AKHRNYA DAPAT JUGA AKU JEJAKKAN KAKI KE SKY MIRROR,KUALA SELANGOR !

Sis Lin
8
AKHRNYA DAPAT JUGA AKU JEJAKKAN KAKI KE SKY MIRROR,KUALA SELANGOR ! | Bukan kata jejak, siap melompat lagi!! Kalau sebelum ni, Sis hanya melihat aje kawan-kawan pergi dan update lalu lalang kat timeline facebook, dalam hati terdetik, bestnyalaa, bilalah dapat pergi ek. Dan akhirnya rezeki Allah mendengar, sewaktu Sis ikuti FAMmediatrip bersama Tourism Johor ke Kuala Lumpur dan Selangor sempena Media & Industry Appreciation Dinner 2019 baru-baru ni, Sis berpeluang untuk ke Sky Mirror, Pantai Sasaran, Kuala Selangor.

Kebetulan waktu dapat aje itinerany FAMmediatrip 3 hari 2 malam tu, Sis ternampak akan ada jadual hari persinggahan ke Sky Mirror, dan orang pertama Sis bagitau adalah anak Sis hahaha sebab mereka tau Emaknya nak sangat pergi Sky Mirror tu hehehe, alhamdulilah. Teruja dan excited sungguh bila dapat tau!

Masa tu terus fikir nak pakai baju apa, mesti kena pakai warna yang terang, lepas tu fikir plak nak pose macam mana, nak bergambar ala apa, teruslah membelek blog-blog dan juga instagram mereka yang dah pergi hahahaha kelakarkan, dah macam apa jerr, over!!

[Baca Juga] : Media & Industry Appreciation Dinner 2019 



Perjalanan dari Hotel Red by Sirocco tempat kami menginap tu, mengambil masa hampir 1 jam setengah juga untuk ke Kuala Selangor, makanya 'Cikgu' kami tu awal-awal dah bagitau, kena cepat, dengan taglinenya 'Lambat tinggal'..hahahaha. Sudahnya bila dah bangun awal, memasing dalam bas semua menidurkan diri sampailah sampai ke Kuala Selangor hehehe. 

Di fahamkan harga tiket untuk ke Sky Mirror ni adalah RM80 untuk dewasa, RM60 untuk kanak-kanak, dan ada additional 20% discount untuk OKU dan warga emas. Pakej termasuk semua perjalanan pergi balik naik bot laju, dan semua gambar-gambar cantik yang korang amik kat sana, team Sky Mirror Travel & Tour yang akan ambilkan dan they give you all photos in softcopy without any additional charges, termasuk juga semua props yang ada pun mereka bawa skali. Korang cuma posing aje hehehe. 




Sebenarnya Sis nak cerita satu benda kat korang tapi macam tak best pulak kalau cerita, nanti korang tak excited pulak bila sampai kat Pantai Sky Mirror ni. Alaa bukan cerita apa, tapi nak cerita macam mana mereka dapatkan effect imbasan cermin tu haaa.. Ye laa, kalau sebelum ni pun Sis tertanya-tanya juga, macam mana ek boleh jadi gambar tu seperti bercermin, dah macam pose dalam studio aje kan? Hehehe...mesti korang nak tau juga kan, so tak payah laaa cite ek, korang datang aje ke sana dan lihat dan ketahui sendiri hehehe. 

Okay, sedikit fakta tentang Sky Mirror, 'Cermin langit' atau popular dikenali sebagai Sky Mirror, sememangnya sudah menjadi buah mulut dalam kalangan ‘pemburu’ keindahan alam semula jadi sejak dua tahun lalu, seiring pelancaran rasmi lokasi pelancongan ini pada Februari 2016. Tempat ini sebenarnya baru saja popular di kalangan pelawat. Ianya tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina. Dalam bahasa cina, mereka menyebutnya “Shasha Lan”.  Jadi kita terjemahkannya dalam bahasa melayu menjadi “Sasaran”.

Tempat ni hanya akan jadi satu padang hamparan yang sangat luas pada satu-satu waktu tertentu sahaja, iaitu pada masa air surut. So kalau nak pergi make sure korang kena keluar seawal pukul 8 dah tunggu dekat jetty. 

Sky Mirror sebenarnya dasar laut timbul di permukaan air untuk selama beberapa jam akibat fenomena air surut. Memiliki keluasan kira-kira 50 padang bola sepak, lokasi unik ini sebenarnya ditemui oleh kumpulan nelayan yang mendapati dataran di tengah laut menyajikan pemandangan menakjubkan apabila mencerminkan keindahan langit dengan sempurna.

