PUAS DAPAT MAKAN SEAFOOD DI AO NANG BEACH KRABI,THAILAND

Sis Lin
6
PUAS DAPAT MAKAN SEAFOOD DI AO NANG BEACH KRABI,THAILAND | Yaaa tersangat puas! Satu kepuasan bila dapat makan malam dengan aneka jenis seafood yang segar dengan harga yang jauh murah berbanding di Malaysia.

Masa Sis ke Krabi,Thailand, tukaran wang dia dengan Malaysia pada kadar 100baht bersamaan duit kita rm13.81sen. makanya bila tengok harga seafood yang di jual tak kira timbang, memang terbeliak laa mata Sis ko, memang jauh murah dan fresh!.

Pada mulanya memang Sis agak takut nak makan seafood, sebab takut tak kena masak dan kesegarannya, ada kang cirit birit, haaa terus melepek tak boleh berjalan kang, duduk lee ko kat Hotel kang, sampaikan Sis pesan juga kat anak-anak dan Suami, makan jaga-jaga hahaha,

Tapi bila malam pertama kami mencubanya, dan esoknya perut rasa selesa dan tidak sakit, apalagi, kami pergi lagi makan untuk hari keduanya, sampaikan peniaga tu dah kenal kami hahahaha.



Oh! Ya nak bagitau dulu, sebab apa Sis letak tajuk makan seafood di Ao Nang Beach tu, sebabnya Sis stay area sana, bukan di Krabi Town ya. Kalau stay di Krabi, agak jauh sikit, dan review yang Sis baca, di Krabi Town tak banyak dan takde apa yang menarik, better korang kalau datang Krabi, stay di Ao Nang Beach, senang cari makan halal dan juga banyak jualan kedai-kedai di kaki lima sepanjang Ao Nang Beach.

Dan tempat yang Sis pergi makan ni pun di area Ao Nang Beach Night Market. Dari tempat Sis menginaop, dalam 10minit aje ke sini menaiki kereta. Kalau datang makan sini, korang datanglah awal sikit, boleh nikmati matahari terbenam tepi pantai. Sangat mengujakan. Lagipun kedai-kedai makan di sini buka jam 5pm.



Korang bayangkan harga semurah itu, udang, ketam, kerang, sotong sebesar tidak punya saiz, kalau kat Malaysia dah kena kira timbang dulu, tapi kat sini, main harga sesiap sepinggan aje. Memang meroyan nengok seafood semuanya.

Cuma Sis ko kalau dah terlalu besar sangar udang, jadi ngeri pulak hahaha so kita makan dan amik je saiz sedang-sedang besar hehehehe. Pilihan masak pun banyak pilihan, ikut tekak korang ler, tapi paling femes sini, masak Chili Butter, perghh memang sedap woii...



Bukan kata ada seafood aje, tapi ikan bakar pun ada. Macam gambar pertama di atas tu, tu ikan bakar lumur garam, peberet Sis, Sis makan sorang aje ikan tu hahahaha. Kalau Suami suka ikan bakar Saba ni, alaaa ikan yang selalu ada dalam bento Shushi tu. Hanya 100baht aje (rm13.81sen) seekor, murah ke tak? Hahahaha.

Dan untuk pilihan tomyam, terlalu banyak! Mana-mana korang order, rasanya tetap sama, sebab Sis 2 malam makan tomyum dari 2 kedai berbeza, tapi rasanya tetap sama! Kaw kaw punya tomyum seafood mereka.



Night market Ao Nang Beach ni setiap hari ada, korang boleh bungkus atau makan di situ. Ada tempat untuk korang duduk makan, tapi korang kena beli air dari empunya kedai tu hehehe. Nanti dah malam aje, ada pulak live band di situ, masa ni ramailah orang keluar masuk. Sebab tu better korang datang dalam jam 5 atau 6pm.

Untuk kesini tak susah, korang boleh naik tuk tuk jer atau kalau memang korang dah sewa kereta macam Sis, lagi senanglah nak perginya. Lepas makan, korang boleh jenjalan di sekitar tepi-tepi jalan tu, banyak kedai-kedai jual cenderamata, dah memalam, korang tawar harga kaw-kaw punya, mesti dapat murah punya!

Okaylah, selamat menjamu mata ya, nanti ada kesempatan, sambung lagi cerita Krabi.
Bye.


P/S: Kalaulah kat Johor ada macam ni, kompom gout Sis ko hari-hari makan hahahaha

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. halal ke? ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa seafood jerr, tak tau laa kalau air laut tu ada arak plak @Sunah hahahaha

      Delete
  2. krabi ni syurga makanan. sumenya sedap dan murah kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa betul tu, makan sepuasnya laaa di sana, sampai Malaysia mesti terkilan kalau tak makan hehehe

      Delete
  3. Sisssss.. besar2 ikan udang dia.. nampak fresh sangat.. bestnyeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr sebab tu kata puas makan seafood di sana Dilah ...sangat puas!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!