Tak sempat nak mengupdate dan mendraft, sebab kesuntukkan masa, melayan Suami yang kebetulan demam, mengemas (pakaian kotor yang Suami bawa balik), memasak (sebab semua ada di rumah), dan melayan Netflix bersama Suami, so memang takde masa lebih nak ngadap blog, kalau update pun curi-curi masa aje.
Kemana Sis bercuti?
Macam biasa, kita rahasia dulu ya, nantilah Sis kongsikan, kang ada pulak yang skodeng kaki menyampai 'pesanan penaja', pastu 'mengacau' orang tengah bercuti kannn, so kita diamkan aje dulu.
Tapi percutian Sis kali ni bukan 'Me Time' ya, yang ini Sis bercuti bersama family. Alhamdulilah Allah tu permudahkan dan rezeki anak-anak, makanya Suami bawa kami bercuti. Moga bertambah rezekinya Suami dan juga di sihatkan tubuh badan mencari rezeki.
Bagi korang pulak yang tak kemana dan tak tau nak bawa anak-anak bercuti, haa jom ke Taman Tema Air di Forest City ni, ianya dah di buka untuk orang ramai, murah aje bayarannya, hanya rm 15 untuk semua golongan umur.
Boleh ke facebook page @akusislin tu untuk lihat details dan gambar sepenuhnya ya.
Takpe walau tempatnya dekat hanya dalam Johor, janji peluang bersama family tu ada, anak-anak pasti gembira! .
Okaylah, Sis off dulu ya, doakan moga perjalanan kami selamat pergi dan balik.
Aamiinn..
P/S: Cuma kali ni, Suami pulak yang over excited nak pergi bercuti hehehe !! 🥰
wahhhh.. bestlah kali ni Mr Sabar bercuti dengan Mrs Sabar dan anak2
ردحذفYaaa Kak @Seri, tetiba aje dia ajak bercuti, kata penat kerja dah ni, nak rehat...
حذفAlhamdulillah.Selamat bercuti ya Sis sekeluarga.
ردحذفAlhamdulilah, makaseh @PC ...
حذفyeehaaaaaa! selamat bercuti!
ردحذفYooo! Kita belikan awak kopi Thailand ni haaa @Sunah hahahaa
حذفHappy holiday sis!!
ردحذفMakaseh @Faizzah ...
حذفselamat bercuti sis LIn... enjoy ur holiday ye
ردحذفAlhamdulilah, semuanya dipermudahkan, makaseh @Norhidana...
حذفwah..kemana tu..nak skodeng jap ler..hahaha
ردحذفHahahaha sila baca post terbaru yaaa @Rohaida hehehehe
حذفwah gituw tak kisah janji bercutii
ردحذفKannnn, janji holiday satu keluarga!!
حذفselamat bercuti sis!
ردحذفMakaseh @Farahain ...
حذفhappy holiday sisLin :-)
ردحذفMakaseh @Hayati ...
حذف