SAHABAT SEBILIK DAN SECAWAN | Kenapa hanya sebilik dan secawan? Sebab kami hanya biasa berkongsi tidur sebilik dan minum secawan. Kalau makan lain-lain pinggan, kalau tidur pun lain-lain bantal hahahaha.
Terima kasih Sahabatku, Adikku juga Musuhku Sunah Sakura hahahaha.
Sahabatku...dia pendengar setia dan penyimpan rahsia..
Adikku...dia tahan bergurau dan sabar karenah Sis..
Musuhku...selalu ada je bahan gaduh, lagi-lagi kalau ajak makan dan minum hahahaha..
HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.
Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari.
Tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai ‘kera sumbang’ iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri.
Bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan pelbagai lagi.
Di samping itu, sudah menjadi lumrah dunia, ada juga sahabat yang hanya dekat pada kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja...
Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar.
Walaupun teman sebegini sukar ditemui, tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.
P/S: 10 tahun bersahabat dengannya, jom Sunn gi rumah Mat Gebu! Hahahaha tiberrrr .....
Alhamdulillah best nya, kami tumpang tersenyum sendiri tengok gambar tu 😁
ردحذفAlhamdulilah...makaseh Umi...hahahaha
حذفOk..ini statement...saya perrcaayaaaa!! Hihii..moga kekal selamanyaa hubungan persahabatan Ni...Amin
ردحذفAamiinn, makseh Nona..buat Nona juga yang sudi menjadi sahabat Sis..
حذفLink kak sunah..sy klik tapiii why kuo errorrrr
ردحذفUitt ye ke, salah link tu, jap edit..
حذفDah agak dah mesti si SS
ردحذفHehehehe siapa lagi kan..doakan persahabatan kami ya Wak..
حذفSahabat sejati memnag sukar dicari :)
ردحذفYaaa sangat! Biloa da, kita jagalah persahabatan itu sebaik mungkin...
حذفjommm gi umah mat gebu!!! tiberrr gak..hahahhaha
ردحذفJomm esok!!! Hahahahaha
حذف