CEMBURUNYA SEORANG PEREMPUAN BUAT AKU MENANGIS | Yaaa asal nengok je drama ni nangis, asal nangis je nengok drama ni, memang Sis ko hati tisu betul. Terlalu sensitif sangat bila nengok Drama Cemburu Seorang Perempuan ni. Tu pun Sis nengok kat youtube je tu, sebab rumah dah takde Astro, so bukak youtube aje.
Mulanya tidaklah Sis ko nengok drama ni, tapi tetiba TERtengok 'sekejap' di youtube, terus ehhh best plak, tapi masuk episod 3 waduh, jadi sedih melampau pulak berterusan ke episod terkini huhuhu..dah tak memasal Sis ko melekat nengok drama ni. Bangun pagi, bukak tv nengok kat youtube.
Korang ada yang tengok tak? Cer le tengok sekali episod 1, kompom terus suka. Ko bayangkan kena kahwin kemudian bermadu hanya menumpang rahim dan melahirkan tanpa bersama dengan Suami. Ibarat tabung uji dan tinggal pulak serumah. Bayangkan...
Pelakonnya pulak memang Sis suka. Amyra Rosli dan Suami dia, juga Lisdawati dengan Suami dia, dari dulu suka lakonan Lisdawati tu dan Suaminya, real kalau berlakon, cuma kali ni dah jadi watak Mak Bapak pulak hehehe.
Bagi yang tak tengok lagi, meh sini, Sis kongsikan sikit sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan ni ya.
Mula Tayangan : 29 Oktober 2019
Masa :Setiap Isnin-Khamis, 7.00 mlm
Siaran : Slot DramaVaganza (Astro Ria)
Jumlah Episod: 20
Pelakon: Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish
SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
Zikrillah & Dhiya berkawan rapat sejak mereka di darjah 4 lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikrillah tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarag Zikrillah berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan keakrapan mereka.
Zikrillah berkahwin dengan Emilia kerana saling menyintai. Dari hari pertama perkahwinan, Emilia telah menunjukan tidak suka akan keakrapan suaminya bersama Dhiya. Kerana keakrapan ini juga yang sering menjadi perbalahan di antara mereka.
Emilia telah disahkan mengandung, namun atas sesuatu sebab kandungannya tidak dapat diselamatkan. Seterusnya Emilai juga disahkan tidak lagi boleh mengandung. Bagi membuktikan persahabatan mereka yang ikhlas Emi telah meminta Dhiya mengandungkan anak dari benih mereka.
Zikri dan Dhia menikah setelah mendapat persetujuan diperolehi Emi, bagi emmbolehkan Dhia mengandungkan anak mereka. Dhiya akhirnya mengandungkan apabila telah disuntik sperma Zikri dan Emi utnuk disenyawakan ke dalam rahimnya. Atas naluri ingin menolong & juga kerana sayangkan Zikri, Dhiya sanggup menjadi ibu tumpang bagi anak-anak mereka.
4 orang anak yang dikandung dalam rahim Dhiya. Walau Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja dan mereka sebenarnya tidak pernah sekalipun mengadakan hubungan suami isteri.
Keikhlasan Dhiya & Zikri masih tetap menjadi pergaduhan antara Emi dan suami. Cemburu Emi yang terlampau hingga sanggup memusnahkan hidup Dhiya yang akhirnya beliau lumpuh di kedua belah kakinya. Tangannya juga kudung dan mukanya cacat. Kerana insiden itu juga menyebabkan Emi meninggal kerana beliau turut terkorban semasa insiden ingin menghapuskan Dhia dari hidup Zikri.
Atas kepakaran masa kini, tangan Dhiya dapat disambung semula. Pembedahan mukanya juga dibuat namun Dhiya tetap perlu berkerusi roda. Anak-anak Zikri bersama Emi kesemuanya sayang akan Dhiya kerana pandai mengambil hati mereka.
Dhiya akhirnya melahirkan 2 org anak dari darah dagingnya sendiri bersama Zikri selepas kematian Emi. Walaupun beliau cacat, namun pengorbanan Dhiya yang begitu besar terhadap keluarga Zikri memang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Biarlah orang lain memandang rupanya buruk dan cacat namun kemuliaan hati Dhiya amat membanggakan Zikri.
P/S: Sis ko kalau dah layan drama, memang emo, lagi kalau nengok dengan Suami, ada je point nak mengenakan dia hahahaha.
Macam best pulak baca sinopsis cerita nie. Ada hari tu terbuka cita nie kat tv tapi tak layan pun. Nanti nak tengok lah.. hihihi..
ردحذفHehehe iyeee nanti try le nengok Kak @Sue, kompom tersuka dan sediakan tisu..
حذفbaca sinopsis macam best tapi masa tu mesti berebut remote dengan anak2. haha
ردحذفNanti tengok youtube aje @Umi..hehehehe
حذفCerita ni dah habis ke? Siap dah ada ending tu. Ke adaptasi novel?
ردحذفBelum habis, baru episod 7 tak silap, ni Sis amik sinopsis adaptasi dari Novelnya @Aisya..
حذفsedihnya citer ni..nk kna layan ni..:)
ردحذفIyerr sedih, nanti tengoklah Cik @Nor..
حذفEmi tu cemburu terlampau kan sis..SA plak x suka lakonan Emma Maembong..tapi bila tgok citer ni macam dia berjaya bawa watak dia dengan baik
ردحذفIyerr geram pulak kita, tak sedar di untung @Suria...watak dia memang menjadi dengan mimik mukanya...
حذفKak lin, Beeha punya follow jugak cerita ni. Sedih sangattt T.T
ردحذفHahahaha geram tapi sedih beno citenya @Beeha ...
حذفminat gak dengan amyra dan amar ni, sama lah SL , kak ana pun tak ada astro nanti nak cari kat utube gak lah hehe :)
ردحذفYerr Kak @Ana, astro dah potong dah sejak ada Netflix bagai..so memang tengok Youtube aje..
حذفammi skip je baca sinopsis tu..ahaks.. tapi belum start tgk pun lagi sebab tgh nak habiskan tengok cerita si Sharnaaz ngan Nelydia dulu. org dah sampai ke bulan ammi masih kat darat lagi.
ردحذفHahahah spoil sungguh kann Sis ni Ammi @Sheila hahahaha...nanti jangan lupa nengok..
حذفdulu baca novel je, bila dah ada drama ,lagi best pulak...kita memang tengok cerita ni
ردحذفKannn @Rohaida, novel Sis ko tak baca, TERtengok sekali le haritu terus ehh TERsuka plak...hahahaha
حذفowhhh siapa jadi emi siapa jadi dhiya tu? emma jahat ke baik..hahahha
ردحذفDhiya (Amyra), Emma tu jadi Emi yang jahat @Sunah huhuhu
حذفTak sempat lagi layan cerita ni. Rasa macam banyak sangat drama baru keluar date yang sama.
ردحذفKannn samalah, Sis dah berapa hari ni tinggal Drama ni, bizi dengan anak dan event je ni @Azhafizah, nanti tengoklah, best dramanya..
حذف