SLIP DISC BOLEH CLAIM SOCSO (PERKESO) - KECACATAN KEKAL

Sis Lin
49
SLIP DISC BOLEH CLAIM SOCSO (PERKESO) - KECACATAN KEKAL | Siapa sini baru tau? Yaa kalau Sis sendiri pun baru juga tau, itupun Suami yang dapat tau dari kawannya, kawannya ada terkena slip disc dan kawannya sudah pun claim socso (perkeso) di bawah Skim Bencana Pekerjaan kecacatan kekal.

Anak Sis dah dua kali kena slip disc di tempat kerja dan belum ada sekali pun pergi socso untuk claim. Sebab tak tau dan takde yang bagitau, makanya Sis dan Suami tak tau, so bila dah tau ni, Suami dah suruh anak pergi socso amik borang dan cuba claim. Now borang dah siap amik semua, tunggu nak buat temujanji dengan Doktor.

[Baca juga]: Ingatkan Sakit Pinggang Biasa, Rupanya Kena Slip Disc

Bukan main-main okay, slip disc ni adalah sakit berpanjangan, dah masuk katagori kecacatan kekal. Sila amik peduli dan banyak membaca hal slip disc ni. Jangan amik mudah ingat macam sakit tulang aje.


Tapi kenapalah Perkeso tidak bagitahu pun yang kita boleh claim kecacatan kekal. Mungkin untuk save duit mereka kot hehehe. Jadi, jika korang rasa korang mengalami kecacatan kekal seperti contoh kecacatan kekal yang melibatkan bahagian organ utama (mata/mulut/gigi/jari tangan dan kaki/kepala dan sebagainya) atau tulang (retak/patah/bengkok/lumpuh dan sebagainya), korang layak untuk membuat permohonan tuntutan faedah kecacatan kekal.

Menurut kata kawan Suami, semua permohonan di atas hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh cuti sakit terakhir korang (Undang-undang baru Sis tak pasti). Kecacatan kekal tu mungkin memberi kesan kepada prestasi korang dalam kehidupan harian seperti patah, buta, lumpuh dan sebagainya. Ia mungkin juga memberi kesan kepada emosi (contoh: malu sebab patah gigi, berparut di muka, atau kaki bengkok etc).

Biasanya bayaran yang diberikan untuk kecacatan sementara/bayaran untuk MC adalah tidak banyak. Berdasarkan pembacaan Sis, contoh: 8 hari MC faedah yang dibayar lebih kurang dalam RM 500, bergantung kepada gaji seseorang. Namun jika korang mengalami kecacatan kekal, jika kecacatan korang 2%, bayaran yang diberi agak lumayan. Lebih kurang RM 10ribu++.

Kadar tafsiran adalah bergantung kepada keputusan jemaah doktor yang dilantik khas oleh Perkeso.
Jadi jika korang mengalami kecacatan kekal walaupun sedikit, adalah rugi tidak berusaha untuk mencuba. Mana tahu itu rezeki korang.

[Baca juga] : Asyik Sakit Bahu Aje, Rupanya Slip Disc Tengkuk

Seperti kes anak Sis, Sis cuba juga untuk claim socso yang slip discnya yang pertama tahun lepas, sebab tak tau boleh claim, kemudian permohonan slip disc terbaru bulan lepas. Biarlah orang nak kata terkejar-kejar sangat nak duit socso, peduli apa Sis, janji kita amik dan tuntut hak kita.

Caranya bukan susah sangat, cuma minta borang kecacatan kekal, minta laporan perubatan daripada hospital pertama korang dimasukkan/dirawat, IC dan tunggu untuk ditemuduga. Jika benar kecacatan yang korang hadapi memberi kesan kepada masa depan dan impak kepada prestasi korang melakukan kerja selepas korang terbabit dalam kemalangan, langsung tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuba. Lagipun korang membayar dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia mencarum.

Ye dakkk...

So, tak salahkan kita mencuba. So korang yang ada kes macam ni, silalah pergi buat tuntutan ya!

Rujukan sebenar yang lebih tepat boleh juga dirujuk ke laman web Perkeso di sini.
Jika ada sebarang kesalahan info yang Sis beri di atas, mohon maaf dan mohon komen/email untuk diperbetulkan ya ..


