SABAR. WALAUPUN KITA BAIK, TAPI 'TERKENA' JUGA

Sis Lin
10
SABAR. WALAUPUN KITA BAIK, TAPI 'TERKENA' JUGA | Hari-hari kita melalui hidup ini. Setiap hari yang kita lalui episodnya pasti tidak sama. Mari kita buat imbasan sedikit tentang hari-hari dalam kehidupan ini. Ada masa kita mengenakan orang dan ada masa kita yang terkena. Apa yang kita pinta bukan saja yang baik, malah kalau kita minta untuk buat kejahatan pada orang lain pun kadang-kadang Allah makbulkan, kan.

Mengapa niat jahat pun Allah izinkan untuk terjadi?

Sebagai contoh mati dibunuh, kita menganiaya orang, orang merompak kita, niat jahat orang terhadap kita Allah izinkan terjadi walaupun kita baik, tapi “terkena” juga. Allah memakbulkan niat jahat orang lain terhadap kita bukan bermakna Allah suka kepada perkara yang jahat itu, tetapi Allah hendak menguji orang yang jahat itu. Allah bersetuju memakbulkan niat jahat orang terhadap orang lain, tetapi kata Allah diakhirat nanti kamu “siap”, ada balasan yang menanti. Allah hendak bagi peluang kepada orang yang jahat, adakah dia mahu berubah. Buatlah jahat banyak mana pun, tapi nyawa kamu tetap dalam tangan Aku, kata Allah.

Kita yang merasakan diri teraniaya pula sebenarnya, Allah juga nak menguji sejauh mana sabar kita, bagaimana sangkaan kita terhadap Allah dengan apa yang ditakdirkan dan apa ikhtiar kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau musibah itu. Memang bila dianiaya kita rasa seolah-olah Allah tidak adil terhadap kita, apatah lagi jika ujian atau masalah yang kita dapat itu terlalu berat pada sangkaan kita. Berdoa, berdoa dan berdoalah.

Allah menghampakan hambaNya tidak sama sekali. Hatta seorang islam jika mendoakan seorang islam yang lain dalam keadaan dia tidak tahu, maka kata Allah kamu juga dapat yang sama sepertimana yang kamu doakan untuk orang lain.

Maka doalah yang baik-baik saja untuk orang lain. Iblis yang paling derhaka itu pun minta nyawanya dipanjangkan hingga akhirat, itupun Allah makbulkan, takkanlah kita yang sembahyang ini Allah tidak mahu memperkenankan doa kita, kan. Kalaupun kita geram sangat dengan orang yang buat jahat pada kita itu, kata Allah balaslah kepadanya (orang jahat) setimpal sepertimana yang kamu kena, jika tidak serahkan saja kepada Ku untuk membalasnya bagi pihak kamu.

Sekarang baru kita dapat merasa keadilan Allah itu ada, kan. Allah tidak sesekali menganiaya hamba Nya. Perbuatan baik dan buruk tetap ada balasannya. Yakinlah. Cuma lambat atau cepat saja seseorang itu mendapat balasan, sama ada bagi yang buat baik atau yang buat jahat termasuk yang bersubahat.

Mungkin kena dan mengenakan orang ini seolah-olah menjadi satu penyakit keturunan. Mungkin orang yang pernah terkena, dia berdendam, maka dia pula yang kenakan orang lain. Jadi timbulnya situasi balas membalas. Janganlah berdendam. Cubalah kita jadi untuk lebih sabar, rasional dan berfikir panjang sebelum buat sesuatu atau sebelum membalas apa saja kepada orang lain.

Contohilah sikap Nabi saw apabila dicerna dan dihina oleh kaumnya malah Nabi saw sampai dibaling batu hingga giginya tercabut dan kakinya berdarah ketika pergi untuk berdakwah di Taif, tidak cukup dengan itu Nabi saw juga pernah diletakkan najis unta dibelakangnya ketika sedang sujud (solat), maka Allah mengutuskan malaikat untuk bertanya kepada Baginda saw mafhumnya, “mahukah engkau wahai Rasulullah, aku angkat gunung ganang di sekiling ini dan dihempapkan ke atas mereka yang menyakitimu?”. Lalu apa jawab Nabi saw, “tidak perlu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Aku mengharapkan dari sulbi mereka ini akan lahir generasi yang mentaati Allah swt”.

