BERAKHIRNYA SURFCASTING TOURS 2019 SIRI KE-8 DI PANTAI TAMBAK, PONTIAN JOHOR

Sis Lin
10
BERAKHIRNYA SURFCASTING TOURS 2019 SIRI KE-8 DI PANTAI TAMBAK, PONTIAN JOHOR | Hai korang, maaf hari ini Sis baru ada kesempatan nak bercerita mengenai event yang baru-baru ni Sis join iaitu Surfcasting Tours 2019 - A Journey to VM2020.

Bukan sebab apa lambat publish, tapi dek di sebabkan gambar-gambar sepanjang Sis di sana, habis semua hilang gara-gara tukar iphone lain. Tak tau nak kata apa dah, benda dah jadikan, maka redha ajelah. Nasib juga ada gambar-gambar yang dah Sis publish di FB dan juga IGs dan IG Sis, so guna mana yang ada ajelah.

[Baca juga] : Mood Menulis Hilang Gara-Gara Gambar Dalam Handphone Hilang

Tapi bukan gambar Surfcasting tu je hilang, termasuk gambar sewaktu Sis di bawa ke Tanjung Piai juga, arghhhhh bila fikir balik, naik stress di buatnya! Dah le kemain banyak gambar Sis amik 😭.

Tak apalah, nak sedapkan hati, ada rezeki jomlah kita ke Tanjung Piai lagi hehehe.

Berbalik pada tajuk, alhamdulilah Sis berkesempatan sekali lagi untuk turut serta dalam program Surfcasting Tours 2019 ini di negeri sendiri iaitu di Pontian Johor. Kalau sebelum ni dah ke Kelantan dan Melaka, so kali ini Johor pulak.

Terima kasih pada Tourism Malaysia dan Tourism Johor yang sudi menjemput kami.


Setelah berakhirnya cabaran memancing Surfcasting Tours 2019 siri ke-7 di Port Dickson,Negeri Sembilan, kini cabaran siri ke-8 pula di Pontian,Johor telah pun berakhir, siri ke-8 ini yang berlangsung pada hari Sabtu 9/11/2019 di Pantai Tambak Pontian dengan penuh meriah dan telah menarik lebih dari 2,000 pemancing menyertainya.

Pertandingan memancing anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Wakjali Event Management ini mendapat tajaan daripada Igloo dan Adabi ini telah dipilih sebagai salah satu daripada aktiviti untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 ke seluruh negara. Di samping itu, acara ini juga menjadi platform untuk mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara.



Acara telah dirasmikan oleh YB Dato Ammar Abdul Ghafur (Senior Director, Domestic, and Event Tourism Malaysia). Sementara menunggu para pemancing memancing, ada juga terdapat pelbagai aktiviti yang di jalankan. Antaranya pameran Mini Zoo, pertandingan BayBlade, memancing canvas keli bagi kanak-kanak, pertandingan mewarna dan banyak lagi termasuk demo masakan dari penaja iaitu Adabi.

Juara bakal membawa pulang RM70,000, kedua RM12,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang tunai.




Selepas beberapa jam para pemancing bertarung dalam keadaan cuaca yang sangat panas dan penuh sabar. Akhirnya keputusan rasmi telah di keluarkan. Dan ikan belukang sebesar dan seberat 1.500kg telah di naikkan . Beza hanya 25gm aje beratnya dengan berat ikan pemenang kedua. Itulah kata orang, kalau dah rezeki, memang tak kemana.

Di khabarkan ikan belukang tersebut di naikkan seawal jam 8.05am oleh Zabri Abd Rashid dan tangkapan awalnya itu, menjadikan beliau sebagai juara Pertandingan Memancing Malaysia Surfacasting Tour 2019: A Jurney To Visit Malaysia 2020 bagi pusingan ke-8 di Pantai Tambak,Pontian Johor.

Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta antaranya TV LED 60 inci dan juga barangan hamper dan wang tunai.

Sekitar program dan keputusan para pemenang : Klik highlight IGs @akusislin
Dan juga update program di IG @akusislin 


Memecah rekod apabila lebih dari 2,000 kaki pancing seluruh negara menyertai pertandingan memancing kali ini yang menyediakan sejumlah RM132,750 hadiah berbentuk barangan dan wang tunai.

Setelah berakhirnya cabaran memancing siri ke-8 ini, seterusnya Malaysian Surfcasting siri ke-9 akan ke Pantai Kuala Perlis pula pada 7 Disember 2019. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar atau ingin menyertainya, bolehlah merujuk info di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut .

[Baca Juga] : Info Penuh Juga Syarat Dan Jadual Surfcasting Seterusnya 


Borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran (walk in). Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479.


P/S: Sangat meriah suasana ketika itu, lebih-lebih lagi Tanjung Piai,Pontian tengah berkempen pilihanrayanya, memang ramai orang sewaktu program di jalankan.

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. besarnya TV.. best dpt join event mcm nie. Bagi semangat utk kaki pancing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa besar, balik kena panggil lori ni kalau nak hangkut balik @Fiza hehehe

      Delete
  2. meriah naw2, semua orang datang pontian... compom jem melekat kat tambak tuh

    hadiah pun perkkkkhhhh best naw2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Norhidana, kena pulak time tu tengah berkempen, meriah sokmo di tepian Pantai Tambak tu ...

      Delete
  3. Ni yg rasa nak belajo pancing. Hohoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha apa kata jomm kita masuk Surfcasting di Perlis sana @Nona hahahaha

      Delete
  4. tahniah pemenang! yeehaaa, 70 k! belanjeee pliss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nak belanja ko? Sila belanja Sis juga ya @Sunah hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!