PENAT NAK MENJAGA HATI ORANG, HATI SENDIRI?

Sis Lin
8
PENAT NAK MENJAGA HATI ORANG, HATI SENDIRI? | Dunia ini benar-benar tidak adil! Kita saja yang perlu menjaga hati dan perasaan orang lain. Hati dan perasaan kita bagaimana? Kita berbuat baik dengan orang lain, sedang kejahatan mereka yang dikembalikan kepada kita.

Kita setia bersama mereka walau dalam susah dan senang. Namun untuk sebentar pun mereka tidak betah untuk berada di sisi kita. Jangankan dalam duka, waktu bahagia pun tidak sudi.

Ya, dunia ini tidak adil.
Tapi! Allah itu Maha Adil, sentiasa adil.

Ya, kita terluka malah tak dipeduli.
Tapi Allah tahu dan sentiasa sudi untuk mencantumkan kepingan hati.

Kita berbuat baik namun tak dihargai. Tak mengapa Allah ada untuk menilai, malah berjanji pahala akan diganjari. Kita sentiasa membantu orang lain dalam susah dan senangnya. Tapi mereka tiada saat kita memerlukan.

Tidak mengapa Allah sentiasa ada, dalam susah dan senangmu, dalam tangis dan tawamu, Dia ada dan sentiasa ada untukmu…Lakukan semua perkara kerana Allah. Kita tidak akan terluka, percayalah!


Kita jaga hati orang lain untuk Allah.

Hati kita?

Tak mengapa, Allah ada untuk jaga hati kita.
Bukankah Dia sebaik-baik penjaga?

Sekian..
Kredit: iLuvislam


P/S: Hati ayam masak sambal hijau sedapkan..yumsss..ngences ler pulak!

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya betul, biar Allah yg jaga hati kita. Nak berharap pada manusia, ada masanya kita terluka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali @Pip, kita jaga hati kita, hanya Allah yang Tahu...lain-lain, biarlah..

      Delete
  2. Betul tu sis, Allah kan ada ❤

    Jaga hati orang ni penting, jaga hati sendiri laaagi penting :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sekarang lebih menjaga hati sendiri aje laaa @Iha ..

      Delete
  3. macam yang aku share kat IG story aku tu lerr...dalam kita takut menyakiti hati orang lain, jangan lupa jaga hati sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee @Sunah..huhuhu sedih kekadang..letih dah ..

      Delete
  4. Penat macamana pun tetap kena jaga hati juga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa hati kena jaga, kalau hati orang nak hitam ke apa ke, bior je la lepas ni, janji kita tenang dan bahagia @Azhafizah ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!