JOHOR SCAVENGER HUNT 2019 - TAHNIAH TEAM GELAK KUAT!

Sis Lin
6
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019 - TAHNIAH TEAM GELAK KUAT! | Tahniah team Geng Gelak Kuat yang telah memenangi tempat ke-5 dalam acara Johor Scavenger 2019 kategori Sponsor/Media yang telah berlangsung pada Sabtu lepas anjuran bersama Tourism Johor. Walaupun di saat akhir Sis tak dapat join sama, dan ini menjadikan team kami lumpuh seorang dari 4 orang, tapi mereka tetap teruskan misi perjuangan mereka hingga ke penamat.

Team Gelak Kuat kami terdiri dari Sunah, Farahain, Zaki dan juga Sis (jika join sama). Tapi di saat last minit atas sebab yang tak dapat di elakkan, makan team kami hanya berjalan hanya 3 orang sahaja, pun begitu lihat!! Atas usaha dan kerjasama team yang di berikan, mereka berjaya juga walaupun tidak dapat menghabiskan sepenuhnya 10 task, akan tetapi 6 task itu sudah cukup memadai!!.

Tahniah sekali lagi buat team!!

[Baca juga] : Pengalaman Menyertai Johor Scavenger Hunt 2019 - Sunah Sakura 


Terkilan sangat tak dapat join, padahal, Sis kaulah yang bersungguh-sungguh nak masuk dan namakan team ni, tapi arghhhhhh time tu jugalah mesin basuh Subuh hari nak meletop!! ..malas nak cerita panjang, buat sakit hati aje.

Di sebabkan asalnya perjanjian kami berempat, so apa pun yang telah di buat, di bayar, dan di usahakan, kena bahagi sama rata dan adil, jadi malam kelmarin Sis ajak mereka bertemu dan sebagai ucapan tahniah dan tanda maaf, Sis belanja mereka makan dan kami berempat mengira wang yang telah di keluarkan dan kami bahagi kepada 4. Tak kiralah join ke tak join, janji asal kena pegang.

Yang penting kerjasama!


Cuma itulah, team kami tidak dapat info sepenuhnya dari pihak penganjur, so kami tak tau macam mana, dan bagaimana aktiviti ini di jalankan, main ikut info yang awal di beri aja. Rupanya lebih mudah bawa kereta sendiri dan park di larkin Sentral mengikut kata team Sis, ini tak, dari Medini, mereka park kereta, kemudian naik bas menuju ke Larkin Sentral, kemudian, nak selesaikan kesemua task tu, terpaksa amik grab dan berjalan kaki. Nasib juga mereka ada duitnya, kalau takde duit? Mereputlah di situ.

Waduh...tak tau nak kata apa, bila nampak sangat keletihan memasing bercerita, tapi akhirnya, puashati dan berbaloi gak dapat kemenangan tempat ke-5 dalam kategori sponsor/media!! Dan Sis ko juga ada dapat medal gak! Pheww vangga jap..

Tapi takpe, insyaAllah ada rezeki, ada umur, kita join lagi tahun depan ya! Stanby ya team, apa pun berlaku, misi harus di teruskan hahahaha.

Terima kasih dan Tahniah Team Gelak Kuat!


P/S: Sis ko agak, mesti korang bertiga tak kenal itu buah binjai kan? Hahahaha...

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. buah belinjau sis...bukan buah binjai...memang tak pernah tengok bentuk asal kerepek belinjau tu...ahahhaha

    ردحذف
    الردود
    1. Ehhh semalam rasa tulis belinjau, awat jadi Binjai tu hahahahahaha lawak betullah @Sunah oii, mybe menulis sambil verangan hahahaha

      حذف
  2. Tahniah Team Gelak Kuat... Semoga ada rezeki di tahun akan datang. InsyaAllah

    ردحذف
    الردود
    1. Yay! Terima kasih @Ilya...nanti ada di KL, jangan lupa join ya!

      حذف
  3. HAHAHHAHAHAHHAAA......nasib ain tahu telur pindang macam mana bentuknya.kahakahkah..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaah kalau telur pindang pun tak tau, kena buang negeri Johor le gamaknya ko @Farahain hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!