ORANG DEWASA PERLU MAKAN UBAT CACING KE?

Sis Lin
6
ORANG DEWASA PERLU MAKAN UBAT CACING KE? | Kita sangat menitikberatkan perihal penyakit kronik seperti hipertensi, kencing manis dan strok. Namun, kita sering lupa bahawa ada cacing yang suka menyelinap masuk dan mencuri nutrisi mikro dan mineral menyebabkan simptom seperti kurang sel darah merah (anemia), sakit perut dan gatal pada bahagian dubur.

Bukan kanak-kanak sahaja yang perlu mengambil ubat cacing secara kerap. Betul ke ni?
Ikuti artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.


Penyakit kecacingan

Fakta yang semua perlu tahu adalah orang dewasa tidak terlepas daripada terkena jangkitan cacing, terutamanya jika mereka mempunyai penyakit yang melemahkan imuniti badan seperti kencing manis dan penyakit autoimun. Di negara membangun, masalah kecacingan merupakan masalah yang biasa berlaku. Ia terjadi disebabkan oleh sistem sanitasi yang mundur, kebersihan diri yang tidak dijaga, tidak memakai selipar ketika berjalan di atas permukaan kotor dan memakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Simptom yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti adalah kurang sel darah merah, susut berat badan dan kelesuan. Majoriti daripada simptom tersebut berpunca daripada kekurangan zat makanan kesan daripada pengambilan mineral dan zat tersebut oleh cacing yang berperanan sebagai parasit. Simptom seperti kekurangan sel darah merah juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalaman kronik yang disebabkan oleh cacing tersebut.

Ada juga individu yang mengalami simptom disebabkan oleh rembesan bahan toksin oleh cacing tersebut. Mereka, kebiasaannya, akan mengalami keresahan, ruam, loya, muntah dan cirit-birit. Jika tidak dirawat dengan baik, cacing tersebut boleh membiak dengan banyaknya, menyebabkan simptom menjadi semakin teruk seterusnya menurunkan tahap kesihatan individu tersebut.

Mitos: Kanak-kanak sahaja yang perlu makan ubat cacing

Masalah kecacingan boleh berlaku kepada mana-mana individu. Ia kebiasaannya, menjangkiti populasi kanak-kanak berikutan kurang kesedaran terhadap penjagaan kebersihan dan sistem pertahanan tubuh yang lemah.

Bagi orang dewasa pula, jika mereka tidak dirawat, mereka boleh menyebarkannya kepada individu yang lain melalui sentuhan atau suapan makanan. Organ yang terlibat bukanlah usus sahaja, bagi sesetengah spesies cacing, organ seperti kulit, paru-paru dan otak menjadi sasaran memandangkan mereka boleh memasuki salur darah.

Cara mengelakkan simptom ini daripada menjadi teruk adalah dengan melakukan pembasmian cacing menggunakan ubat yang kebiasaannya boleh dibeli di farmasi. Walau bagaimanapun, digalakkan bagi setiap individu untuk mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan untuk mengelakkan komplikasi.

Ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis ubat cacing yang mempunyai tahap keselamatan yang berbeza. Ada juga populasi individu yang boleh mengalami interaksi tidak selamat jika diambilnya sejenis ubat yang spesifik. Contoh kepada populasi tersebut adalah mereka yang sedang hamil.

Cegah dan rawat

Saranan rutin pemeriksaan dan pengambilan ubat tersebut adalah pada durasi 6 bulan sekali, namun jika anda dijangkiti, pembasmian perlu dilakukan dengan lebih kerap. Mereka yang tidak menunjukkan simptom juga digalakkan untuk menjalani pemeriksaan saringan. Ini berikutan kebanyakan mereka yang mendapat masalah kecacingan pada fasa awal tidak menunjukkan sebarang simptom.

Rawatan awal dapat menyelamatkan anda daripada mendapat sebarang komplikasi kesan daripada masalah kecacingan tersebut.

Selain itu, kawasan persekitaran tempat duduk anda perlu dijaga dengan baik. Kesan ubat yang optimum sukar didapati jika anda masih tidak memasak daging dengan baik, tidak mencuci tangan sebelum makan dan berkaki ayam semasa berjalan di atas permukaan yang kotor. Pastikan:

  • Anda membasuh buah dan sayur dengan bersih.
  • Memasak daging dan ikan dengan sempurna.
  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Minum air yang dimasak atau ditapis sahaja. 
  • Penapis air diselenggara dengan baik.
  • Haiwan peliharaan dalam keadaan bersih.
  • Melakukan pembasmian cacing dalam kalangan haiwan peliharaan.
  • Menggunakan sarung tangan sebelum membersihkan tinja haiwan peliharaan.
  • Basuh tangan selepas memegang haiwan. 


Konklusi

Jika anda merasakan bahawa orang dewasa tidak perlu mengambil ubat cacing, fikirkan semula. Komplikasi daripada kesan jangkitan cacing boleh menurunkan produktiviti, meningkatkan kebarangkalian untuk dijangkiti oleh penyakit lain dan secara keseluruhan, anda akan mengalami penurunan kualiti hidup.

Oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Sumber : Hello Doktor


P/S: Sejujurnya memang Sis kalau rasa kurang selesa perut, Sis akan makan ubat cacing. Korang?
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lama PC tak makan ubat cacing Sis.Kena mula semula dengan kadar segera nampaknya ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Benar @PC, kena makan dalam 6 bulan sekali sepatutnya..sebab tu kekadang perut rasa tak selesa...

      حذف
  2. Itulah, rasanya last makan pun waktu sekolah dulu..

    ردحذف
    الردود
    1. Perghh punyalah lamaaa @Orchid...kena beli dan makan yaaa

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!