PROGRAM JELAJAH PERSONA SELANGOR 2019 EDISI JOHOR

Sis Lin
0
PROGRAM JELAJAH PERSONA SELANGOR 2019 EDISI JOHOR | Baru-baru ini Sis dan team JDT Blogger menerima undangan dari pihak Tourism Selangor dan kami berkesempatan hadir di majlis Program Jelajah Persona Selangor 2019 yang di adakan di Holiday Villa Johor bersempena untuk mempromosikan Pelancongan Negeri Selangor ke Pasaran Domestik Malaysia sebagai Penutup Tirai Tahun 2019. 

Eh ko kan Johor Sis Lin, kenapa nak promosikan Selangor?

Yang cakap dan tanya soalan macamtu, memang dia tu fikiran sempit! Hanya layak duduk dalam rumah ajelakan. Awak...kita kan Satu Malaysia, Johor adalah negeri asal, tapi sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya juga sama-sama usaha dengan kreativiti atau bakat dan keupayaan kita untuk sama-sama mempromosikan Malaysia selain Johor. Bukan hanya ko bercuti luar negara, asyik-asyik promosi laaa negara luar tu, apa kehalnya! Padahal dalam negara sendiri pun banyak tempat kau belum jejak!



Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 

Dalam menyemarakkan inisiatif dan usaha proaktif ke arah pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor menganjurkan Program Jelajah Persona Selangor 2019 ke 3 buah Negeri di utara dan selatan tanah air sebagai penutup tirai kepada inisiatif strategik berbentuk Program Promosi Pelancongan bagi tahun 2019.

Program Jelajah ini telah memulakan misi di Bandar Alor Setar, Kedah sebagai destinasi pertama, Negeri Johor sebagai destinasi kedua dan Negeri Perak sebagai destinasi ketiga. Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil dari Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lebih dari 10 operator produk pelacongan Negeri Selangor.



Pertemuan Business-to Business (B2B)

Program Jelajah di Negeri di seluruh Malaysia ini telah dimulakan dengan sesi Government-to-
Government atau G2G yang memfokuskan perbincangan yang dijalankan antara lain melibatkan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri yang akan diambil bagi memperkasa industri pelancongan Negeri, seiring dengan misi pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Manakala, Program seterusnya pula menyaksikan sejumlah sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor dengan Badan Pelancongan Negeri dan Agensi Pelancongan tempatan. Penglibatan yang diterima baik membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan.

Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri daripada pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor penyumbang kepada peningkatan Ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.


Manfaat Dua Hala

Program Jelajah Persona Selangor 2019 telah pun memasuki ke Johor Bahru pada 15 hingga 17 Disember yang lalu, dan telah pun melabuhkan tirai di Ipoh, Perak pada 18-20 Disember baru-baru ini.

Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik dan antarabangsa khususnya sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Y.B Datuk Abdul Rashid bin Asari dalam satu kenyataan berkata, "Program Jelajah Persona Selangor 2019 menjadi landasan kepada penggiat industri pelancongan untuk menjalinkan kerjasama dengan Badan Pelancongan Negeri serta Kerajaan Negeri, secara amnya. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat pelan promosi pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik".


Tarikan Pelancong Luar 

Tarikan produk pelancongan Negeri Selangor telah berjaya menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong seramai 3.48 juta orang dari bulan Januari hingga Jun 2019. 53% atau 1.86 juta terdiri daripada pelancong domestik manakala 47% atau 1.62 juta adalah pelancong antarabangsa. Angka tersebut menyumbang kepada peningkatan sebanyak 3% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Seiring dengan Kempen #DiscoverSelangor dan #TakeMeAnywhere yang giat dipromosi di laman media sosial utama seperti Facebook, Instagram dan Twitter, Program Jelajah Persona Selangor 2019 merupakan sebuah penambahan yang signifan kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan di Malaysia yang kaya dengan seleksi produk pelancongan menarik dan kehijauan yang terpelihara walau dalam kepesatan kemajuan bandar.


Kolaborasi Bersama JDT Blogger

Alhamdulilah dengan pertemuan ini, Sis dan rakan JDT Blogger di Johor akan turut sama-sama berkolaborasi bersama Tourism Selangor bagi menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dan juga Visit Johor 2020 melalui penulisan di blog sebagai media blogger bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia!

InsyaAllah ...

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk-produk pelancongan Negeri, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif. 



P/S: Selangor tu kampung Suami, tempat kelahirannya, Sabak Bernam hehehe..

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!