TAHNIAH HARIMAU MALAYA, PENUTUP TIRAI 2019 | Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan yang menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan seemalam membuka peluang buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu terus berada dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya dan layak ke Piala Asia 2023.
Tahniah juga diucapkan kepada seluruh barisan kejurulatihan, pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan penolong pengurus pasukan, Dato Posa Majais bersama kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan semua pemain.
Datuk Haji Hamidin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ultras Malaya dan penyokong Harimau Malaya yang setia memberi semangat dan mendoakan skuad kebangsaan tidak kira di mana berada.
"Penyokong sememangnya mengharapkan kemenangan hari ini dan ia umpama penutup tirai terbaik 2019 dan hadiah buat rakyat Malaysia," kata Datuk Haji Hamidin.
Terdahulu, Datuk Haji Hamidin berkesempatan bertemu dengan Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) yang baru dilantik, Jeneral Polis Mochammad Iriawan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Pertemuan ringkas menjelang saingan menentang Indonesia ini membincangkan pelbagai perkara khususnya kemajuan bola sepak antara dua negara.
"Kedua-dua negara mempunyai sejarah yang cukup lama dalam sukan bola sepak sekali gus menjadikan perseteruan di atas padang cukup unik. Kita harapkan Harimau Malaya dan Sang Garuda akan terus bersaing secara sihat demi kecemerlangan di peringkat antarabangsa," tambah Datuk Haji Hamidin.
Hadir sama Naib Presiden PSSI, Iwan Budianto dan Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria.
Sebelum ini Harimau Malaya sudah melakar tiga kemenangan masing-masing mengalahkah Indonesia 3-2 dalam perlawanan pusingan pertama di Jakarta pada 5 Sept lalu.
Mereka meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan juara lima kali Piala AFF Suzuki, Thailand, dengan 2-1 juga di Bukit Jalil pada 14 November lepas.
PEMAIN MALAYSIA: Khairulazhan Mohd Khalid (Mohd Farizal Marlias), Shahrul Mohd Saad, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kapten), La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Muhammad Syahmi Safari, Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Mohd Afiq Fazail), Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Safawi Rasid.
PEMAIN INDONESIA: Muhammad Ridho Djazulie, Otavio Dutra, Ricky Fajrin Saputra, Rudolof Yanto Basna (kapten), Gavin Kwan Adsit, Teuku Muhammad Ichsan (Rizki Pora), Hendro Siswanto, Septian David Maulana (Dendi Santoso), Febri Hariyadi, Bayu Pradana Andriatmoko, Gregory Junior Nwokolo (Osas Marvellous Ikpefua).
PENGADIL: Alireza Faghani (Iran)
#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers
Sumber Buletin : Facebook FAMalaysiaOfficial
Tahniah Malaysia !!!
P/S: Sejujurnya Sis ko tak tengok semalam, sebabnya di luar makan malam, anak-anak meraikan hari jadi Sis hehehe.
Tahniah buat mereka, moga mereka dapat menang dalam semua perlawanan selepas ini... bestnya kalau dapat ke piala asia /piala dunia...
ReplyDeleteKannn @Norhidana, tahniah buat Malaysia !!
DeleteSyukur sangat-sangat untuk pasukan negara.Alhamdulillah.
ReplyDeleteYaaa @PC, penutup tirai kejayaan 2019 ...
Deletetahniah harimau malaya! yang bukan harimau malaya sila terima dengan redha yeeeee
ReplyDeleteKannn, tak payahlah nak macam-macam, terima kekalahan sebagai semangat 2020 akan datang kan @Sunah..
DeleteTahniah harimau malaya. debar tengok game ni. harap menang juga game march 2020 nanti
ReplyDeleteKannnn, nasib baik dalam debaran ada kemenangannya kan @Azhafizah heheheh
Delete