P/S: Oii demam tak boleh claim socso ya!! ! 😝

إرسال تعليق

49تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Assalamualaikum lin..baru tahu boleh claim bila ada kes2 begini di Perkeso...kalau ada apa2 kes bolehlah rujuk nanti...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...yaa Mama, Lin pun baru tau, tengah dalam proses...nanti apa-apa Lin update ...

      حذف
    2. Assalamualaikum, kalau anak Sis berjaya claim, mohon share prosesnya..saudara saya 2 kali apply kena tolak walaupun dah provide all necessary documents (pengesahan Dr., laporan ergonomic assessment) - claim untuk slip disc disebabkan pekerjaan juga

      حذف
    3. Waalaikumsalam, yaa nanti Sis akan sharekan dari mula mohon hingga berjaya. Sis akan cuba sampai boleh!.. InsyaAllah moga jadi manfaat buat semua nanti..

      حذف
  2. alhamdulillah, terbela nasib mereka yang memerlukannya kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Sunah, slip disc dah masuk katagori cacat kekal, sakit yang berpanjangan takde ubatnya...

      حذف
  3. btul sis cuma kiraan sis 2% = 10k tu blh buat org tertanya tanya....kiraan die % dr jemaah - balance perkhidmatan 60 tahun dr umur dan gaji...sy baru setel inject steroid bulan 7....dh habes rawatan..dn masih sakit lg...akn jmpa jemaah doc pada 7-1-2020 di hkl

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa @Mika, sebab tu Sis bagi contoh aje pengiraannya..nak details kena ikut kita punya kiraan sendiri...itu Sis amik contoh dari pembacaan Sis dari pengalaman sesaorang yang dah buat..

      Moga cepat sihat Mika..anak Sis masih menunggu untuk temuduga dengan Doktor..

      حذف
  4. Klu yg kerja kerajaan blh mohon ke???

    ردحذف
    الردود
    1. Hanya pencarum socso sahaja boleh claim
      .pekerja kerajaan tiada mencarum socso..tu pn claim tu disebabkan bencana ketika kerja..

      حذف
  5. assalamualaikum..saya bru dpt keputusan drp jemaah dokter..keputusan yg saya dpt hanya 0%..kecederaan saya patah bahu akibat kemalangan..soalan saya blh kah saya membuat rayuaan jemaah dokter..

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam, masa kecederaan tu di tempat kerja ke? atau sedang menjalankan kerja? kalau memang dalam bekerja, boleh buat rayuan, sebab ianya dalam Skim Bencana Pekerjaan, mengikut syarat yang layak..

      حذف
    2. kemalangan jln raya dlm perjalanan pergi keje..rasa xpuas hati sebab dpt 0% drp jemaah dokter..

      حذف
    3. Cubalah En cuba lagi mohon rayuan, mana tau dari kecederaan itu, menjadi kesan pada anggota tubuh yang jadi kekal..dapatkan rekod sah perubatan dari doktor yang merawat ..

      حذف
    4. Sama-sama, insyaAllah settle urusan anak, Sis akan update terkini ya...

      حذف
  6. Mcm mana pulak utk minor slip disc??? Layak ka utk claim???

    ردحذف
    الردود
    1. Minor slip disc kalau kita sedang menjalankan kerja, boleh buat claim, cubalah...kita usaha, jika syarat semua cukup, insyaAllah dapat claim..

      حذف
  7. Sis... assalamualaikum... nak mohon guna borang 34 ye? Klu mcm sya bru btukar tmpat keje.. sblm ni kerja angkat2 berat mncangkung apa smua., bila da tuka tempat keje baru boleh ke mohon ni... sya pernah doktor suspect shaja slip disc cme baru ni mri & operation konfim slip disc... anak sis mohon guna faedah hilang upaya smntara @ kcacatan kekal... klu ambil
    Rawawatn di swasta boleh ke

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam, nanti Sis check balik borangnya, sebabnya haritu bagitau aje nak minta borang claim MC dan juga claim skim bencana pekerjaan kecacatan kekal. Then surat tu nanti majikan yang isi dan para jemaah Doktor yang buat keputusan.
      Now masih tunggu lagi keputusan, nanti Sis akan kongsikan.

      Claim tak kisah swasta ke kerajaan ke, janji kemalangan tu di tempat kerja dan juga majikan ada tolak bayaran socso.

