Menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan South East Asia Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd, Cho Do Youn, barisan produk Botaneco Garden yang ekstensif dan mempunyai pelanggan yang setia.
“Botaneco Garden memiliki lebih 50 SKU, sekali gus menjadikannya antara rangkaian produk mandian dan penjagaan badan berinspirasikan alam semula jadi yang paling ekstensif di Guardian. Ia sentiasa menjadi produk terlaris kerana dibangunkan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit pengguna di Asia. Dihasil menggunakan ramuan organik dan disahkan mesra alam (ECO) dengan formulasi yang bebas daripada bahan kimia berbahaya serta pakej yang boleh dikitar semula. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup mesra alam, produk Botaneco Garden dilihat sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.”
Rangkaian baharu itu merupakan formulasi unik yang menggabungkan minyak benih Camellia seed oil dari Jepun yang menerima persijilan ECO 100%. Rangkaian produk ini mempunyai minyak bran beras organik dari India yang penuh dengan anti-oksidan untuk memberikan rambut serta kulit yang sihat.
Rangkaian produk itu terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut dan perawat rambut yang membantu menambah baik kondisi rambut rosak dengan lembut, selain meningkatkan kekuatan rambut. Tidak ketinggalan buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang melembabkan kulit, sekali gus membantu menjadikan kulit lebih licin, selesa dan lembut.
Rangkaian produk rambut, mandian dan badan, baru daripada Botaneco Garden Camellia & Rice Oil berfungsi until merawat rambut rosak dan melembutkan permukaan kulit |
Rangkaian Organic Camellia & Rice Oils Hair Botaneco Garden Untuk Membaik Pulih Kerosakan Rambut
Bagaimana ia berfungsi
Rangkaian penjagaan rambut empat langkah ini dikhaskan untuk rambut rosak. Diperkayakan dengan Keratin Tumbuhan, yang dapat membantu menambah baik kondisi rambut rosak dan meningkatkan kekuatannya dengan cara mengurangkan masalah rambut bercabang dan kutikel rosak dengan melancarkan kutikel rambut. Memandangkan rambut rosak biasanya kelihatan kering, rangkaian ini mempunyai bahan Panthenol yang membantu menambah baik kilatan rambut. Manakala Vitamin E pula membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan radikal bebas.
Formulasi ini bebas daripada parabens, silikon, pewarna, alkohol, minyak mineral, petrolatum, DEA dan lanolin. Jadi, pengguna boleh berasa yakin apabila memilih produk kecantikan berasaskan kepada alam semula jadi daripada Botaneco Garden.
Rangkaian Organic Camellia & Rice Oils Hair Botaneco Garden Untuk Membaik Pulih Kerosakan Rambut terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut dan perawat rambut. |
Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakannya sebagai satu regim penuh. Mulakan dengan syampu dan perapi, kemudian sapu dengan minyak rambut sebelum dikeringkan untuk mendapatkan rambut yang licin. Perawat rambut pula perlu digunakan seminggu sekali.
“Rangkaian Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oils memang ideal untuk mereka yang mempunyai kutikel dan rambut rosak seperti bercabang. Di samping mereka yang mahu meningkatkan kekuatan rambut kerana produk ini dihasil untuk menangani dan membantu masalah masalah yang dihadapi ramai. Ia juga lembut bersama wangian yang mengasyikkan,” kata Cho.
Rangkaian Melicinkan Tubuh Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oil Body
Bagaimana ia Berfungsi
Rangkaian produk mandian Botaneco Garden Camellia & Rice Oils khas untuk mereka yang mahukan kulit lebih licin kerana ramuan-ramuannya mampu menyegar, mengekalkan tona kulit sihat memulihara keanjalan kulit serta melembab untuk kulit yang lebih licin, lembut dan selesa. Ia didatangkan dalam bentuk buih mandian, losyen badan dan krim tangan.
Ia diperkaya dengan Keratin Tumbuhan untuk membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Penambahan Niacinamide menyumbang kepada kulit yang tiada cela, kuat dan sihat.
Rangkaian Melicinkan Tubuh Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oil Body terdiri daripada buih mandian, losyen badan dan krim tangan. |
Anda dicadang supaya menggunakan rangkaian penuh produk ini, bermula dengan buih mandian yang diformulasi bebas daripada paraben dan sabun. Diikuti oleh losyen tangan yang diformulasi bebas daripada petrolatum dan tidak melekit untuk melembab serta melicinkan kulit dengan lembut.
Harga dan Lokasi Jualan Produk
Produk-produk rangkaian Botaneco Garden Camellia dan Rice Oils dijual pada harga RM20.70 untuk syampu sesuai untuk rambut rosak (500ml) dan perapi rambut (500ml).
Manakala minyak rambut (95ml) berharga RM19.60 dan RM16.50 sebotol untuk perawat rambut (225ml).
Rangkaian produk penjagaan badan seperti buih mandian (500ml) ditawarkan pada harga RM20.70 sebotol, losyen badan (400ml) berharga RM16.90.
Dan untuk krim tangan (60g) RM9.80.
Produk produk ini boleh didapati di kedai dan e-stor Guardian di seluruh negara.
Ikuti https://www.instagram.com/mybotanecogarden/ untuk maklumat lanjut dan kemas kini
mengenai Botaneco Garden.
P/S: Suka sangat baunya, wangi!!
selalu tengok brand ni kat guardian. cantik packaging dia
ردحذفKannn, try laaa wangi sangat!!
حذفThis is a wonderful article, Given so much info in it, These type of articles keeps the users interest in the website, and keep on sharing more ... good luck Best rice bran oil in India
ردحذفThank You..
حذف