FESTIVAL BOBA BAKAL MENGGEGARKAN PARADIGM MALL JOHOR BAHRU | Paradigm Mall JB akan memperkenalkan Festival Boba selepas mendapat sambutan hebat di Paradigm Mall PJ and Gateway@KLIA2. Korang yang suka akan Boba ni, yaa ini ada berita gembira buat korang semua.
Demam Boba hangat melanda di seluruh Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang obses dengan minuman teh susu dengan bebola ubi kayu (tapioka) yang memiliki tekstur kenyal dan disaluti gula perang ini. Selaras dengan kempen yang serupa di Paradigm Mall Petaling Jaya dan gateway@klia2, kini Paradigm Mall Johor Bahru memperkenalkan Kempen Festival Boba yang akan berlangsung dari 18 November sehingga 17 Disember 2019! .
Semua penggemar teh boba, jangan melepaskan peluang untuk menyertai festival ini,yang pastinya dapat memenuhi keinginan anda untuk menikmati teh boba.
Ketua Pegawai Eksekutif WCT Holdings Berhad, Bahagian Pengurusan Pusat Beli-belah, Selena Chua berkata, “Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa rakyat Malaysia memang sukakan minuman teh susu boba. Dengan kemunculan pelbagai kedai teh boba di seluruh negara ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang menggemari teh susu jenis ini.”
“Minuman teh Boba yang segar ini cukup sesuai untuk diminum dalam apa jua situasi dan cuaca. Malah ianya telah bertukar menjadi sebuah fenomena budaya di rantau ini. Memandangkan teh boba telah menjadi minuman kegemaran ramai tanpa mengira usia, kami cukup teruja untuk memperkenalkan Festival Boba di Paradigm Mall Johor Bahru ini,” akhiri Selena.
Festival ini terbahagi kepada dua kategori iaitu, ‘Cabaran Teka Jenama Teh Boba’ dan ‘Cabaran Boba Bingo’.
Butiran Pertandingan
Kategori A: Cabaran Teka Jenama Teh Boba
Tarikh: Sabtu, 7 Disember 2019
Untuk mengambil bahagian tersebut, peserta kategori ini perlu mendaftar di talian (online) sebelum acara berlangsung. Kemudian peserta perlulah meneka kesemua jenama teh boba mengikut minuman yang telah disediakan. Peserta yang berjaya meneka kesemua minuman dengan tepat akan berpeluang untuk memenangi 48 minuman secara percuma mengikuti pilihan individu. Pemenang boleh mengunjungi ke kedai teh boba yang terpilih sebanyak 4 kali dalam sebulan, sepanjang 12 bulan.
Cara-cara Penyertaan
Langkah 1: Para peserta perlu mendaftar sebelum tarikh pertandingan. Setiap sesi terhad kepada maksimum 20 peserta bagi setiap 3 sesi yang akan berlangsung pada pukul 12, 2 dan 5 petang. Siapa cepat, dia dapat!.
Langkah 2: Peserta dikehendaki merasai enam cawan teh boba yang berbeza daripada jenama terpilih seperti Gong Cha, Chatto, BlackBall Mini, Each A Cup, Shake Shake dan Teadayz di kawasan pertandingan. Peserta perlu meneka keenam-enam jenama teh boba dengan tepat.
Kategori B: Cabaran Bingo Boba
Tarikh: 18 November – 17 Disember 2019
Belanja RM50 ke atas di dalam satu resit di mana-mana kedai yang terletak di Paradigm Mall Johor Bahru atau buat sebarang pembelian di kedai-kedai yang terlibat untuk menebus satu Pasport Festival Boba. Pengunjung kemudian dikehendaki untuk melengkapkan kad Bingo Boba dengan membeli minuman dari cawangan yang terlibat dengan harga diskaun istimewa. Setelah kad dilengkapkan, hantar butiran penuh ke kaunter Concierge dan anda mungkin menjadi salah seorang daripada 6 pemenang bertuah yang bakal menerima 3 bulan bekalan percuma teh boba dengan purata kunjungan sebanyak 4 kali sebulan dan satu baucar tunai bernilai sehingga RM200.
Cara-cara Penyertaan
Langkah 1: Pengunjung dikehendaki membuat pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai di Paradigm Mall Johor Bahru atau pengunjung boleh buat sebarang pembelian di kedai-kedai yang terlibat untuk peluang penyertaan.
Langkah 2: Dapatkan Pasport Festival Boba daripada kaunter Concierge di Aras G, Paradigm Mall Johor Bahru, berhadapan dengan Starbucks.
Langkah 3: Pengunjung layak menebus SATU setem untuk setiap pembelian minuman promosi istimewa, yang dinyatakan oleh cawangan yang terlibat. Sila tunjukkan Pasport Festival Boba anda untuk menikmati promosi istimewa sepanjang kempen ini dari 18 November sehingga 17 Disember 2019.
Langkah 4: Setiap satu setem mesti diambil setiap kali pembelian dilakukan di cawangan yang terbabit. Kesemua setem perlu dicapkan pada pasport.
Langkah 5: Hantar Pasport Festival Boba selepas kesemua setem berjaya dikumpulkan di kaunter Concierge yang terletak di Aras G, Paradigm Mall Johor Bahru.
Cabaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (NRIC) dan bukan warganegara (Pasport) dan berusia 18 tahun ke atas.
Tambah Selena lagi, “Matlamat kami adalah sentiasa untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan kami - sebuah pengalaman unik yang tidak akan dapat dirasai di tempat lain. Kami juga mahu melayan dan memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan serta berharap agar festival ini dapat meninggalkan kenangan manis yang bukan sahaja disebut-sebut malah akan sentiasa dikenang di sanubari.”
Jadi jangan lupa tarikh ini dan berkunjung ke Paradigm Mall JB untuk menyertai pertandingan bersama-sama rakan dan keluarga tersayang. Sila rujuk di bawah untuk butiran lanjut.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi, sila layari laman web dan saluran media sosial kami di:
Laman Web: www.paradigmmall.com.my/jb
Laman Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/paradigm.jb/
*Tertakluk pada Terma & Syarat
P/S: Peminat minuman Boba bolehlah join ya. Sis ko tak berapa 'gemar' hehehe.
seronok nya bagi peminat boba, mesti tak lepaskan festival gini
ردحذفIyaaa @Norhidana, bagi peminat Boba, jommlah meriahkannya kann...
حذفFenomena Boba masih membahang Sis..rasanya pergi mana-mana boba ni sentiasa ada..dan ada peminat atau penggemarnya yang tersendiri.
ردحذفKannn @PC, kalau anak-anak pun masih lagi mencari Boba Tea ni, Sis dah lama stop, dan kurang gemar Boba tu..
حذفPergi mana-mana mesti ada boba, tapi tak pernah cuba lagi dengan boba. Mungkin kena try jugak ni hehehe :P
ردحذفKannnn, sana sini memang ada je Bobanya @Mekar...kalau rasa nak join, bolehlah ke Paradigm Mall tu ya..
حذف