Jika korang masih ingat, salah satu daripada 10 janji utama yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin dilaksanakan dalam tempoh 100 hari adalah menyediakan caruman KWSP untuk para suri rumah. Janji ini adalah untuk menjaga kebajikan para wanita khususnya suri rumah terutama dari segi menyediakan simpanan untuk kegunaan hari tua nanti.
Pada peringkat awal pelaksanaan janji ini, pihak kerajaan bercadang untuk memindahkan 2% daripada sumbangan caruman KWSP para suami kepada para isteri. Beberapa pindaan akta akan dilakukan bagi membolehkan 2% daripada sumbangan KWSP suami dicarumkan ke akaun isteri, berserta tambahan caruman daripada pihak kerajaan.
Baca SINI .
TERKINI sempena Bajet 2020 :
KERAJAAN memperuntukkan RM20 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, semalam, berkata program itu akan ditambah baik bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.
Baca SINI .
Siapa golongan yang layak menyertai skim iSURI KWSP?
Untuk peringkat permulaan, skim ini hanya layak disertai oleh golongan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 (untuk setakat harini, Sis kurang pasti), termasuk isteri kepada ketua isi rumah, atau ketua isi rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang.
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mempunyai akaun KWSP dan membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 setiap bulan atau RM 60 setahun.
Bagaimana cara daftar skim iSURI KWSP?
Bagi golongan suri rumah yang berminat untuk daftar skim iSURI KWSP, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
1. Semak status di portal e-Kasih
Untuk semak sama ada anda termasuk dalam sistem e-Kasih atau tidak, boleh semak di pautan yang berikut: Semakan Daftar eKasih
Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan/MyKad, kemudian tekan ‘Klik Untuk Cari’
Ini adalah contoh bagi mereka yang berada di dalam daftar e-Kasih.
Bagi yang tidak tergolong dalam daftar e-Kasih, paparan sebegini akan muncul:
2. Daftar skim i-SURI KWSP di mana-mana kaunter KWSP
Selepas disahkan status dalam sistem e-Kasih, maka boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk daftar skim i-SURI.
Hanya perlu bawa kad pengenalan/MyKad dan maklumkan pegawai bertugas tentang hasrat untuk daftar skim i-SURI.
Pegawai KWSP akan membantu untuk pendaftaran skim tersebut.
3. Buat caruman minimum RM 5 sebulan
Seperti yang dinyatakan di atas, caruman sukarela sebanyak minimum RM 5 sebulan diperlukan untuk layak daftar skim i-SURI KWSP.
Ini adalah sebagai galakan untuk penerima skim ini supaya mereka turut menabung untuk masa depan mereka, di samping menerima tabungan daripada caruman pihak kerajaan,
Lagipun, jumlah caruman RM 5 sebulan adalah kecil dan tidak membebankan.
Caruman bulanan boleh dilakukan melalui saluran-saluran yang berikut:
- tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
- pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)
Apakah manfaat daftar skim iSURI KWSP?
Sebagai peserta skim iSURI KWSP, peserta juga akan turut menikmati manfaat sepertimana pencarum KWSP yang lain seperti:
- bayaran dividen tahunan
- bantuan hilang upaya dan kematian
- pengeluaran simpanan
- pengecualian cukai
- Lagipun, dengan mendapat sumbangan caruman daripada kerajaan berjumlah RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun, itu pun sudah dikira baik.
Bayangkan, bagi seorang wanita yang layak berumur 30 tahun, membuat caruman minima RM 5 sebulan dan menerima caruman kerajaan RM 40 sebulan, selepas 30 tahun pada usia 60 tahun, anggaran yang bakal diperoleh adalah sekitar RM 44,000 (anggaran dividen KWSP 6% setahun). Banyak tu kan?.
Bagi yang berumur 40 tahun pula, dengan jumlah caruman yang sama, anggaran yang bakal diperoleh pada usia 60 tahun adalah RM 20,000.
Sekurang-kurangnya, pada usia tua, peserta iSURI KWSP mempunyai simpanan sendiri daripada langsung tiada simpanan. Betul tak?.
Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi jumlah caruman sendiri supaya jumlah simpanan akhir lebih besar.
Jadi, bagi wanita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan untuk sertai skim iSURI KWSP ini, secara peribadi, saya galakkan untuk rebut peluang ini.
Untuk simpanan hari tua. Sedikit pun, kalau di tambah-tambah makin banyaklah jadinya kan..
#SisSharing ..
P/S: Juga cuti bersalin 90 hari ek..wowwww !!! Jangan lepas ni, wanita berkahwin susah nak dapatkan pekerjaan ya gara-gara cuti bersalin tu aaa..huhuhu..
Moga semua yang dicanang dilaksanakan sebaik-baiknyalah..
ReplyDeleteYaaa @PC, mudah-mudahan janji ditepati ...
Deletenama shu tak tersenarai dalam isuri ni. apa-apapun semoga kerajaan laksanakan apa yang telah dijanji kepada rakyat.
ReplyDeleteNanti cubalah daftar yang e-kasih tu @Shuhaida, kot mana tau dapat, then boleh daftar iSURI ..
DeleteWak tentunya tak layak
ReplyDeleteHahahaha sudah semestinya tidakkkk @Wak hahahaha
Deleteoooo nanti kita check layak ke idokkk
ReplyDeleteDaftar dulu e-kasih tu @Sunah, nanti baru check layak ke idokk
Delete