Alhamdulilah, terima kasih pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan juga Tourism Malaysia yang telah memberi ruang dan peluang untuk Sis ke SIC dan berkongsikan pengalamannya di blog sendiri. Bukan senang-senang mau sampai woo, lagi pulak kami di beri Media Pass VIP untuk membolehkan kami masuk di semua ruang dan tempat di Media Centre Acess di dalam Litar Antarabangsa Sepang ini.
Ya! untuk masuk ke dalam SIC tu, dan untuk melepasi semua pintu masuk di dalam sana, korang MESTI ada pass, kalau takde pass, automatik kena halau keluar. Dan orang yang bertanggungjawab membawa, dan memberi arahan kepada semua media dan petugas-petugas didalam SIC tu adalah Mr Aqil,
Sedikit mengenai Litar Antarabangsa Sepang ni.
Litar Antarabangsa Sepang ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di selatan ibu kota Kuala Lumpur.
Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.
Okay dah jom follow saya, kata Mr Aqil ...
Turut serta dalam media tour SIC ini adalah En Muadz Samat, Assistant Director, Corporate Communication Division.
'Welcome to Media Centre', kata ucapan aluan Mr Aqil kepada kami semua saat pintu di buka, dan mata terus terpandang di bahagian depan cermin besar terpampang grand stand dan litar lumba tu. Wowwww teruja sangat Sis ko melihatnya. Dengan deruan bunyi mengaummnya, start dah start dah!! gile tak suka!
Waktu kitaorang pergi ni, ianya adalah hari terakhir perlumbaan Races of Malaysia yang membabitkan aksi dua roda dan empat roda serentak pada 13-15 Dec 2019 yang lepas. Dan kerana itulah kami berpeluang menyaksikan perlumbaan empat roda World Touring Car Cup (WTCR) buat julung kalinya di adakan di Malaysia. Yang dua roda ECW (Endurance World Championship) kami tak sempat nak tengok.
About #RoadToMalaysia
The FIA World Touring Car Cup and the FIM Endurance World Championship has been made exclusive and ONE-OF-A KIND creating history for Malaysia as SIC host TWO WORLD CHAMPIONSHIPS TOGETHER.
The FIA World Touring Car Cup (FIA WTCR) is the highest class of competition for touring cars. The Malaysian round will be the grand finale of the 10 global rounds this season. The race will see 26 full season entries with 8 different car manufacturers. The FIM Endurance World Championship (FIM EWC) is the premier worldwide endurance motorcycle racing championship. The Sepang round named the 8 Hour of Sepang will see at least 20 Japanese and 10 Asian teams competing as it will be the qualifying round to the legendary Suzuka 8 Hours in 2020.
Selepas meninjau area depan Media Centre tu, Mr Aqil terus membawa kami ke ruang sebenar 'access' yang bukan sembarangan orang boleh masuk ye kecuali media sahaja. Di bawa juga melawat ke bilik kerjanya yang dah macam rumah keduanya katanya, dan terus kami menuju ke ruang masuk di mana skrin-skrin tv perlumbaan sedang berlangsung dan di mana reporter dan penganalisis semua berkumpul di sini membuat liputan secara langsung.
Memang Sis nengok terdiam aje, sebab kena diam hahahaha. Selalu tengok dalam tv je kan, ni tengok depan mata, tak ke macam ermm macam tak percaya aje. Seterusnya kami di bawa ke bilik Press Conference. Selepas pengumuman pemenang, mereka di bawa ke sini untuk di temubual oleh wartawan secara tertutup.
Dan tetiba-tiba sedang kami photo group, muncul pulak Alex Yoong depan pintu, hamboii memasing tanpa lepaskan peluang amik gambar bersama, apalagi bergambarlah Sis sama dia, sporting pula tu, korang tak payah nak kecam dan gossip sangat nengok gambo Sis dengan Alex tu, kebetulan ehhh terlentuk pulak di bahunya hahaha... dia sebaya Sis tahun 76, tapi rambut kemain lebat ek hehehehe. Sekarang dia belakang tabir je, anak dia pulak mewarisi menjadi pelumba seperti Alex.
