DI LAMAR 19 KALI? KATA-KATA EBIT LEW INI MENYENTUH PERASAAN

Sis Lin
10
DI LAMAR 19 KALI? KATA-KATA EBIT LEW INI MENYENTUH PERASAAN | Hangat minggu sudah mengenai isu viral Ustaz Daie Farhan. Dari pembacaan Sis, Ustaz Farhan telah mengahwini seorang Janda beranak 8 di Mekah tanpa pengetahuan isteri pertama dan telah menceraikan isterinya yang sarat mengandung hanya dengan melalui talian wahtsapp.

Yang gelihatinya, penuh timeline facebook Sis ko dengan status 18 dan 19 kali di lamar tu dan habis sana sini duk pung pang kes ini. Siap ada parody lagi berikutan video yang tersebar.

Sis, hanya mampu scroll baca dan tersenyum dalam keadaan marah, yee laa marah le juga, jiwa perempuan yang bergelar isteri oii, kita faham macam mana perasaan seorang isteri tu apabila seorang Suami berkahwin lain tanpa minta izin, kemudian di ceraikan pulak, mestilah kita ni turut tempias merasa sedih dah tersentuh! Jenis yang tak tersentuh hati tu, elok laaa ko telan ubat nyamuk!

Dah! Jangan di ulas panjang kes ini, kita doakan aje kebahagiaan mereka. Mereka yang tanggung bebannya. Tapi....tepuk sebelah tangan takkan berbunyikan ...opssss!

Dan harini Sis nak kongsikan kata-kata yang di petik dari Ustaz Ebit Lew yang dia update di ruangan facebooknya. Sis sangat suka dan sejujurnya menangis membacanya. Makanya Sis nak berkongsi di sini untuk korang semua bacanya sekali.


Facebook Ebit Lew 

Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri, ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa masa program keluarga sunnah.

Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.

Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.

Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri...kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz kami. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?

Ustaz itu menjawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas. Terdiam semuanya.

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya....dia senaraikan buruk isteri dia..

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata 'ArRijal' Ar Rijal..Ar Rijal..Allah berfirman puji gelaran 'lelaki'. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.

Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu

Sekian...
Renung-renungkan, dan selamat beramal..


P/S: Dia J ....'anai-anai' ...

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sy sedih bila dgar kisah rumahtangga mcm nie.. Walaupun sy belum b'kahwin, tp sy sbgai perempuan pun terasa juga .. Semoga Allah melindungi kita smua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kita wanita sedikit sebanyak jadi tempias juga dalam kes begini Tika, yang takde perasaan tu yang macam hati hitam!

      Delete
  2. Speechless. Tapi takdir Allah, siapa kita nak menidakkan...Cuma berusaha untuk jadi terbaik menjaga amanah yang ada.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Nona, tepuk sebelah tangan takkan berbunyikan...

      Delete
  3. Setiap kali baca tulisan ustaz ebit lew...hati mesti tersentuh....kata-kata yang ikhlas akan menyentuh hati yang mendengar dan membaca.

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr sangat setuju...banyak nasihat dan kata-kata memang jadi peringatan buat diri sendiri...

      Delete
  4. Rumahtangga SA pun musnah..sbb tu SA x suka bila baca bab2 kes cerai ni...sedih tau..nak plak ex wife dia tgh sarat mengandung...haih..ntah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu yaaa SA, sakit hati dan sangat geramm..tapi tu laaa, kita doakan yang baik-baik aja buat ex-wifenya dia..

      Delete
  5. Jadikan pengajaran dan panduan buat kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..sangat memberi kesan juga pada diri sendiri Wak..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!