SEDAP JUGA LAUK PAUK DI CAFE KPJ PASIR GUDANG NI | Jarang-jarang Sis ko nak memuji kesedapan lauk-pauk di hospital tau, ini kali entah kenapa, dah berapa hari makan kat hospital, sedap pulak rasa anak tekak. Tak masak ke? Memang tak sempat lee, pepagi dah ke hospital menjaga anak, lepak sampai ke tengah malam baru balik rumah.
Yaa cafe di KPJ Pasir Gudang, tak silap Pak Aziz Cafe, di ruang lobby tu haa. Macam biasalah kann kalau ada hospital mesti ada cafe, cuma sedap dengan tak sedap aje lerr. Kalau sebelum ni bukan tak pernah makan situ, tapi menu dan rasa macam biasa aje, cuma kali ni sedap pulak. Menu-menunya pun banyak. Ni kalau Pak Aziz baca ni kena bagi Sis percuma makan tengah hari ni hahahaha *gurau aje 😜
Tapi betulkan, bukan senang nak dapat makan sedap dan menu yang sedap di hospital. Harga? Boleh lagi di terima. Kalau dah ko amik sepenuh sebekas atau sepinggan macamtu, takkan ko nak kira lima hengget, tak agak-agak ek nak kondem. Macam lauk Sis tu semalam RM 10.50, bagi Sis kira okaylah tu. Ada ikan, paru 2 keping, telur asin, sayur. Shesekali boleh laa, kalau dah hari-hari makan luar soploh hengget, sebulan dah berapa..pengsan!
[Baca Juga] : Anak Di Serang Slip Disc Lagi
Masih lagi Sis ulang alik ke KPJ Pasir Gudang ni, dah masuk hari ketiga untuk harini. Dan anak Sis pun dah selamat semalam menjalani rawatan slip disc tengkuknya. Masuk bilik OT dari jam 11.30am sampai hampir jam 4pm baru anak keluar. Punya risau Sis menunggu lama sangat tak keluar-keluar, alhamdulilah semuanya selamat.
Keaadaan anak Sis pun okay, cuma di bahagian tengkuk yang Doktor masuk ubat tu, masih nyilu dan rasa sakit bila gerak. Kepala pun agak sukar nak menoleh lagi, mungkin sebab baru lagi lepas rawatan, tunggu harini tengok macam mana, sebab anak Sis pun tertanya gak semalam 'Eh kenapa kepala adik tak boleh pusing' hehehehe.
Kan dah kata anak yang ni degil sikit, baru beberapa jam keluar, eh dah bangun berjalan ke sana sini dalam bilik tu, duduk bangun aje kejenya, aktif sangat. Hal kerja jangan cakap lee, asyik le dengan handphone aje pasal kejenya, aishhhh...sabo je la Emaknya..
[Baca Juga] : Asyik Sakit Bahu Aje, Rupanya Slip Disc Tengkuk
Yang sayunya, sewaktu lepas keluar dari bilik OT dan balik ke bilik, sedar dari ubat tidur, anak Sis tanya 'Emak, Ayah mana?', alahaii rasa nak bergenang airmata Emak dengar, tapi Emak relax je jawab 'Ayah tak boleh nak balik, nanti dah settle Ayah balik', sianlaa dia, tanyakan Ayahnya. Nasib dah besar, kalau kecik, mau dah meraung 'Nak Ayah, Nak Ayah', hehehehe. Malam hari baru Ayahnya video call, barulah muka ada senyum anak Sis.
Dari pagi sampai ke malam menunggu Datuk Doktor Zahir masuk tak masuk-masuk, tanya nurse katanya Datuk masih lagi ada kes dalam bilik OT, jenuh laaa nak menunggu Datuk ni masuk round pesakit. Bukan apa, risaukan si anak bujang sorang kat rumah tu. Suruh ikut sekali dia taknak, Kakaknya pulak staycation dengan kawan-kawannya pula, so Sis risau makan apa laa si bujang tu kat rumah. Nasib dah pandai masak, so dia kata dia masak je la apa ada. Alhamdulilah.
Siang hari ada kawan Sis juga datang melawat anak, malamnya pula adik Sis, Mamanya Mia datang. Emak Sis tak ikut sebab Emak Sis stay di rumah adik Sis no-2. kalau tak mesti atuknya tu sibuk gak nak mengikut tengok cucunya. Tu pun Emak Sis tak berapa sihat tu. Tak sempat-sempat nak jenguk Emak.
Tunggu punya tunggu Datuk pun tak masuk-masuk, kopi dah secawan habis, nasib ada cafe Gloria Jeans Coffee di bawah tu, dapat juga menikmati coffee sedap hehehe. Pinggang pun dah sakit, kepala dah mula ting-tong, last-last jam 11.45pm Sis pun balik rumah. Anak pun kata Emak baliklah dulu, kang Emak pulak yang sakit. Nanti esok aje jumpa Doktor.
So pagi ni, kita ke hospital lagi. Nak jumpa Doktor, nak tanya apa perkembangan dan tindakan seterusnya selepas dah buat rawatan semalam tu. Memang nak suruh Doktor terangkan depan anak Sis, biar anak tau dan faham. Kalau tak dia kata Emak ni saja cakap kosong nak menakutkan dia je. Haa so biar Doktor cakap depan dia, baru dia tau.
Okaylah nanti Sis sambung lagi ya. Ni pun mana sempat je menaip selepas Subuh. Korang take care ya. OkBai.
P/S: Maaf ya korang, belum sempat nak blog walking, nanti dah free Sis balas kunjungannya ya..Makaseh..
SEDAP JUGA LAUK PAUK DI CAFE KPJ PASIR GUDANG NI
Friday, November 08, 2019
8
Alhamdulillah dah selamat dah Yana, lepas ni kenajaga diri baik2 ye...jangan melasak sangat..
ReplyDeleteYaaa @Suria, selamat sudah semuanya, tinggal nak buat sambung pisio ajee...
DeleteAlhamdulillah dah selesai operate. Semoga cepat sembuh dan kembali sihat. Aaminn
ReplyDeleteMakaseh @Azhafizah...alhamdulilah ..
DeleteAlhamdulillah dah selamat dan selesai..cuma perlu rehat untuk pemulihan..
ReplyDeleteYaaa @PC, syukur alhamdulilah ..
Deletealhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan dan dikembalikan kesihatan tubuh seperti sedia kala. aamiin
ReplyDeleteInsyaAllah , makaseh @Umi ...
Delete