IKAN CARU BAKAR CECAH AIR ASAM MEMANG SEDAP!

Sis Lin
12
IKAN CARU BAKAR CECAH AIR ASAM MEMANG SEDAP! | Baca tajuk aje dah meleleh ayaq luir Sis ko, terus teringat menu tajuk di atas Jumaat lepas punya. Lama nak masak ikan caru bakar cecah air asam ni, tapi asyiklah terbantut aje kerjanya, sebab tak sudah-sudah ada jemputan media makan-makan aje hahaha.

Tapi Jumaat baru ni, kebetulan anak Sis ada di rumah, dan dia pulak rajin sangat nak masak, siap tanya nak masak apa, makanya cecepat Sis sebut, ikan caru bakar cecah air asam, dan anak pulak nak masak sambal tumis telur. Haaa lengkaplah menu lauk Jumaat kami berdua pada haritu.

Yaa dah tinggal berdua aje ni, anak bujang dah balik Politeknik sambung sem4, yang Ayahnya minggu ni baru balik Johor, dan kakaknya pulak, hujung tahun nanti baru balik Johor, so memang berdua aje le makan dan berborak.

[Baca juga] : Persiapan Dan Kelengkapan Mendaftar Masuk Universiti/Politeknik/Kolej


Kalau ada yang baca posting Sis sebelum ni, mesti tau kan, sebelum ni Sis ada berbelanja barang basah dan ada beli ikan caru, haaa ni le carunya hahahaha. Kalau ikan caru ni, biasa kalau tak masak sambal terutup, Sis akan bakar aje, tapi kalau bakar mesti nak ada sambal air asam, barulah power! Makan pulak gigit bawang besar bebanyak, perghhhhh sedapnya tak bole bawa bincang!

Cuma dulu sikit hari, memang bodoh sikit nak buat air asam tu, asal buat je tak jadi aje, tapi sekarang dah pandai hehehehe. Senang dan mudah aje, alaaa korang pun mesti teror juga kan...Sis punya air asam ni biasa-biasa aje punya ..


Kemudian, anak masak pulak sambal tumis telur 6 biji. Katanya lebih sikit tak apa, nanti boleh makan cecah dengan lempeng. Sapa nak buat lempengnya ek? Hahahaha...makan makan, ehhh sedap pulak sambal tumis anak masak ni, luluslah kalau nak di buat menantu hahahaha.

Resepi? Hahaha adeii resepi biasa-biasa aje, sambal tumis bodoh-bodoh kata anak Sis hahaha. Cuma telurnya kata anak, dia goreng dulu, baru sedap, kalau ada sesetengah orang masak, telurnya tak di goreng dulu, so nanti cepat basi kata anak, entah ye ke tak hahaha.

[Baca juga]: Puas Dapat Makan Seafood di Aonang Beach Krabi Thailand 

Okaylah tu je nak kongsikan di sini. Menu Jumaat lepas kami dua beranak. Terima kasih adik, masakkan Emak, sambil Emak settlekan draft blog di meja dapur.

Anak tak kerja ke? Oh! Ya, haritu anak jumpa Doktor pasal kes slip disc dia tu, then Doktor bagi lagi sambung MC hingga 18/12 ni, kata Doktor memang kena rehat secukupnya, tapi...korang rasa reti ke duduk diam anak Sis tu? Ermmm...yeee dia pergi kerja juga! Degilkannn huhuhu...

Biarkan nanti dah sakit, sibuk adoi sana adoi sini kan..Sis ko cepukkannya!


P/S: Mood holiday activated sekali lagi !! lalalalala...

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. perghhhh sambil tengok gambaq ni meleleh ayaq liur. hehehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sambil menaip ni pun sama, kecur ayaq liur hehehehe

      Delete
  2. Aduhhh.. Menggigit jari ku terbayangkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, jomm bakar ikan, hujan-hujan ni makan sedap kan...cecah dengan air asam..

      Delete
  3. memang sedap! ada lauk ni je dah cukup dah buat bertambah nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fizah, lagi kalau time hujan wowww sedapnyaaa...

      Delete
  4. ikan caru memang sedap kalau bakar dengan cicah air asam, sedap tak boleh bawak bincang ya..haha..untunglah anak pandai masak dahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, makan hari-hari masa pantang, memang jadi sedap! Tak tau nak kata camne..

      Delete
  5. SAJER JER LA SIS NI KAN...MENGGODA PLAK ENTRY DIA NI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha siap huruf besau lagi ek SA hahahaha

      Delete
  6. MashaAllah.. terliur kita buatnye ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/12/5-cara-simpan-rm200-secara-paksa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe jomlah kita cari caru dan bakar makan dengan air asam ya hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!