JOM BAGI IKAN KOI 'MENYUSU' BOTOL !

Sis Lin
4
JOM BAGI IKAN KOI 'MENYUSU' BOTOL ! | Belum ada kesempatan lagi nak menulis percutian ke Langkawi Sis bersama family tu, tengah menunggu schedule draft yang bersusun minta update hahaha, tiba rasa banyak giler kerja gitu. Tapi takpe, sebab minat menulis dan berkongsi cerita, tak kisahlah, Sis cuba sedaya upaya untuk update ya.

Korang pernah dengar dan tau tak, Ikan Koi Menyusu? Hahaha bunyi macam kelakar je kan, tapi serius terjadi dan memang ada. Sis sendiri pun baru tau. 'Menyusu' Koi tu bermaksud, kita bagi ikan koi tu makan melalui botol susu dan ikan koi tu akan hisap botol susu tu untuk mengambil makanan dalam botol susu tu hahaha sebab tu namanya "menyusu' Koi.

Tapi agak terujalah, ikan boleh menyusu hahaha satu daya tarikan kalau korang ke Wildlife Park Langkawi ni. Budak-budak sukalah, teruja benar bila kata nak bagi ikan menyusu, lagi-lagi si Mia tu hahahaha. Dia gelak pun ada bila kata ikan nak hisap botol macam dia gak hahahaha.



Kalau korang masuk Wildlife Park Langkawi ni, hampir dah separuh pusing dan jalan, baru nanti korang akan jumpa tempat Ikan Koi Menyusu ni. Free jer. Nanti pekerjanya akan masukkan makanan ikan dalam botol susu tu dan kemudian kita masukkan ke dalam kolam ikan koi tu. Nanti berpusu-pusulah ikan koi tu datang menhisap puting botol tu hahahah.

Mula pegang tu, weiii gelak terkejut gak, memang betul ikan koi tu hisap botol, teruja Sis ko sampai menjerit, budak pekerja tu gelak terbahak-bahak tengok Sis ko hahahaha...ada aku kesah! tapi seriuslah seronok hahahaha. Bukan budak-budak je suka, mak pak budak pun turut teruja hahahaha.


Memang pernah masuk dalam paper Berita Harian, jadi tarikan pengunjung di sini rupanya. Ikan koi dalam kolam tu pun banyak oii, berebut-rebut nak hisap puting susu tu, kena pegang kuat-kuat batang kayu tu, kalau tak, ada kang jatuh masuk kolam.

Korang tau tak kenapa di beri makan menggunakan botol susu tu? Ini kerana satu idea yang di jadikan tarikan pengunjung untuk tidak menjadikan air kolam tu tercemar, so mereka bagi makan guna botol susu. Baguskan ideanya. Ternyata memang bersih air kolam ikan koi tu. Lebihan dedak dalam botol susu tu, hanya akan ada dalam botol susu tu je, dia tak terkeluar dan bersepah dalam kolam.

Satu pengalaman yang unik yang boleh korang jadikan salah satu persinggahan time bercuti ke Langkawi. Datanglah ke Wildlife Park Langkawi ya hehehe.

Cerita penuh percutian Langkawi akan Sis cuba update secepat mungkin, ramai beno tanya, sabar ya..kadang idea pun tenggelam timbul ni, nak kena hisap susu pisang Nilofa ni hahahaha.

Okay bye dulu..


P/S: Rindu pulak pada anak-anak saudara semua...Ayyom sayang semuanya! ..

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wildlife park ni masa pegi Langkawi 2 thn lepas memang dah masuk dalam list nak pegi.. tp tak sempat sbb schedule dah lari.. hahaha..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Dilah, Sis ko berkira-kira nak masuk sebab takut ular hahahaha adeii lawak betul...berlari Sis ko dalam tu hahahaha

      حذف
  2. oh tak penah tahu pasal ikan koi menyusu, hehe. ni baru tahu ^_^

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!