ASAM PEDAS GERHANA MATAHARI

Sis Lin
12
ASAM PEDAS GERHANA MATAHARI | Alhamdulilah syukur ya Allah hari ini di beri peluang untuk melihat dan menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Cincin sekali lagi setelah sekian lama kali terakhirnya kejadian iaitu pada tahun 1998. Korang dapat tak melihat dan rakam detik-detik gerhana tu?

Takpe, rakam guna handphone ke kamera ke atau apa jua alat perakam, janji ada jugalah dapat di buat kenang-kenangan at least untuk diri sendiri. Dan bagi mereka yang dapat dan sempat menunaikan solat Gerhana, alhamdulilah, tahniah buat korang. Moga apa yang korang doakan, Allah perkenankan dan di makbulkan..InsyaAllah..

Dan ketika menunggu waktu gerhana matahari tadi, sempat jugalah Sis ko memasak. Harini Sis masak menu permintaan Suami, asam pedas ikan bawal putihnya. Dari haritu Suami minta masakkan, tapi ada je halangannya, makanya harini alhamdulilah dapat masakkannya. Berapa banyak 'nya' daaaa hahahahaha...

[Baca Juga] : Fenomena Gerhana Matahari Cincin (Anulus) 26 Disember 2019 


Asam Pedas Ikan Bawal Putih 

Taraaa maka terjadilah Asam Pedas Gerhana hahahaha. Kemain ek, siap nama gerhana hahahaha. Cumanya terkilan, sana sini Sis ke kedai nak mencari bendi atau terung, hampeh! Takde dan tak jumpa, semua kata harini takde pasar. ermmm...so nak taknak ada baki sawi jeruk, Sis masukkan aje laa dalam tu, pun sedap!..

Resepi? Alaaa resepi biasa dan sama je resepi asam pedas selalu tu, cuma ikannya aje berbeza. Kalau ikan bawal putih ni selain masak stim, sedap juga masak asam pedas, isinya lembut aje. Try laaa korang masak kalau tak pernah cubanya.

Suami bab makan tak cerewet, dia okay aje, janji masak dan kenyang. Kadang masak satu dua lauk je dah cukup, cumanyaaaaa.....kalau anak-anak dia balik, haaa tang tu Suami mula jadi 'buas' dalam bab lauk, ada je tak cukupnya, kalau boleh segala 'binatang' lauk nak suruh masak nak bagi anaknya makan. Sebab tu kalau anak-anak balik semua, Suami mesti bawa makan seafood, kesukaa anak-anak makan seafood. 

[Baca Juga] : Asam Pedas Ikan Pari Bersama Sawi Jeruk 


Set Periuk Visions Langkawi 

Dan yang bestnya masak harini sebab guna periuk baru hahaha. Yaaa set periuk Visions! Periuk  ni Sis beli sewaktu ke Langkawi baru-baru ni, lama dah ngidam, sampaikan Suami kata kat anak 'Ayah tau apa Emak nak beli kat Langkawi' hahahaha...dann yes!!! akhirnya dapat juga set 3 Visions ni. Alhamdulilah terima kasih Suami belanja beli periuk hehehe.Siap dapat free pinggan Corelle lagi.

Satu kepuasan bila masak nampak lauknya 'clear' gitu ko hahaha, duk gelak Suami dan anak-anak bila Sis cerita macamtu, ikutkan nafsu, nak je beli lagi satu set tapi jenis set lagi besar, tapi fikir nak bawanya balik tu, adeiii tak jadi lerr..Suami kata next time je kita pergi lagi hohoho...baik!!!

[Baca Juga] : Cuaca Di Langkawi Panas Terik


Ini Sis kongsikan gambar hasil tangkapan Gerhana Matahari Cincin yang adik Sis dapat snap di depan rumah Mak di Kampung Melayu menggunakan handphone Samsung s10+ nya. Sangat jelas kata adik. Alhamdulilah, anak-anak saudara dan juga Emak Sis pun berpeluang melihat fenomena Gerhana ni secara dekat di sana. Siap buat eksperimen telur berdiri lagi...hehehehe terus jadi jakunlah si Mia tu...

Rumah Sis pun dapat juga lihat dan Sis amik juga gambarnya tapi tak se 'clear' macam adik Sis punya tu haa..jadilah buat kenang-kenangan kann..bukan senang nak jumpa tau, lepas ni tunggu pulak dalam 23tahun mendatang..

Okaylah, macam-macam cerita pulak yang di tulis ni hahaha...nanti sambung lagi, sebenarnya banyak kerja nak selesaikan ni. Nak lipat kain, ganti cadar dan cuci tuala semua. So nanti sambung cerita lagi ya..

Bye dulu..


P/S: Hai Anggerik Desa hahahahahaa....

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wahh gitchuwww tajuk kemahennn asam pedas gerhana matahari hahaha. Sama lah kitaa! Menu harini pun asam pedas bendi. Cuma ikan je lain hehe

    ردحذف
  2. Asam pedas gerhana matahari
    26 tahun baru jumpa sekali.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Wak, tunggu panjang umur jumpa lagi asam pedas gerhana ni hahahaha

      حذف
  3. Alhamdulillah. Lagi 26 tahun berjumpa lagi asam pedas gerhana matahari 😁

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kalau panjang umur, insyaAllah update lagi hahahaha

      حذف
  4. sayur2 semua tak nak muncul sebab gerhana...hahahhahahah

    ردحذف
  5. Sedapnya asam pedas..fav SA ni sis...tp x pandai masak asam pedas la..jenuh belajar..x jadi plak..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa sesekali bila lama tak masak, makans ampai lupa diri SA hahahaha

      حذف
  6. wow..asam pedas gerhana di dalam periuk baru :)))

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaha time gerhana je muncul asam pedas ni Eda hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!