunan: Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah
  2. menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  3. Personaliti diri: Individu dengan personaliti yang selalu gelisah, pendiam serta kurang ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
  4. Trauma ketika kanak-kanak: Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak seperti penderaan fizikal / mental atau kehilangan ibu bapa sewaktu kecil didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  5. Penggunaan dadah atau alkohol.
  6. Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan.
  7. Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak. Bahan kimia utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Selain daripada itu norepinephrine dan dopamine juga turut terlibat. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita.

Bagaimana proses diagnosis dilakukan?

  • Diagnosis penyakit ini melibatkan penilaian secara temu bual antara pegawai perubatan atau pakar psikiatri dengan pesakit.
  • Diagnosis ini berpandukan kriteria yang ditetapkan dalam Diagnostic Statistical Manual 5th edition (DSM-V) oleh American Psychiatric Association (APA).
  • Maka, bukanlah mudah untuk kita terus melabelkan seseorang itu mengalami kemurungan kerana ia perlu memenuhi kriteria tertentu.
  • Proses diagnosis boleh dilakukan sama ada di klinik psikiatri atau pun di dalam wad bergantung kepada keadaan pesakit.
  • Selain daripada mendapatkan sejarah dari pesakit, ahli keluarga turut ditemu bual bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai gejala serta kesan gejala tersebut terhadap individu.
  • Pemeriksaan fizikal serta ujian darah tertentu juga turut dijalankan bagi memastikan bahawa gejala tersebut bukanlah disebabkan oleh penyakit fizikal.
  • Pesakit biasanya dirujuk dari klinik kesihatan atau swasta, jabatan kecemasan ataupun dari disiplin perubatan yang lain setelah disyaki mengalami kemurungan.
  • Terdapat beberapa hospital seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menawarkan perkhidmatan 'walk in clinic' di mana pesakit boleh terus mendapatkan perkhidmatan tanpa dirujuk terlebih dahulu.
  • Saringan dalam talian juga boleh dilakukan oleh individu sendiri menggunakan Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS) yang boleh didapati dengan mudah.
  • Individu tersebut boleh membawa keputusan saringan yang telah dibuat ke klinik kesihatan atau swasta yang berhampiran bagi tujuan penilaian lanjut serta rujukan ke perkhidmatan psikiatri jika perlu.

Apakah kaedah rawatan yang disediakan

  • Kaedah rawatan adalah bergantung kepada tahap penyakit. Untuk gejala kemurungan yang ringan, biasanya tidak memerlukan rawatan ubatan anti-kemurungan.
  • Pesakit boleh menjalani sesi psikoterapi di mana beliau dibimbing untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaian, mengenal pasti serta menangani fikiran negatif, digalakkan untuk meluahkan perasaan dengan betul serta diberikan sokongan.
  • Pesakit juga akan dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, untuk gejala yang sederhana atau teruk, biasanya pesakit akan diberikan ubatan anti-kemurungan untuk jangka masa yang tertentu.

Apakah kesan buruk jika tidak mendapatkan rawatan awal?

  • Gejala yang teruk akan menjejaskan fungsi hidup individu di mana beliau tidak lagi boleh bekerja atau menjalankan tugas harian seperi biasa.
  • Pesakit juga mungkin mendapat gangguan halusinasi serta delusi. Walaubagaimanapun, yang paling membimbangkan ialah adanya pemikiran untuk membunuh diri.
  • Rawatan awal dapat membantu untuk sembuh dengan lebih cepat serta kembali menjalani kehidupan yang berkualiti.

HIDUP di dunia ini memang tidak dapat lari daripada masalah, kita haruslah tahu kaedah menangani dan cuba mengelakkannya, tapi ...

Sumber : Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
#SisSharing 


P/S: Sakit! Kalau di fikirkan...

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dah bagaikan satu trend dengan gejala kemurungan ni kan SL, apapun cepat2 kembali kepada Allah swt khasnya kita sebagai umat Islam ni kan

    ردحذف
    الردود
    1. Yup Kak @Ana, sana sini kes ni, sampai bgeri nak baca sebab ada kena mengena dengan diri sendiri yang pernah alami..

      حذف
  2. Semoga dijauhkan dari penyakit kemurungan ni. nampak tak bahaya tapi sebenarnya sangat bahaya sampai boleh membawa maut

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn, penyakit no4 terbesar dalam Malaysia yang meragut nyawa kematian secara senyap @Azhafizah. Moga Allah pelihara iman kita semua..

      حذف
  3. Simptom tu Zumal selalu hadapi 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Elok bawa bertenang dan cari altenatif rawatan sebelum melarat @Zumal..susah nak kawal nanti..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!