Sajian Tradisional Sepanyol biasanya dikenali sebagai sajian yang sederhana, lazimnya terdiri daripada hasil tanaman dan ternakan dari kawasan setempat. Ianya sangat mewah dan kaya dengan perisa, serta menawarkan pelbagai jenis masakan yang datangnya daripada perbezaan faktor geologinya.
Cuaca panas ternyata sangat bermanfaat untuk pertumbuhan buah zaitun sepanjang tahun, kerana itulah, tidak mengejutkan yang minyak zaitun dan juga bawang putih menjadi antara bahan masakan untuk sajian Sepanyol. Kemudahan bahan tempatan dari laut juga menjadikan makanan laut seperti kerang-kerangan sebagai bahan yang sering digunakan untuk sajian mereka. Dan jarang sekali mereka makan ikan.
Dan bagi korang yang suka akan masakan orang Sepanyol, maka korang boleh nikmatinya di BLD Cafe Renaussance Johor Bahru Hotel setiap hari Jumaat & Sabtu sepanjang bulan November ini. Lebih dari 100 menu masakan yang di sajikan yang pasti menjadikan selera korang seperti berada di Sepanyol, cubalah!
Jom kita lihat antara masakan Sepanyol yang di sediakan.
Spanish Weekends Buffet at BLD Cafe Renaissance Johor Bahru Hotel
Sajian utama (primero) seperti Fideua, Paella de Marisco (Nasi dan juga Spageti Makanan Laut), Estofado de Pollo (Stu Ayam/Daging Sepanyol) merupakan sajian yang sering disajikan. 'Paella’, antara makanan masyhur Sepanyol, dimasak di setiap wilayah negara itu dan menggunakan pelbagai jenis bahan dan juga makanan lautnya.
Korang kena cuba ni, memang sedap, Sis pun tak sangka ianya sangat sedap terutama Fideua dan Paella tu. Woww sangat rasa dia. Makanan laut di atasnya pun sangat fresh! Gerenti makan tak gatal punya hehehe.
Daging 'awet' mereka merupakan salah satu pilihan popular untuk dihidangkan dengan apapun sajian. Orang Sepanyol sangat suka memasak dengan kaedah stew, walaupun mereka juga menggunakan pelbagai kaedah masakan lain seperti goreng atau panggang di atas arang. Secara umumnya, orang Sepanyol lebih suka daging lembu. Daging panggang adalah hidangan popular untuk cuti dan majlis-majlis perayaan.
Menu daging Adobo barbeque ini Sis boleh katagorikan sangat menjadi pilihan utama Sis bila makan masakan Sepanyol ni. Kelembutan dan 'juicy' isi daging tu sangat sedap tiap kali mengunyahnya. Dan paling istimewa, Chef Arnold sendiri akan memotongkan untuk korang di setiap meja ke meja bagi mereka yang ingin merasainya. Korang mesti cuba!
Tapas juga adalah sajian kecil yang berupa snek atau pembuka selera kebanyakkan orang Sepanyol. Terdapat pelbagai jenis tapas di Spain, antaranya tortilla (pincho de tortilla), Omelet telur goreng (huevos estrellados) dan ikan bersalut serdak roti (PescaÃto frito) dan bermacam lagi.
Jika korang yang pertama kali merasainya macam Sis, pertama kali korang kena cuba telur goreng tu, memang sedap dia berbeza dari biasa. Kemudian korang boleh mencuba hampir 14 jenis tapas samaada siap sedia yang sejuk atau korang buat pilihan dan akan di masak secara makan panas. Memang unik sekali.
Keju Sepanyol di buat dari kambing, lembu dan juga susu campuran. Kebiasaannya orang Sepanyol makan keju bersama tapas atau makan begitu sahaja atau semasa makan untuk pencuci mulut seperti salad. Berbeza dengan kita, makan keju hanya ketika sarapan pagi, tapi bagi orang Sepanyol, setiap masa dan ketika makan, mesti ada sajian keju di hidangkan.
Di BLD Cafe Renaissance Johor Bahru Hotel, korang boleh DIY salad korang dengan keju sebesar 'tempayan' tu ha. Amazing gila okay! Tapi sayangnya Sis lupa nak mencuba salad keju itu.
Bukan itu sahaja, juga terdapat aneka sajian makan malam yang istimewa selain dari menu utama sajian Sepanyol yang korang boleh nikmati. Antara yang menjadi pilihan Sis tentunya Chili Crab dia. Sangat sedap, sekali makan korang akan termimpi-mimpi rasanya hehehe.
Pencuci mulut juga tidak ketinggalan, pelbagai jenis pencuci mulut ada di sediakan bersama kuih-muih tradisional Melayu juga beserta dengan aneka jenis buah-buahan.
Jadi bagi korang yang dah terasa-rasa di tekak tu, apalagi, jomlah buat tempahan meja korang sebelum 'Full House' ya. Betul, ko lambat booking, penuh meja makanya gigit jari le yaa..
Untul lebih gambar, korang boleh klik Facebook Page @akusislin di atas ya .
SPANISH WEEKENDS DINNER BUFFET
Cafe BLD Renassaince Johor Bahru Hotel
Setiap JUMAAT DAN SABTU
Sepanjang BULAN NOVEMBER 2019
Masa : 6.30 pm hingga 10.00 pm
Harga :
RM 123 Dewasa
RM 61.50 Kanak-kanak (dari umur 5 - 12 tahun)
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +607 381 3322 atau email ke partheeban.sundaramurthy@renaissancehotel.com atau WhatsApp Bussiness +6017 771 3327
P/S: Terbayang-bayang kesedapannya daging itu, aishhhh...
aaaa paella tu meriahnyaaaaa! juga "sis" tu nampak sedappp...nyum2
ReplyDeleteIYerr sangat menakjubkan rasa Paella tu @Sunah, kalau engko tu, mau berpinggan makannya hahahaha...eh apa tu 'sis' ??? oii
DeleteHerm.. gugat iman.. gugat iman.. Nak try jauh benor..
ReplyDeleteHahahaha sila nengok aje yaa @Orchid hehehehe
Deleteyang salad tu kita dah cuba , memang sedap.. boleh letak macam²
ReplyDeleteTu lerr sampai lupa nak rasanya @Rohaida huhuhu
DeleteSedapnya Lin.. terus rasa lapar tengok gambar..
ReplyDeleteHeheheh semua sedap Kak @Sue, kalau harga tu dah padan dengan menu yang ada...
DeleteDapat rasa semua ni lagi syok. Tengok gambar pun dah telan air liur.
ReplyDeleteKannn @Azhafizah, semua sedap-sedap belaka, rugi tak rasa semua hehehe
DeletePaling suka salad yg buat atas mangkuk magkuk cheese tu memang sedap
ReplyDeleteTu laaa, salad tu lupa pulak nak rasanya @Suzie hehehe
Delete