Bagaikan tidak percaya, ada rupanya orang di dunia ini sebaik dan sesabar Nabi saw. Maka tidak hairanlah Nabi saw sangat layak untuk mendapat balasan syurga Firdaus. Kita bagaimana? Mampukah jadi sebaik itu? Kalau alasannya kerana Baginda adalah seorang nabi, kena ingat bahawa Baginda juga adalah manusia biasa seperti kita yang merasa sakit. Kita hanya mampu jadi sebaik dan sesabar Nabi saw jika hati kita bersih. Masa lalu kita tidak dapat ubah, kerana ia sudah jadi sejarah tetapi masa depan kita dalam tangan kita dan kita mampu menguasainya, insha Allah.

Nabi saw ada mengajarkan kita doa mohon cahaya yang bermaksud, “ Aku mohon hati yang bercahaya, pandangan yang bercahaya, kurniakan pada pendengaranku juga cahaya, suluhkan kiri dan kananku  cahaya, juga dari atas dan bawah cahaya, pada wajahku juga bercahaya. Jadikan cahaya dengan sesempurna cahaya”. Semuanya cahaya, cahaya, cahaya. Jadi banyak manakah cahaya yang sudah kita dapat?


Ibarat sebuah lampu, yang meneranginya ialah kerana ada mentol didalamnya. Mentol itu adalah hati. Jika hati kita gelap tidak ada cahaya, maka suram dan malaplah hidup kita. Jika mentol  itu rosak, cepat-cepat tukarkan dengan yang baru. Jika hati gelap, terangkan dengan pengetahuan dan ilmu. Eksplorasilah kehidupan yang luas ini dengan cara yang betul. Semua orang kena yakin boleh.

Jadi renungilah hidup kita, apa lagi yang perlu kita lakukan. Hidup ini luas potensinya. Jangan diri sendiri menjadi halangan untuk kita memula dan meneruskan langkah. Andai ada ketika kita terhenti dek kerana halangan-halangan, jangan terhenti terus, mulakan balik. Kalau kita sudah boleh berjalan, cuba berjalan dengan laju, sampai kita mampu terbang. Ibaratnya begitu. Itulah semangat yang harus ada dalam diri kita. Hitam putih hidup, sendiri yang tentukan.

Atasilah segala hal dengan kesabaran dan keimanan. Sungguh hidup ini ada pelbagai warna dan corak (dugaan), nama pun hidup. Jika kita sering ter”kena” dengan orang jahat, usah gusar melaluinya, sebab Allah kan  ada.

Kita mungkin ada banyak orang-orang yang kita sayang malah begitu istimewa kita tempatkan dia dalam hati kita, bukan tapi Dia yang Maha Sempurna. Moga hidup kita sentiasa dilimpahi kasih sayang dari Allah swt.


P/S: Sabar dan terus Sabar..nampak aku diam, tapi ingat! Aku perhati jeee ko..

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Good sharing Lin.. Kak Sue jenis memang akan maafkan kalau orang buat tak baik dengan Kak Sue, tapi nak lupa tu ambik masa yang lama..

    ردحذف
    الردود
    1. Makaseh Kak sudi membaca..Jenis Lin pun agak sukar nak memaafkan selagi tak puashati berdepan atau bertanya sendiri...itulah Lin...

      حذف
  2. Sabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah walaupun kita diuji dengan teruk sekali..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Dilah, memang kalau dapat begitulah...tapi kadang sukar nak memaafkan dan takkan memmafkan pun...

      حذف
  3. Uishh awat tu sislinn? Sabaq na hehehe. Yang doa cahaya tu kekadang saya doa juga. Minta cahaya untuk kubur juga. Yela kan nanti kat 'sana' sorang sorang. Kena lah doa banyak2 hehe.

    Thanks for sharing btw :)

    ردحذف
    الردود
    1. Biasalah Sayidah, hidup ni di uji oleh manusia-manusia yang jenisnya katagori hati hitam...sebab itu nak maafkannya memang kalau ingat, sampai mati pun susah nak maafkan huhuhu...

      Makaseh Sayidah sudi membaca...

      حذف
  4. jom sama2 jadi insan yang sabar....

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!