Selepas itu, kami di bawa pula ke Podium Winners, waaa sini agak teruja sikit Sis, Sis ko ni semua nak teruja ek...hahahaha, ye laaa kan dah kata selalu nengok dalam tv, kali ni betul-betul real Sis ko berada di atas itu sebagai juara no 1 hahahaha. Jadilah...dan dari sini juga kami semua sempat lihat persediaan yang sedang di lakukan untuk perlumbaa petang itu.
Mengikut kata Mr Aqil, semua objek, semua warna, semua penanda, semuanya ada undang-undangnya tersendiri, kena patuh arahan dan juga sangat kuat 'pantang larang'nya. Jangan sesuka hati keluar masuk dan lalu lintas di situ, semua ada arahannya tersendiri. Phewww ternganga kejap mendengar penceritaan Mr Aqil ni.
Cuaca di luar dah mula mendung, hujan dah mula gerimis. Tapi perlumbaan tetap di jalankan. Dan kami beruntung kata salah seorang petugas di SIC yang membawa kami ke rooftop VIP, kami dapat saksikan perlumbaan WTCR F3 tak silap, dan perlumbaan ketika itu baru nak bermula. Memasing apalagi, semua dah stanby handphone video dan kamera bagai. Pecutan mengaumnya perghhh memukau masuk ke dalam lobang telinga terus..vroommmmmm....sekelip mata hilang ko hahahaha.
Sedikit mengenai Sususnan Litar.
Litar utama, biasanya digunakan mengikut arah jam, iaitu 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut selekoh dan jalan lurus yang luas. Susunan litar ini agak luar biasa. Litar ini mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.
Konfigurasi yang lain juga boleh digunakan untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini menggunakan separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas belokan keenam dan ia adalah 2,71 km panjang secara keseluruhan.
Litar selatan ialah separuh lain litar ini. Belakang litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke selekoh kelapan untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan mengikut arah jam, litar ini adalah 2,61 km panjang. Litar ini juga mempunyai litar untuk perlumbaan go-kart dan motocross.
Ko faham ke? hahahaha...
Dah letih meninjau satu SIC ni, so kita makan tengah hari dulu kata Mr Aqil. Yehaaa memang perut dah lapar gile masa tu okay, nasib Mr Aqil dapat memberhentikan mulutnya dari bercakap hahahaha. Yaaa dia tak henti-henti bercakap, ramah sangat orangnya, dari A to Z pasal SIC ni dia cerita tau, memang sesuai kerjanya bahagian melayan media ni hehehe syabas!
Tanpa di sangka-sangka, kami di bawa makan tengah hari di tempat makan golongan VIP ni ko, perghhhh kata Mr Aqil, special
Sehabis makan kami di pertemukan dengan Datuk Musa bin Yusof,Director General of Tourism Malaysia yang baru aje selesai merasmikan Race of Malaysia perlumbaan WTCR pada petang itu.
Dan akhir sekali sebelum balik ke Johor, kami singgah ke booth Tourism Malaysia sempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020. Siap ada game untuk kami semua. Masa ni memasing dah keletihan, tapi tetap enjoy meninjai karnival yang sedang berlangsung sempena Road To Malaysia ni.
Hujan dah mula turun dengan lebat dan kami terus beransur keluar dari Litar Antarabangsa Sepang dan menuju ke bas kami untuk pulang ke Melaka & Johor. Alhamdulilah satu pengalaman yang tak akan Sis lupakan walaupun mungkin inilah pertama dan terkahir Sis datang SIC ni, atau mungkin ada rezeki akan sampai lagi, tapi ianya memang sesuatu kenangan paling indah sebagai penutup 2019 buat Sis sebagai penulis blog.
Ops, ada satu lagi pengalaman Sis baru-baru ni menaiki 'piperaircraft' di FRAS Flying Club Senai tu. Yang ni nanti Sis cerita ya. Sila ke IG @akusislin juga.
Terima kasih buat semua pihak yang terbabit dan pihak-pihak yang berkenaan dalam menjayakan program FAMmediatrip kali ini dan semoga ada umur kita berjumpa lagi!!
Thank you Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan juga Tourism Johor.
Klik pada pautan LABEL FAMmediatrip di blog Sis untuk membaca kisah-kisah sebelum ini ya .
P/S: Korang yang nak melihat lebih banyak gambar dan video mengaummm, boleh ke instagram @akusislin dan klik pada highligt WTCR dan post sebelumnya ya.
