Well, sharing is caring kan? Pun begitu, bukan semua perkara kita boleh share tau. Antara perkara yang perlu digunakan oleh anda seorang sahaja secara peribadi adalah tuala.
Hmmm, kenapa ye?
Kuman boleh berpindah melalui perkongsian tuala
Tanpa mengira korang adalah kawan baik, ahli keluarga atau suami isteri, tuala adalah barangan peribadi dan tetap tidak boleh dikongsikan. Ini kerana perbuatan berkongsi tuala boleh memindahkan kuman di antara satu individu kepada individu yang lain.
Untuk pengetahuan korang, kita semua mempunyai kuman pada permukaan kulit kita tidak kira korang menjaga kebersihan atau tidak. Kebiasaannya, ia tidak berbahaya namun boleh menyebabkan infeksi kepada individu lain yang ada masalah kulit.
Perbuatan berkongsi tuala ini sudah pasti akan memindahkan kuman di antara individu. Kebanyakan kuman tidak boleh memasuki kulit yang normal, jadi ia akan berkumpul di permukaan kulit dan menunggu untuk dipindahkan lagi kepada individu lain pula.
Apa akibatnya?
Bukan sahaja perbuatan ini akan menyebabkan tubuh badan korang menjadi tempat pembiakan kuman, malahan ia juga boleh mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan kepada individu.
Antaranya punca penyebab yang mungkin terjadi adalah:
- Infeksi staph
- Infeksi yis
- Jerawat
- Ringworm
- Jock Itch
- Pink eye
- Athelete’s foot
Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman turut menjelaskan bahawa perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit boleh menyebabkan jangkitan kudis buta.
Jangkitan ini disebabkan oleh kutu halus yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Kutu halus ini akan menetaskan telur di kawasan kudis buta sebelum menjadi ulat yang kemudiannya menjadi punca kepada serangan ekzema dan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain.
Jadi, korang masih mahu berkongsi?
Artikel Hello Doktor
P/S: BFF macam mana pun, takkan sampai kongsi tuala oii...
yeee...tuala, baju dan apa2 yang kena pada kulit, kena hati2 bila berkongsi..make sure kawan tu takde kurap dulu..ahahahhahahaha
ردحذفKannn, melainkan tualanya dah di cuci, yakni tuala baru gitu @Sunah...
حذف