SALAM JUMAAT 1HB NOVEMBER 2019

Sis Lin
10
SALAM JUMAAT 1HB NOVEMBER 2019 | Alhamdulilah masih lagi di beri peluang untuk menikmati kehidupan sehingga hari ini 1hb November 2019. Syukur alhamdulilah. November bulan yang sangat bermakna buat Sis, di mana November adalah bulan kelahiran Sis.

Yayy! 19 hari lagi umur bertambah menjadi 43 tahun, hehehe. Iyerr 43 tahun, kenapa tak percaya ke? Hahaha. Alaa Sis tak pernah nak berahsia pasal umur laa, biar lah orang tau pun, ada apa pun pasal umur?.

Tak pernah amik tau bab tua ke atau muda ke dalam hidup ini. Umur adalah angka semata, tapi yang kita perlu tahu, bertambah umur maka bertambahlah lagi tanggungjawab kita kepada Allah. Selagi hidup dan bernafas, kewajiban yang di suruh perlu di selesaikan, selagi tak tutup mata kata orang.

Untuk bulan birthday tahun ni belum ada perancangan apa-apa lagi. Cuma anak-anak aje sibuk bercadang nak bawa Emak dan Ayahnya bercuti nanti, tapi menunggu keputusan Ayahnya dulu. Ayahnya tengah sibuk dengan kerja.

Sis pun tak kisah sangat laa, biasa tahun sudah-sudah, Suami belanja makan, keluar bersama, dah cukup memadai dah. Lebih terharu kalau wish birthday tu, Suamilah orang pertama yang wish hahaha. Betul-betul nanti ngam 12am atau lebih sikit, nanti wahtsapp/call akan sampai hahahaha.

Tapi pernah juga dulu sekali, Suami wish lambat dan Sis pulak memang buat-buat tak ingat sambil perhati je, dalam hati kalau sampai malam tak wish, memang merajuk laaa Sis ko di buatnya, sekali rupanya, Sis ko yang kena balik, ada surprise dari Suami dan kawan-kawan dia, tau-tau masa keluar makan malam, kawan-kawannya semua ada, sampai aje kedai makan, terus semua nyanyi lagu birthday hahaha malu Sis oii..


Untuk tahun ni, tungguu..

Apapa pun, diam tak diam tinggal lagi 2 bulan nak masuk Tahun 2020. Sekejap sungguh masa berlalu ya. Baru masuk umur 43 tahun, ehhh dah melangkah tahun 44 tahun pulak, aiyaaa hahahaha..

So korang, Sis doakan moga apa yang korang azamkan, cita-citakan telah pun tercapai dan akan sampai, atau yang tak kesampaian lagi tu, bakal akan kecapi semuanya. Usaha kena ada, baru impian tercapai kan..

Okaylah nanti sambung lagi, ada kerja sikit nak buatnya. Haaa korang, sudah baca surah al-Kahfi?
Jangan lupa tau, masih banyak masa lagi ni..tak baca semua, baca 10 ayat pertama pun sudah memadai dari tak buat semua. #SisPesan

Okay, jumpa lagi..


P/S: Fahamkan qoutes dalam gambar tu ya, itulah Sis ko! Nak cuba? Sila..
Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Happy Birthday in advance Sis Lin! Semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. In sha Allah aminn.

    ردحذف
  2. salam Jumaat sis.. xpee 43 tapi nampak muda sentiasa. muda di jiwa
    nantila wish besday eh.. awal lagi =P

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam @Siti..hehehe umur je meningkat, jiwa belia ni hahahahaha

      حذف
  3. tu la, aku pun tak paham kenapa orang nak sembunyikan sangat pasal umur?

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn apa nak takut dengan umur pun tak tau, haaa umur Sis 43tahun @Sunah hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!