Anak-anak yatim dan asnaf ini merupakan pelajar dari sekolah-sekolah di dalam linkungan jarak 2 kilometer radius dari Forest City, iaitu SK Ladang Pendas, Morni Pok, Pendas Laut, Tanjong Adang, Tanjung Kupang dan Tiram Duku. Forest City telah memperuntukkan sebanyak RM20,000.00 bagi tujuan membeli kelengkapan persekolahan seperti pakaian uniform, kasut, stoking, beg sekolah, seluar sukan, alatan tulis serta lain-lain keperluan pelajar.
Program yang dijalankan ini merupakan yang ketiga kali diadakan oleh Forest City. Terdahulu program ini telah dilaksanakan pada 2015 dan 2017.
[Baca juga] : Taman Tema Air Forest City Kini Di Buka Sepenuhnya
100 orang penerima sumbangan kelengkapan sekolah di program Kembali ke Sekolah 2020 anjuran Forest City bersama Dzulkefly dan Pihak Pengurusan Forest City. |
Penerima sumbangan dari 6 buah sekolah angkat Forest City kelihatan gembira selepas menerima kelengkapan sekolah baru. |
Majlis penyerahan sumbangan Kembali Ke Sekolah yang bertempat di Hotel Phoenix Marina Antarabangsa, Forest City telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YB tuan Sr. Dzulkefly Bin Ahmad. “Amalan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah satu amalan yang terpuji. Mungkin nilai ini kecil bagi yang berkemampuan, tetapi besar maknanya kepada mereka yang menerima. Saya yakin sumbangan Forest City ini akan menceriakan anak-anak dan meringankan beban tanggungan para ibu bapa penerima”, ulas DZulkefly.
Forest City yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar, Tuan Hj. Ir. Syarul Izam Bin Sarifudin berkata “Pendidikan merupakan aset bagi seseorang individu, dan kami di Forest City amat berharap agar sumbangan ini dapat membakar semangat anak-anak ini untuk ke sekolah, menimba ilmu dan seterusnya menjadi insan berjaya di masa hadapan. Semoga usaha kami di hari ini memberi manfaat buat mereka”.
Ir. Syarul Izam bersama penerima sumbangan sewaktu sesi membeli-belah sempena program Kembali ke Sekolah 2020 anjuran Forest City. |
Program tanggungjawab korporat social (CSR) yang berpandukan teras pembangunan sosial ini bukanlah kali pertama dilaksanakan. Semenjak awal penubuhannya, Forest City aktif di dalam program-program sosial dan kemasyarakatan. Terkini, Forest City merancang untuk mempergiat aktiviti dan usaha pemulihan alam sekitar melalui kerjasama dengan pakar yang arif di dalam bidang masing-masing.
P/S: Tahniah Forest City! 👏
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.