SIANG HARI MAKAN SEAFOOD, MALAM HARI MAKAN KEK SDS

Sis Lin
12
SIANG HARI MAKAN SEAFOOD, MALAM HARI MAKAN KEK | Ya Allah rindu sungguh nak menaip nak berkongsi cerita di sini, rasa macam lama sangat tak menulis ceritera hal sendiri. Yaa Sis sibuk sejak dua tiga minggu ni dengan jemputan media, makanya mana yang sempat, itulah yang Sis update.

Maaf juga buat kawan-kawan semua yang datang blogwalking dan tinggalkan komen tapi Sis masih belum ada kesempatan nak membalas kunjungannya, insyaAllah Sis akan cuba nanti balas satu-satu ya. Pagi ni pun sambil nak memasak, duduk kejap update. Tapi dalam masa yang sama, terkejar-kejar juga ni, kang tengah hari nak keluar lagi ada jemputan media di Senai, dan malam pula ada meeting bersama Jocom. Macam tangan sotong dah Sis ko ni hahahaha.

Tapi Sis happy melakukannya, selagi Suami mengizinkan, masa Sis tu terisi dengan aktiviti, Sis happy jumpa kawan-kawan, dapat berkenalan dengan kawan baru dan sesambil luaskan networking Sis. Jumpa kawan baru ni semua cerita baru dan berkongsi ilmu pun ilmu baru. Yaa no gossip-gossip okay! Semua cerita 'masa depan' aje hehehe.

Okaylah berbalik pada tajuk, Sis nak cerita dan kongsi sambutan pada hari lahir Sis baru-baru ni, hehehe. Sebelum tu, terima kasih ya buat semua yang memberi ucapan dan kirimkan doa buat hari lahir Sis, juga yang hantar hadiah buat Sis, moga Allah membalas segala keikhlasan korang semua, aamiinn.

[Baca juga] : Hadiah Harijadi iPhone 11 



Tahun ni sama je macam tahun lepas, bila di tanya nak makan mana, baik si Ayahnya ataupun anak-anak Sis, memasing akan jawab, makan di Restoran Todak Orang Asli. Memang kalau nak makan seafood, kami sepakat akan makan di sini, sebabnya puashati dari segi seafoodnya yang fresh, juga servisnya yang cepat, dan paling best harganya, memang berbaloi murah!

Biasa Sis anak beranak akan order menu 2 jenis sayur, ketam (hitam) 5 ekor, sotong goreng, udang kari, mantau bun dan juga seekor ikan. Dan kesemua harga makan termasuk air, tak pernah lebih dari RM 250 untuk makan 5 orang. Portion dia besar dan memang dia akan masak untuk berapa orang yang kita datang makan. Memang berbaloi.

[Baca juga] : Berbuka Puasa Di Restoran Todak Orang Asli 

Sis orangnya paling happy bila kami anak beranak dapat bersama begini, makan dalam meja bulat bersama dan sambil kami makan sambil kami anak beranak bertanyakan hal memasing dan berbincang bersembang anak beranak. Bukan senang nak cukup semuanya. Moment yang kadang buat Sis menangis bila ingat-ingat atau lihat gambar, sebab tu suka amik gambar, supaya nanti boleh lihat balik kegembiraan itu...

Moga Allah pelihara hubungan kami anak beranak daripada spesies 'jin' yang suka menganggu kebahagiaan orang lain..aamiinn...



Dah siangnya kenyang makan seafood, maka malam harinya anak pulak belanja makan kek. Masa ni Suami dah gerak ke Melaka sambung kerja, anak bujang pulak tak ikut, dia pergi lepak dengan kawan-kawannya tengok bola Malaysia lawan Indonesia tu. Sos Sis 3 beranak aje yang pergi makan kek.

Kalau kata nak makan kek, mana lagi kalau bukan di SDS Bakery & Cafe. Kali ni ajak anak ke SDS Mid Valley, sebab tak pernah lagi ke SDS situ. Menu macam biasalah, Sis akan order Red Velvet Cake dia, memang sangat sedap! Orang kata tak sedap, tapi tekak Sis kata sedap okay. Dan menu lain-lain tu anak-anak order ringan-ringan aje, sebab masih kenyang makan seafood siang harinya tu.

[Baca juga] : Lunch Di SDS Bakery & Cafe 

Terima kasih anak Mak,Yana yang belanja makan kek dan juga makan malam. Moga bertambah rezekinya.

So tu je laaa yang nak Sis kongsikan di sini. Nanti sambung lagi ya. Jangan risau, nanti Sis update baliks ehari 3 kali macam biasa ya hahahaha biar muntah hijo korang baca dan scroll hahaha.

Thank You korang! Bye..


P/S: Harini nak masak Ikan Tongkol masak singgang, dan juga Ayam sambal kicap. Jom masak!!

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap kan sis red velvet SDS.. dilah pun suka.. syok dapat berkumpul ramai2 ngan family kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa all time peberet Sis @Dilah, kalau nak RV, mesti ke SDS ...

      Delete
  2. kita pun suka order RV setiap kali ke SDS, tapi hari tu kek xmas log dia pun sedap namatey, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Michelle ada bagitau, kek xMas tu sedap, tapi tetap juga nak RV Kak @Seri hehehe

      Delete
  3. jangannn..nanti penat nak komen...hahahahah! memang jiwa mak2 macam tu kan...teringat pulak mak aku kat kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha siapa aje yang rajin komen, kalau tak engko je @Sunah hahahaha

      Delete
  4. Tak pernah try red velvet SDS, boleh try nanti.

    Happy belated birthday sis lin 😊

    ReplyDelete
  5. ramai juga yang review tempat makan ni. tengok seafood dia macam macam ada. esok esok kalau ke JB teringin juga nak makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Azhafizah, bukan kata seafood dia je fresh tapi servis dia pun cepat!

      Delete
  6. best kannn dapat kumpul....sambil makan kongsi kongsi.. eeebestnyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Farahain, bukan senang nak berkumpul bersama gini...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!