      حذف
  8. Assalamualaikum..mcm saya ada degenerative disc disease.. spondylolisis dan spondylolithesis..dah 10 tahun..tapi saya dah lama berhenti kerja.. boleh ke buat claim kepada SOCSO?

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam, kalau dah 10 tahun bekerja dan sudah berhenti kerja, tak dapat claim lagi. Tempoh claim dalam masa setahun dari tarikh akhir MC yang kita dapat tu..

      حذف
    2. boleh claim...dlm masa 60 bulan slps berhenti kerja,tu pun jika sakit ada berkaitan kerja

      حذف
  9. Sye mmg buat claim but sye boleh menjalani RTW .. skrg dah habis 3bulan RTW proses physiotherapy.. but sye fikir MC tu tak boleh claim rasanya.. kejadian berlaku jatuh motor 7jam after shift habes.. mmg balik umah dulu sblum tu.. but jatuh tu agak2 smooth landing dan takder laaa tergolek2 bagai.. but kita bukan tahu pun sebelum2 tu proses kerja kita lakukan di tempat kerja.. yg kerja2 berat tu.. benda tu mgkin slow2 dah nak terkeluar disc tu nut bila jatuh cket mcm tu je.. aduhai syg sekali, no turning back.... but sye rasa Part mc tu sye tak boleh claim kut.. ni pun sye baru shaja discharge smlm dan kali ke 8 sye inject balik nerve kaki punya area dan dlm disc.. dan apabila sye mc maka company akn tolak elaun hampir rm400 ... adkaah sye boleh memohon utk claim MC tersebut? kerana kesakitan ni mcm tiada kesudahan! Hmmm...

    ردحذف
  10. perkeso tk lyn sakit ni ..dh 2x g siap bw laporan penuh doc pakar bila time mrk buat kptsn semuanya tak layak..ktnya slip dics bkn sakit disebabkn kerja...memang kecewa dgn perkeso kuantan

    ردحذف
  11. my wife siap operate 6screw kt blkg tp bila claim perkeso tk layak..kami mencarum puluh tahun bila nk claim mcm2 alasan..tk pyh buat sedap ceritalh..ni slip dics cronic pun tk layak apakn slip dics biasa...

    ردحذف
  12. perkeso kena masukkn penyakit slip disc ni dlm ketegori penyakit yg blh claim bkn main bgth blh claim pstu bila submit semua reject..perkeso HQ tgk blk perkeso2 kt region terutama ktn knp pekerja yg mencarum dilayan mcmni

    ردحذف
    الردود
    1. die senang...kalau cedera masa tgh berkerja dan menyebabkan slip disc dia blh claim terpulang pada perkeso sama ade kes di masuk kan ke bencana kerja atau penyakit khidmat...kes slip disc n socso ni byk kekeliruan...nak² plak dalam claim Hilang Upaya Kekal...
      jika slip disc ni di sebab kn bencana semasa tgh berkerja tak mungkin socso reject...contoh jadi petugas counter bank selama bertahun duduk di kounter...ianya blh di letakkan sebagai penyakit khidmat...sakit di sebabkan pekerjaan...atau pun jatuh di semasa buat kerja dn di sahkan slip disc kes di masukkan dlm kes bencana kerja...
      Hilang Upaya Kekal ni bergantung pada jemaah doctor yang periksa...

      حذف
    2. Saya kena claim slip disc dan dah claim socso tp rejected.

      حذف
  13. sy pernah try claim socso 2kali, siap pergi rayuan jugak kat hospital seremban, tetap kene reject. sedangkan sy kena slip disc mase kt tmpt kerja. tgh buat kerja, tiba2 cramp kat pinggang smpai xboleh jalan. tetap socso reject jugak. sedangkan masa kt hospital besar, doktor pakar dah luluskan, tp socso melaka reject siap buat rayuan suruh sy pergi temuduga rayuan di seremban, dapat keputusan sungguh mengecewakan jugak. kenapa susah sgt nk claim socso, dorg ingt sakit slip disc nie mmg suka2 nak ke. gaji kita tiap2 bulan tolak, bila nk claim payah benau.

    ردحذف
  14. Pernah berjaya dapat claim tp prosesnya agak rumit jugak

    ردحذف
    الردود
    1. Perlukan borang apa ye untuk isi? Saya dah cuba cari tapi tak jumpa. call perkeso pun susah

      حذف
  15. Dah sediakan document semua even kene slipdisc masa di tempat kerja..treatment doctor juga smpai setahun and go for operation..at the end rejected sebab jemaah doctor kate slip disc saye not related to work..xtau kriteria slip disc macamana die terima..xbetul cara pemilihan..

