LAST MINIT BERCUTI KE KRABI SANGAT BERBALOI!

Sis Lin
6
LAST MINIT BERCUTI KE KRABI SANGAT BERBALOI! | Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Sis telah pun kembali ke Malaysia dan sampai di Johor dalam jam 1am lebih awal malam tadi. Flight landing jam 8.30pm waktu Malaysia, tapi sebab keletihan memasing, so kami drive santai-santai aje.

Ikutkan Suami ajak bermalam di Shah Alam aje, dan esoknya (hari ini) pulang ke Johor, tapi anak Sis,Yana dah kena start kerja setelah sebulan MC gara-gara slip discnya sebelum ni, so penat ke tak, kena drive balik ke Johor semalam juga.

[Baca juga] : Asyik Sakit Bahu Aje, Rupanya Slip Disc Tengkuk

Satu soalan yang Sis nak tanya dulu. Korang pernah pergi Krabi,Thailand?

Tak pernah? Kalau tak pernah, ada rezeki Sis syorkan pergilah. Tak kisahlah ko pergi berbulan madu suami isteri ke, pergi bercuti anak beranak ke, tapi Krabi sangat best! Bagi Sis Krabi sungguh mendamaikan, tenang dan banyak tempat yang boleh korang hilangkan stress setelah penat bekerja, dan juga Krabi adalah syurga makanan bagi seorang Sis Lin hahaha.


Rupanya Krabi ni banyak pulau yang boleh korang jelajah dan pergi buat aktiviti. Jangan ingat nak pergi pulau yang popular dan ramai pergi, tapi nanti sesak dengan orang, ko bising pulak. Untuk seorang Sis Lin, bab mandi manda ni memang kurang suka, tapi kalau Suami dan anak-anak, haaa mereka memang pantang jumpa air hahahaha. 

Makanya kalau bercuti, memang nak ke pulau atau yang ada aktiviti island hoping. Masa ni akan nampak wajah kegembiraan anak-anak dan Ayahnya tatkala mereka bermain dan mandi bersama. Sis ko emo sikit bila nampak detik-detik kegembiraan itu, sebabnya bukan senang Suami nak amik cuti kerja, dan sekarang agak susah nak berkumpul sama nak pergi bercuti, so bila dapat waktu begini, Allahu menitis airmata melihat dari kejauhan kegembiraan itu. Yaaa Sis ko hati tisu ya..


Percutian kali ni, sepenuhnya di uruskan oleh anak Sis,Kakak. Dialah yang booking tiket flight, hotel, sewa kereta, dan juga semua aktiviti kami sekeluarga di sana, dah macam guide tours si Kakak kata Ayahnya hehehe. Sebab tu masa dapat aje tiket murah, Kakak terus bagitau Ayahnya dan terus beli!. Memang last minit kami plan ke Krabi ni, gara-gara Ayahnya buka mulut kata 'Jom kita pergi bercuti', terus anak jawab, 'Jom Krabi!' hahaha..

Tapi alhamdulilah cuaca pun berpihak pada kami. Cuaca panas gila-gila sangat! Sampaikan kulit rasa perit bila kena air, tapi nak enjoy punya pasal, lantaklah kalau rentung pun hahahaha. 

Ada yang tanya, Sis menginap di mana di Krabi?

Oo Sis menginap di hotel Sea Seekers area Ao Nang Beach. Hotel Sis menginap ni masih baru lagi, baru setahun beroperasi, sebab tu servis dia tip top gila! Dan kawasannya sangat dekat dengan kedai-kedai soping. Lagi-lagi kedai urut, perghh sakan Sis ko dengan Suami mengurut di sini hahahaha. 

Nantilah Sis cerita panjang lagi memgenai hotel, kereta sewa, makanan halal dan juga aktiviti kami ya. Ni Sis kasi intro je dulu. Banyak benda nak settlekan dulu ni. Kain baju dah menunggu nak mendobi hahahaha. 

Okay, sambung nanti ya..
Bye bye..


P/S: Hari ini permintaan menu ayam masak kicap pedas. Okay jom masak!

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tak pernah ke krabi, tapi teringin sangat sebab selalu tengok di sana pantai, laut dan pulaunya cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Norhidana, pergilah, tunggu tiket murah terus beli..puashati pi Krabi!

      Delete
  2. ya Allah, cantiknya view. warna ayaq laut dia tu. perghhhh. kalau pi, rasa macam tak mau balik dah. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantikkk @Umi, tak puas nak nengok laut aje...Makan pun hebat! Puas makan seafood...

      Delete
  3. ok tak payah la pergi, sis dah pergi... 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng jeng jeng...ayuh kita pergi @Sunah oiii...tungguuuuu

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!