CUACA DI LANGKAWI PANAS TERIK!

Sis Lin
10
CUACA DI LANGKAWI PANAS TERIK! | Alhamdulilah, Sis sudah pun berada dan pulang ke Johor malam semalam setelah bercuti selama 4 hari di Pulau Langkawi bersama keluarga Sis, adik beradik juga Emak Sis. Dan cuaca sangat menyebelahi kami semua, sepanjang di sana cuaca panas terik! Rentung wajah kalau tak pakai sunblock hahahaha.

Alaaa setakat panas terik tu takde masaalah sebenarnya, daripada hujan manjang kang, ada satu aktiviti pun tak boleh nak buat, so bersyukurlah ada panas dan ada hujannya. Tapi kalau holiday ni, memang eloklah panaskan dari hujan, panas panas pun, masih boleh bergerak, kalau hujan...mereput laaa dalam bilik hotel huhuhu..

Nak cite panjang lagi nantilah Sis cite ya, jangan risau, Sis akan ceritakan, banyak nak cerita, sebab ramai yang tanya. Lagipun memang nak share sebab Sis pergi Langkawi ni memang kira amik budget punya kos laa, so pada korang yang nak ke Langkawi, agak-agak kos tu tak berapa nak banyak, nanti bolehlah ikut macam Sis punya, budget-budget je cuti, janji puashati.

Nanti Sis share ya.


Kasi tepek satu gambar dulu sebab nak tunjuk langit yang cerah biru tu haa, hehehe kang orang tak percaya pulak Sis kata Langkawi punya cuaca cerah hahahaa. Ni dua ni anak saudara Sis, kaki posing macam Mak Long dia juga hahahaha. Pantang nampak kamera, haaa tu macam sepupu dia (anak-anak Sis) hahahaha.

Kalau holiday ada anak kecik atau kanak-kanak macam ni, siapa aje yang lebih gembira kalau tak mereka, kan? Tapi kenapalah holiday kali ni Suami Sis ko pulak yang lebih hepi dan enjoy hahahaha...naik pelik Sis dan anak-anak nengok hahahaha. Maybe sebab tak stress dengan urusan kerja, dan tiada gangguan bunyi telefonnya. Kalau tidak.....ermmmmmm telefon tak henti bunyi!..kali ni telefon pun tinggal je dalam bilik hotel..

Okaylah nanti sambung, tapi tunggu 3 hari akan datang ya hehehe....
Kenapa? Sis berada di luar kawasan hohoho...


P/S: Kau J, jangan memacam ea... 2020 dah nak dekat, kau tunggu serangan aku!

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Walau sederhana tapi indah..yang penting kualiti masa yang diperuntukkan kan Sis.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, bila berkumpul ramai-ramai satu family, satu kenangan indah dan manis buat kami semua...alhamdulilah..

      Delete
  2. sesuai untuk bercuti-cuti cuaca terang, kalau hujan payah jugak, tapi kalau panas terik tu memang berpeluh la kalau ke kedai atau tempat yang takde ekon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sis lebih suka panas dari hujan, kalau dah hujan, terus mereput tak boleh buat apa-apa...

      Delete
  3. Kat gombak ni pun panas berdenting sis... Tapi takpelah, hujan ke panas ke kita redha je :) pandai berposing depa dua noo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Johor dah mula hujan redup aje cuaca, kalau panas pun sekejap aje...

      Delete
  4. tolonglah doakan kalau ada rezeki ammi dapt pergi langkawi. sedih woooo tak pernah pergi situ.

    pssttt..terkejut ammi baca nota lutut kat bawah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ammi, Sis doakan moga Ammi dapat jejak Langkawi bersama keluarga nanti ya...best, sekarang dah ada theme park mandi Ammi...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!