Daripada makanan pembuka selera kepada makanan utama dan juga pencuci mulut semuanya ternyata tetap mengekalkan bukan sahaja rupa dan rasa tapi juga rempah ratus dan resepi asli yang datangnya asal dari sana.
Akan tetapi bukan sahaja menu masakannya sahaja yang ada rasa Turki tapi keseluruhan dekorasi dalam restorannya berkonsepkan Turkish. Dari mula sesampai aje depan pintu restoran, dari segi lantai dan pintu masuk, dah nampak dah macam korang di Istanbul, kemudian melangkah masuk pulak, wowww gila deko dia, walaupun pencahayaan agak kelam romantik, tapi cahaya lampu point setiap sudut dia sangat cantik!.
Terpegun kejap tengok deko kedainya. Mengikut kata tuan punya kedai En Mustapha, kesemua perhiasan, termasuk lampu, karpet, cawan, pinggan mangkuk dan juga Chefnya pun, semua dari Turki. Dah kata kedai makan Turki, so mestilah fefeeling pun nak kena ada kaann, hehehe.
Di sini korang boleh pilih, samaada nak duduk meja bolat, meja panjang, atau meja berdua, ataupun makan bersila didalam kelambu, pun adaaa.. romantik gitu. Hiasan meja, pinggan mangkuk, cawan dan persembahannya, memang ko makan rasa macam makan ala-ala diraja gitu! Di layan begitu mesra, dan penuh senyuman.
Untuk permulaan, korang orderlah kopi turki dia, woww sangat okay! Kalau coffee lover memang akan sukakannya, pekat, likat dan rasa kopi dia sangat kaw! Juga pembuatan dan penyediaannya pun berlainan. Bukan masak atas api direct, tapi masak atas pasir, ko fikir acaner? Hehehehe
Dalam gambar atas ni, Sis bersama owner kedainya yang sesambil bergambar sambil menunjukkan macam mana nak buat kopi turki ni. Memang unik, lain dari yang lain, patutlah sedap!.
Kalau bab hidangan dia, ada lebih dari 50 jenis menu di sini. Kemain banyak ko, kalau nak makan kompom blur nak order apa. Sis rekemen kalau ko nak makan, ko bagitau pelayan cakap nak makan Chef recomended, haa baru ko tak blur. Tapi pastikan tanya dulu apa menunya tu, kang sampai, korang tak makan pulakkan.
Antara menu yang Sis cuba makan adalah :
Mula dari gambar atas.
Meze (cold) - Lebih dari 14 jenis Meze yang ada. (boleh pilih 4 atau 7 meze platter cold tu dalam satu set)
Menu ni korang makan dengan roti dan cecah dengan 7 jenis masakan seperti dalam pinggan-pinggan kecil tu,.
Meze (Hot) - Ada 2 jenis Meze hot yang korang boleh makan.
Yang dalam gambar ni namanya the Belly Dancer special
Salatalar - Namanya salad, ada 3 jenis salad yang dalam menu.
Untuk salad, kami lebih suka Hellim Izgara, sedap..haa portion ni korang boleh makan kongsi ya,s ebab besar.
Chorra - Ni dalam katagori soup. Ada 4 jenis soup di sini.
Bila sampai aje soup Kurban Corba ni, perghhh tak ke naik terjelir lidah Sis ko nengok, sedap weyyyy!
Ana Yemeklel - Main course
Bab main coursse ni woww gile, banyak betul set menu main course dia, hampir 11 menu yang ada, tapi Sis cuba mana yang ramai mencubanya aje. Yang atas tu namanya Istanbul Guvec, dan yang nasi tu namanya Sultan Pilav.
Nasi tu sangat unik, masa chef hidang, natas nasi tu ada api-api gitu, kemudian api di padamkan, then yang macam keras luar tu adalah salutan kulit roti. Sedap pulak tu makan garing-garing hangus, Bila di kerat, haaaa ada nasi dalamnya. Makanlah dengan Istanbul Guvec tu atau dengan menu yang lain. Sedap!
Kebaplar - From the Chargoal Grill
Nama senang kata, ini menu kebab lerr..kalau kata kebab Turki, gile tak sedap! Memanglah sedap. Ada lebih dari 4 jenis kebab yang korang boleh makan. Pilih je la. Kalau tak makan daging, boleh makan kebab ikan, pun sedap!.
Tatli - Deserts
Untuk penutup petang makanan Sis tu, Sis makan pemanis mulutnya iaitu Kunefe. Mulanya memang tak larat nak makan dah, kenyang sangat! Tapi cubalah rasa pemanis mulutnya, sebab kawan-kawan kata semua sedap, rupanya....perghhhhhh sedap gile oi!!! Serius sedap!! Korang kena cuba ni!! ..
So korang, kalau ada plan nak datang Johor dan mencari tempat makan best di Johor ni, haaa bolehlah kalau nak cuba, silalah, pasti puashati. Tu Sis cite sikit je, kalau nak tau banyak lagi, boleh ke page Sis tu. Nak cakap dan tulis lebih-lebih pun tak reti sebab susah nak bagitau macam mana rasanya masakan Turki ni, kena sendiri rasa baru sendiri tau.
Kalau ada yang dah pergi tu, nanti share ya.
Istanbul Ottoman Turkish Restaurant
Di buka setiap hari.
Dari jam 12pm hingga 3pm untuk makan tengah hari
Dan jam 6pm hingga 11pm untuk makan malam.
Alamatnya:
Istanbul, No 7, Jalan Hijauan 3, Horizon Hills.
Untuk tenpahan meja:
Wahtsapp 016-761 5824 atau 07 509 5484.
P/S: Sambil menaip pun terasa-rasa Kunafe tu..aishhhhh
adeh, teringin nak makan Nasi Sultan dan kebab tu
ردحذفPergilah Kak @Seri, nasi dia sedap gile, tapi kena bagitau 2 hari sebelum kalau nak makan nasi tu Kak...
حذفwow..classic giler restoran ni..mesti sedap semua menu yang dihidangkan kan..
ردحذفYaaa kedainya konsep seolah berada di Istandul @Rohaida hehehe makanannya pun semua sedap..
حذفnyesal pagi-pagi dah bukak blog akak ni hehehhe, insyallah arini niatnya nk puasa
ردحذفsemua memang mabeles menu nya, dia punya restaurant pun cantik banget
Kakakakah janganlah begitu, nanti ada banyak lagi nak kongsi hahahaha @Norhidana ...
حذفjarang nak suka makanan belah asia barat ni..alhamdulillah, kat sini sedap2 dan banyak yang boleh kena dengan tekak...
ردحذفKannnn, samalah, cuma air welcome tu je tak boleh nak masuk tekak @Sunah hahahaha
حذفWow betul2 macam fefeeling kat turki ni
ردحذفIyooo @Faizzah, berbaloi juga kalau datang bawa family makan di sini...
حذفI absolutely love Turkish food! I found many good restaurants in yummyadvisor.
ردحذف