    ردحذف
  16. Sakit slip disc ni kerap datang dan pergi. Bila masa sakit, nak bangun pun tak boleh. Mcm org cacat rasanya. Bila parah sgt, dlm setahun mesti 1 atau 2 kali warded. Mc tak boleh nak kira lah. Masalahnya bila tiba masa temujanji dokter socso, masa tu kita tgh sehat. Di diagnosnya kita sehat dan tak layak claim socso kecacatan kekal. Surat pengesahan dokter pakar pun tak boleh diguna pakai. Jelas sgt dokter bawahan socso bodoh2 belaka. 2x dah. Penat nak berbalah. Sangkanya kita nak menipu. Serik dah nak pergi.

    ردحذف
  17. Surat pengesahan doktor hanya bertindak sebagai sokongan sahaja. Keputusan jemaah doktor socso tu penentu dapat claim atau tak. Kalau mereka kata tak layak, sampai ke sudah memang tak akan dapat. Itu semua orang perlu tahu.

    ردحذف
  18. Akak kalau tangan patah pastu masuk besi.. Kira kecacatan kekal tak?

    ردحذف
  19. keputusan jemaah doctor lah yg berapa betul..die katenye kene slipdisc xrelate dengan kerja..cuba cite kalau dah smpai operation pon direject..di opis bape org yg kene pon same direject..so ape kriteria pemilihan?kalau kate terang2 slipdisc bukan dalam kecacatan kekal, masukkan dalam pekeliling so sumeorg xperlu membuang masa yang at the end akan endup reject..kesian pada pemegang insurance yg sakit2 bertungkus lumus apply..

    ردحذف
  20. Kot keje kerajaan. Nk claim apa ��. 129 hr doc bg m.c taun ni. Camne tu

    ردحذف
  21. Salam saya disahkan pengidap slip diss .. memang dh comform mri swasta.. baru nak start clim belum mula refer hospital gov..masa mri doktor buat surat untuk rujuk hosptal gov ..sebab bahagian l3 l4 l5 cedera tapi l3 yg teruh disc dah terkoyak... skrang masih mc 11 hari dah akan folowup hsptl gov boleh tak clim cacat kekal@sementara.

    ردحذف
  22. sy prnah terima socso krna slip disc... Tetapi sy ada slip disc sb jatuh di tmpt krja

    ردحذف
  23. slip disc ni susah nak claim. unless kemalangan. kalau sakit sebab khidmat. susah. saya 10 tahun kerja kaunter pun reject sebab bukan berkaitan dengan kerja. p hkl, pastu rayu kat seremban pun reject. kalau kerusi roda dan bertongkat je dia bagi kot

    ردحذف
  24. Salamm sis lin..mcm mana dgn claim untuk slip disc anak kali pertama tu?slip disc yg pertama tu claim masih dalam tempoh setahun kejadian ke?

    ردحذف
  25. saya dah buat tahun 2016. Saya juga tolong 2 orang kawan untuk buat tuntutan. Alhamdulillah semua proses tuntutan lancar. Asalkan ikut cara dan nasihat pegawai kes Socso.
    Doktor sahkan saya hilang upaya tulang belakang 7%.

    ردحذف
  26. saya pun slip disc,baru lepas JD,tiada persen katanya tidak berkaitan kerja...11 tahun kerja sini,tiap hari angkat tong gas,repair mesin mcm pimen kereta selinap celah sempit...pun JD boleh kata tak berkaitan kerja...gila punya JD...25 tahun mencarum pun tak guna kerja

    ردحذف
  27. Saya baru2 ni,jumpa JD untuk kes ulangan lepas 3 tahun,adakah peratusan HUK kes ulangan sama dengan % HUK kali pertama(10%)sebab tidak di-beritahu JD,mintak penjelasan,t.kasih

    ردحذف
  28. Saya baru di reject, surat stated 2% hilang upaya, sudah 2 tahun lebih masih sakit kena pergi physiotherapy & chiro 2 minggu sekali, makan ubah Lyrica yang mahal walaupun beli dari HUKM. Kena beat rayuan...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!