Wow...pengalaman yang menarik ni sis...confirm kenangan x leh dilupakan..bukan apa...nak masuk sini bukan senang kan...
ReplyDeleteYaaa SA, penutup 2019 yang sangat takkan dapat di lupakan...alhamdulilah...
Deletedana pernah masuk litar sepang beberapa bulan lepas, masa edy kene siapkan projek company dia kt litar sepang. dengar kereta berlumba, rasa cam nk pekak telinga... tapi menarik bila dapat sampai situ
ReplyDeleteHahahah mula sampai gitu gakk telinga, lama-lama nanti dah biasa dan bila keluar dari sana, akan rindu bunyian itu Dana ..
DeleteSaya kalau bukan sebab event, mmg x jejak litar Sepang nie. Haritu ada event kt sini, rasa terkesima sekejap. Luas sungguh. Tapi bingit sikit sebab kereta lumba2 😂
ReplyDeleteKannn Zharif, bukan senang nak masuk dalam ni, alhamdulilah dengan peluang yang di berikan...
Deletewahh untungla jadi media leh masuk free je kannn., ;p
ReplyDeleteAlhamdulilah Wak...rezeki..bukan free gitu je, tapi ada kerja yang perlu di buat hehehehe
DeleteAlhamdulillah best nya. Pasti akan menjadi kenangan yg takkan dapat dilupakan 😍
ReplyDeleteYaaa Umi, kenangan 2019 yang takkan dapat di lupakan...
DeleteTak pernah lagi sampai sini. Best juga sekali sekali pergi menonton perlumbaan. Rasanya untuk F1 sahaja yang dah tak buat kan?
ReplyDeleteInsyaAllah one day pasti sampai nanti Bella...Yup betul, F1 dah takde dah di sini...
DeleteNad pun lum pernah masuk litar sepang nie. Nak gak merasa pengalaman sndiri tengok secara live prlumbaan f1..
ReplyDeleteYaaa Nad, one day ada laaa rezekinya tu masuk sini...insyaAllah ..
DeleteNaim pun tak pernah lagi jejak kaki ke litar Sepang ini. Memang sentiasa ada aktiviti yang best dekat sana.
ReplyDeleteBetul, setiap minggu pun ada je aktiviti di Sepang tu, cuma kalau perlumbaan aje ada masanya...
DeleteHebat awak
ReplyDeleteAlhamdulilah Wak..syukuri setiap peluang yang ada...
Deletehari tu sempat jugak masuk dalam litar ni. atas jemputan event. memang teruja sangat sebab dulu masa kecil mmg impikan nak masuk litar ni :)
ReplyDeleteKannn samalaaa..biasa tengok dalam TV aje, ini kali masuk dan tengok sendiri, baru dapat rasakan feel dalam litar tu...
DeleteWhat a nice experience I've only been to the Sepang track for a F1 race many years ago it was nice.
ReplyDeleteWoww so many years ago lor..next time u can go here and see more details about the F3 ya...
Deletesaya selalu bayangkan litar ni panas giler, jadi tak pernah terfikir nak pegi sana tengok. nice sharing
ReplyDeleteHahahaha yaaa sama juga macam Sis dulu, tapi kalau pengunjung yang nengok perlumbaan, boleh duduk area grand stand, situ redup...
DeleteBestnya dapat masuk litar sepang dan dapat masuk tour macam ni. Tahun 2020 nanti sure lagi banyak tempat Sis Lin akan berjalan-jalan kan... nak ikutt
ReplyDeleteHehehe gitu lerrr, ada peluang kita pergikan Zarin...jomm laa #VisitJohor2020 hehehe
DeleteWowww!!..sapa xteruja dpt menejelajah seluruh litar tu....mesti seronok dpt abadikan kenangan diasana...
ReplyDeleteYaaa Binda, memyeronokkan, sampai dah balik pun masih terngiang-ngiang bunyi deruan kereta lumba hehehehe
DeleteWahhh lentok habis dekat Alex Yoong ye sis. Hehehe. Seronok pi SIC ni. Kalau masuk kat media center ada air cond. Kalau pi kat kawasan penonton tu becak ketiakkkkkkk. hehehe.
ReplyDeleteHahahaha jangan tengok situ hahahaha...Hahahaha tiakkk asam takpe, jangan kelangkang asemmmm...hahahaha
Delete