Perjalanan akan ambil masa 45 minit dari jetty menaiki bot laju untuk sampai ke Sky Mirror, dan korang ada masa lebih kurang sejam lebih untuk ambil gambar kat sana, nanti nak balik naik bot yang sama dan ambil masa lagi 45 minit.



Masa kami pergi tu pun, cuaca tidak berapa cerah, langit mendung redup seakan nak hujan. Makanya gambar-gambar kami tidaklah berapa jelas nampak awan dan langit yang biru. Yang Sis upload ni pun takde edit pun, upload sebulat suara gambar daripada gambar yang kami terima dari pihak Sky Mirror tu ha. Sekurangnya, walaupun korang tak edit, effect cermin pada gambar tu tetap ada. So jangan risau kalau korang takde handphone canggih/apps canggih sekalipun ya. 

Korang akan teruja bila mana korang berada kat sana, memang sangat kagum dengan ciptaan Allah, terasa tenang tengok hamparan luas saujana mata memandang. Orang yang datang pun ikut musim, kalau kena musim cuti sekolah, makanya penuhlah pantai tu, kalau kena hari weekdays hari bekerja, maka agak kuranglah orang yang datang. 

Ibarat cermin besar di tengah lautan, semestinya Sky Mirror menjadi lokasi wajib di kunjungi sekiranya berada di Kuala Selangor. Tambahan pula, Sky Mirror ini adalah yang kedua di dunia selepas Salar de Uyuni di Bolivia. Dikatakan hanya ada 3 Sky Mirror di dunia, 1 di Bolivia, South American, 1 juga di luar negara dan satu lagi ada di bumi kita Malaysia. 



Bagaimanapun, selepas hampir dua jam di Sky Mirror, dan hujan mula turun renyai-renyai, oleh itu, kami kembali ke bot sebelum memulakan perjalanan pulang yang disifatkan agak mencabar gara-gara ombak dan tiupan angin yang kuat memperlahankan kelajuan bot. Dan sepanjang korang menaiki bot tu, korang akan lihat juga burung-burung bangun turun dan mencari makan di tepi-tepi bakau. 


Sebenarnya banyak lagi gambar yang kami amik, tapi cukuplah yang ini aja yang Sis upload, sekadar mengatakan dan memberitahu yang Sis dah sampai dan juga Sis kongsikan info mengenai Sky Mirror tu, kang masuk bebanyak, muntah hijo pilak korang nak scroll ek hahahaha. 

Secara keseluruhannya, kunjungan ke Sky Mirror sentiasa berbaloi bagi mereka yang menggemari aktiviti mencabar dan mengagumi keunikan ciptaan Maha Pencipta.

Lokasi: Pekan Lama Kuala Selangor ( Lebih kurang sejam perjalanan dari Shah Alam)
Tarikan: Aktiviti swafoto dengan pemandangan kawasan beting pasir

Contact Info:
Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd
Jeti Pekan Lama Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Tel: +6019 266 6665 (YM Lim)
Email: skymirrortour@gmail.com



P/S: Tak sangka juga Sis ko boleh loncat setinggi itu hehehehe...

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Seronok kan pi sini..tapi kena cepat la..sebab tempoh masa dataran tu ikut waktu air surut kan..silap SA masa pergi situ tak diberitahu tentang pakai baju yang terang2 warnanya..terus gambar tak berapa cantik..

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat seronok SA...tak terfikir akan sampai juga ke sini...cuma tu laa, keadaan cuaca tidak berapa elok, so tidak berapa cerah langit nak biru..

      حذف
  2. Ye... Memang best kan bila dapat bergambar kat sini.. LeYa pergi awal tahun dengan trip media jugak ke Kuala Selangor.. Memang cantik gambar-gambar yang dihasilkan. Tapi sayang tak sempat disemadikan dalam blog sebab laptop buat masalah dan semua gambar tak dapat diselamatkan. Hanya sikit je yang ada kat Instagram & FB.. Huhuhu..

    Ni yang sempat entry pertama, Discover Selangor

    ردحذف
    الردود
    1. Alahaiii kalau Sis tu jadi frust gak sampai semua burn Leya. Ko takde masukkan dalam FB ke? Sis masuk dulu dalam FB, set only me..
      Tapi takpe nanti jom kita pergi yokkk!

      حذف
  3. tinggi nau akak melompt tu..xmmpu saya..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha tak sangka boleh setinggi itu Nor hahahahaha

      حذف
  4. Assalamualaikum lin...wah! Mmg cantik amik gambo kat sini...kalau ada peluang mmg teringin nak sampai ke sini...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama...yee Maa, pergi dan lihat sendiri memang cantik!

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!