MOOD MENULIS HILANG GARA-GARA GAMBAR DALAM HANDPHONE HILANG!

Sis Lin
24
MOOD MENULIS HILANG GARA-GARA GAMBAR DALAM HANDPHONE HILANG! | Hilang! Hilang! Hilang! Yaa seriuslah terus jadi down di buatnya disebabkan memikir gambar dalam iphone Sis ni hilang! Tak semua tapi gambar sepanjang di Tanjung Piai tu, kesemuanya hilang, maksud hilang di sini adalah tak masuk dalam gallery, walaupun dah back-up dah sebelum tukar ke iphone lain.

Stress Sis ko fikir. dah lerr gambar-gambar tu semua nak guna, sebab ada 'kerja' yang tak settle lagi, kemudian banyak gile gambar koleksi sendiri yang Sis abadikan sendiri di Tanjung Piai untuk buat kenang-kenangan peribadi sendiri, kau ngase? arghhhhh.

Padahal dah cukup hati-hati dah, dan sebelum ni pun banyak kali juga dah tukar iphone lain, tapi bila back-up, semua gambar masuk dalam tu, kali ini entah apa silapnya, gambar bertarikh 9/11/2019 semua tak masuk dalam gallery, hanya last gambar yang iphone tu back-up, gambar-gambar sewaktu anak Lin warded KPJ Pasir Gudang. Tu jee yang last iphone tu back-up, sedih gilee okay!!

[Baca Juga] : Alhamdulilah, Nasib Baik Ada Insurans Sakit (Medical Card)

Sis nak marah pun, nak marah siapa? Takkan nak Sis ko hempas iphone tu plak ek, huhuhu stressnyaa oii..Memang lerr boleh kata 'alaa gambar je pun', tapi walaupun gambar, banyak kenangannya di situ yang Sis amik dan gambar untuk 'kerja' pun tak siap update lagi.

Ini pun nasib baik juga ada separuh tu, dah send ke Sunah di telegram. Dan ada sedikit dah up kat wall facebook dan IG Sis. Kalau tak, memang satu pun takde nak buat kenangan sendiri. Yaaa Sis suka save gambar dalam handphone ke, dalam album Facebook ke dan set only me, untuk tatapan dan kenangan sendiri. Ada juga Sis save dalam laptop. Bagi Sis ianya jadi satu memori indah tiap kali kalau kita belek dan tengok gambar-gambar tu semua.


Now nak dapatkan gambar tu balik tak tau macam mana, tapi...mana boleh dapat balikkan?, sebab dia ikut apa yang dah kita back-up, tapi masaalahnya Sis ko dah back-up tapi kenapalah tak masuk oiii!

Takpelah, dah takde rezeki, mungkin dia suruh Sis pergi lagi Tanjung Piai tu agaknya hahahaha. Best jugakan kalau pergi lagi, sebab hartu pergi agak kelam kabut juga, tapi kalau nak pergi, kenalah tunggu sampai pilihanraya Tanjung Piai tu selesai oii, kalau tak, kompom jem jalan sana.

[Baca Juga] : You Never Walk Alone Katanya 

Okaylah, cukuplah bebelan Sis ko pagi ni, selagi tak luahkan rasa, selagi tu gerammm...anak-anak pun naik malas nak dengar bebel Emaknya sengsorang pasal iphone tu hahahaha. asihhh geram geram!!..

Tiba jadi blank kepala otak nak menulis dan update blog gara-gara gambar takde...ermmm, kalau tak banyak benda Sis ko nak kongsikan..Takpelah...update tetap update, nanti kita sambung lagi ye. Harini nak masak Mee Bandung Mak Pon. Korang masak apa harini?

Sambung nanti ya..OkBai..


P/S: Tak sabar tunggu esok!
Tags

إرسال تعليق

24تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mmg stress kalau gambar hilang.
    ammi auto sync gambar dalam phone ke Google Photos and ammi set private. Jadi kalau terdelete gambar kat phone at least kat google ada lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang stress kalau fikir dan ingat Ammi @Sheila...tapi redha aje laa..lepas ni apa-apa nak masuk dalam album FB only mee dulu huhuhu

      حذف
  2. alahai memang stress bengang geram semua ada kan, dana pun rasa gak masa pernah gambar hilang dalam gallery hp, cuma boleh redho jelah masa tu

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa @Norhidana, semua perasaan tu adaa...dah le banyak kerja tak siap lagi..adoii stress...

      حذف
  3. Jangan kata sis...SA pun sama gak...SA Hilangkan 1 folder gambar pi Guangzhou...sampai sekarang tak jumpa2...sedih..nasib dah banyak share kat Blog..dapat la sikit walau x semua...

    ردحذف
    الردود
    1. Perghhh yang itu lagi boleh buat nangis di buatnya @Suria...adoiii...sedih sangat mendengarnya...

      حذف
  4. adoilaaa.. dapat kubayangkan perasaannya macam mana

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Kak @seri..geram tapi nak lepaskan kat sapa ek hahahaha

      حذف
  5. pernah jugak hilang gambar . kebetulan dah pindah semua masuk pendrive , sekali pendrive masuk virus , hilang beribu gambar . Perasaan tu taktau la nak explain macam mana .

    ردحذف
    الردود
    1. Aduh! Pun sama juga perginya ek @Suhana..lepas ni biasa Sis akan masuk dalam album FB buat only me, lebih selamat..

      حذف
  6. Setakat ni belum pernah lagi hilang.. belum ada pengalaman, tapinya boleh rasa la sakit tu macam mana.. masa bukan boleh patah balik..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Orchid, kalaulah boleh undur masa, dah download dulu sebelum tau nak hilang huhuhu

      حذف
  7. takpa2 gambar hilang takpa. jangan hp yg hilang. eh? huhuhuhu

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kalau handphone yang hilang, lagi haru @Umi..

      حذف
  8. Wak kalau takde gambar, tak pandai buat entri

    ردحذف
    الردود
    1. Samalaa kita @Wak, tak pernah lagi update blog takde gambar..

      حذف
  9. Nice Post kak

    ردحذف
  10. alahai sayangnya!!! nasib hilang gambar bukan hilang hp!

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau handphone yang hilang, silap-silap berbulan mood hilang nak update blognya @Nik hahahaha

      حذف
  11. Kadang icloud penuh tak dapat nak backup semua..huhu..tapi kes akak ni xpasti pula

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laaa, ada kawan kata takut masa tu line phone tak elok, so gambar tak masuk dalam icloud...nangiss terus dah @Azhafizah ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!