PES MEE BANDUNG MAK PON PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP!

Sis Lin
16
PES MEE BANDUNG MAK PON PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP! | Haii korang, salam hujung minggu dan kabare?. Macam lama sangat Sis ko menghilang dan tak membebel kat sini ek. Yee wakkk Sis sangat sibuk dalam seminggu ni. Padat dengan jadual jemputan media. Sampai nak duduk update blog pun tak nyempat!.

Tak sempat bukan sebab sibuk sangat, tapi sebab letih. Ada event tu dari pagi membawa ke malam, bila dah sampai rumah, nak bukak laptop pun jadi malas. Memang betul tak larat. Padahal banyak kerja nak update. Maaflah ya. Harap faham.

Now curi masa update kejap sementara menunggu Suami meeting ni di Paka. Sehari ke sehari nak update cite Mee Bandung ni, tapi sibuk beno, harini baru sempat nak menaipnya. Yaa sibuk sampai tak sempat nak blogwalking bagai. Nasib baik juga, pageviews blog maintain aje dalam seminggu ni, alhamdulilah.

Pes Mee Bandung Mak Pon memang kegemaran Sis dari sejak mula mencubanya, bila pindah ke Pasir Gudang terus tak tau nak beli dan cari di mana, kalau dulu masa duduk Bukit Indah, kawan setaman tu ada jual, tapi bila ternampak Kak Seri ada tayang dan katanya kawannya yang jual, so apalagi, Sis pun kirimlah 2 bungkus.


Salah satu sebab yang Sis suka pes Mee Bandung Mak Pon ni sebab, dia tak perlu di tumis. Keduanya pes dia dah siap sedia garam, gula, dan bahan perisa, korang kalau masak, tak payah tambah apa-apa dah. Cuma sediakan bahannya aje.

Senang ke tak senang? Kalau musim raya ni, benda nilah paling tidak mesti nak ada jadi stok di rumah Sis dulu, nak masak tak sampai 15minit, dah siap, janji bahan-bahan ramuan makannya dah siap sedia. Tinggal tuang dalam mangkuk dan makan jer.


Bahan yang Sis gunakan pun simple aje, tak meriah mana pun, ada tu pun ikutkan bukan untuk ramuan Mee Bandung tapi Sis buat ikut suka anak tekak hahahaha. Contohnya dalam kuah Mee Bandung tu, Sis letak kerang, sebab geramkan kerang di kedai tu fresh gilerr..so Sis rebus, kopek dan masuk dalam kuah Mee Bandung tu hehehe.

Bahan-bahan lain seperti dalam gambar tu laa. Ayam racik tu Sis gantikan dengan daging sebab anak Sis,Kakak mana makan daging, so kenalah buat ayam.


Sememangnya senang aje masaknya. Korang beli pes Me Bandung Mak Pon ni, kemudian letak air dalam periuk, masukkan pesnya, dan tunggu hingga mendidih. Tak kisahlah korang nak didihkan air dulu ke atau masuk sekali sampai mendidih, dua-dua pun kaedah yang sama.

Kalau korang guna daging, air rebusan daging tu boleh jadikan stok kuahnya tu. Bila dah mendidih, pecahkan telur, kemudian perlahankan api, biarkan sekejap. Korang bolehlah rasa ikut tekak memasing, kalau Sis memang takde tambah bahan perasa apa dah, cukup semuanya! Cuma kuahnya agak pedas aje sedikit. Tapi masih okay lagi.


Kalau dah masaknya seperiuk, dan siapa lagi peneman makan Sis kalau bukan Sunah hehehe. Kebetulan dia datang dan bermalam di rumah, makanya Sis masak aje Mee Bandung ni, barulah meriah nak makan, anak-anak pun semua ada, so memang gembiralah Sis sebab masak-masak, ada yang makan hehehe..

So korang kalau nak cuba Mee Bandung paling senang dan sedap, carilah Mee Bandung Mak Pon, pasti puashati!!. Kak Seri, kita nak kirim 5 pek ya!!

Selamat mencuba!


P/S: Malam ni dinner Nasi Goreng Sotong Paka!!! Yeszaaa...

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahaha.. seriuslah nak 5 pek, nanti kena order dulu.

    akk pun nak buatlah mee bandung sempena Iman ada rumah ni, tapi dia bukan peminat mee bandung plak, hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Kak @Seri, nak beli 5 ya..nak buat stok hehehe..
      Kalau nak buat, ajak je kita datang makan hahahaha

      حذف
  2. Macam nak buat kenduri
    Punahlah diet dua2 tu

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha diet lama punah @Wak, punah ranap dah ni hahahaha

      حذف
  3. hamboi, penuh segala isi... bersemangat sunah nak ngambik kuah tu

    orang joohor memang mee bandung makanan kegemaran kak, cari kat kl mee bandungnya cair alahai

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, kalau masak sendiri memang puashati @Norhidana...
      Kannn nasib juga ada kat area rumah Sis sini mee bandung dia sedap Dana ..

      حذف
  4. pernah dengar pasal pes Mak Pon ni tapi tak pernah beli lagi.
    rasanya dah lama gak tak masak sendiri mee bandung ni kat rumah..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa paling senang dan mudah juga sedap pes mee bandung Mak Pon ni Ammi @Sheila..puashati...

      حذف
  5. Masakan mak adalah yg paling sedap..

    ردحذف
  6. saya pun suka jenama mak pon ni sis..tapi dah lama tak beli sebab susah naj jumpe kat kedai..lepas ni bleh kirim kak seri lah..weeeeeee

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas ni beli kirim dengan Kak @Seri je @Juju..harga pun sama RM10 jer...

      حذف
  7. SA suka pes asam pedas Mak Pon ni..pernah publish kat blog jugak..x pernah cuba yang mee bandung..nanti boleh la cuba...

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo ada ek pes asam pedas @Suria, setahu Sis pes soto ada..nanti nak tanyalah kawan tu...

      حذف
  8. sedappp..paling takleh lupa fishcake tu sedappp gilaaa, boleh aku telan sampai amek lagi berkeping2...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha next time datang lagi kita masak-masak lagi yaa @Sunah...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!