HAPPY BIRTHDAY BUAT ANAK AKU YANG SULUNG

Sis Lin
14
HAPPY BIRTHDAY BUAT ANAK AKU YANG SULUNG | Hari ini 2/11/2019 genaplah umur anak Sis yang sulung 25tahun. Alhamdulilah membesar dengan sihat dan dengan berjaya setakat harini. Dari menjaganya sewaktu kecil hinggalah besar, tiada sebarang keluhan yang Sis nak tulis, sebab sangat senang menjaganya.

Cuma satu perangainya sewaktu kecil, si Kakak ni tak boleh langsung bermalam atau tidur di rumah orang, sepesen dengan Ayahnya, hingga ke harini. Sangat susah nak bermalam dirumah orang kecuali kalau bercuti bermalam di hotel atau di tempat peranginan. Hinggakan dulu pernah tidur di rumah Kakaknya Suami, sampai naik hangin mengajak tido hotel, dek kerana si Kakak menangis sepanjang malam sebab tak tidur. Yaa kami tidur hotel, diam terus si Kakak tidur. Ermmm...

Bukan main susah nak pujuk sampai terlena, memang menguji kesabaran. Tapi bila di rumah sangat senang menjaganya. Yaa ketiga-tiga anak Sis tak tidur buaian. Kalau masuk buaian tu sebab demam aje, kalau sihat memang tidur katil aje.

Alhamdulilah Allah permudahkan sepanjang menjaga ketiga-tiga anak.


Now Kakak dah besar dah, dah pandai menjaga diri dan dialah seorang anak yang lain dari yang lain. Punya cita-cita yang sangat tinggi dan impian yang 'dasyat' hahaha. Tapi Emak tau Kakak akan capai semua cita-cita dan impian Kakak tu nanti. 

Anak Sis sekarang masih menuntut lagi, now tengah Master di bawah MSU dalam bidang Biomedical Science. Ramai memang tanya, 'Anak kau tu nanti jadi apa habis belajar Lin?', Kalau tanya Kakak, Kakak kata, Emak jawab 'Saintis', haaa itu jawaban kepada cita-citanya. 

Lain anak lain ragam, yang sorang cenggini, yang sorang cenggitu, maka Emak dan Ayahnya kenalah bersabar dan bagi support kepada anak selagi nak belajar. Tu je yang mampu Sis dan Suami berikan. 

Dan harini hari kelahirannya, Selamat Hari Jadi Nurul Nastasea!! 

Emak, Ayah, dan adik-adik sentiasa doakan moga kakak sihat, berjaya dalam apa jua yang kakak ceburi dan impikan. Good luck Kakak and all the best!!..

Harini Kakak balik Johor, dah booking Hi-Tea untuknya nak sambut besday dia, cuma kami bertiga ajelah, Sis, Kakak dan adiknya,Yana. Anak bujang tengah exam, minggu depan baru balik cuti sem. Ayahnya pula tak boleh nak balik, sibuk dengan kerja, kata Ayahnya, tunggu Ayah balik, kita sambut sekali lagi. InsyaAllah ..

Status anak : Single but complicated hahahaha. 


P/S: Ramai kata ada muka Sis? Ye ke? Bukan muka Ayahnya ke? Hahahaha..

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. cooomey anak Sis Lin ni.. tak lama lagi boleh dapat menantu da ni ?
    happy birthday. semoga sihat sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, menantu lambat lagi @Siti hehehehe...Makaseh Siti..aamiinn..

      Delete
  2. Selamat hari lahir, Nurul Nastasea. Bonda doakan kakak sentiasa di dalam lindungan, rahmat dan kasih-Nya dan semoga cita2 kakak menjadi kenyataan suatu hari nanti, Amiiinnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, makaseh Bon @Seri..moga Allah merahmati Bonda juga...

      Delete
  3. Happy bornday kakak...birthday kita samalah...weee... semoga cita-cita kakak tercapai dan jadi anak yang solehah ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Juju.. Happy birthday juga buat @Juju ya..Moga sentiasa dirahmati Allah..boleh sama plak besdaynya..

      Delete
  4. Cantiknya anak sis... Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Semoga kakak sukses dgn life n career ... Hebat kakak nak jadi saintis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, makaseh @Pip..aamiinn..cita-citanya tu jadi saintis hehehe

      Delete
  5. Happy Belated Birthday untuk anak sis. Moga segala impian, cita-cita dan urusannya dipermudahkan di dunia dan akhirat 💖

    Err sebenarnya anak sis sebaya dengan iha, iha lahir bulan Feb. Sekarang ni nak panggil sis apa ya? Aunty Lin? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn...makaseh @Iha..
      Hahahaha ko panggil Sis sudah leee oii, nak panggil aunty tu macam dah kereput snagat Sis ko hahahahaha

      Delete
  6. aik single but complicated ke...hahahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah begitulah katanya @Sunah hahahahaa

      Delete
  7. Happy Birthday anak sulung sis Lin!!! Semoga segala impian terrcapai... AMIN.. Bagusnyaaa minat nak jadi saintis... Wow...Part muka.. Muka dedua mak paknyaaa laaa.. Haahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Nona !!!
      Saintis katanya, mudah-mudahan Non..
      Takde muka Sis ke aaaa? Ermmmm

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!