SAMBAL TUMIS UDANG PETAI YANG SEDAP SANGAT! | Pedas kemain sambal tumis udang petai Sis kali ni, tapi sedap tak boleh bawak sepinggan nasi, habis bertambah makan dua pinggan nasi kelmarin lepas hahahaha. Jangan kata Sis, anak bujang dan Suami Sis pun sama juga, katanya sedap sambal udang Mak hehehe. Alhamdulilah.
Sebetulnya lama sangat tak masak udang, ikan atau seafood di rumah ni, balik-balik menu ayam aja manjang. Ayam tu sebab masa anak Sis, Kakak ada di rumah, memang menu dia ayam saja laa, takdenya nak masak ikan ke seafood ke. Kena plak Ayahnya takde masa tu, memang ayam aje laa jadi menu selang sehari. Selain telur dan ikan goreng.
So kelmarin sebelum Suami gerak balik ke Paka, Sis ajak ke pasar beli lauk basah sikit. Makanya minta Suami duit, dia hulurnya rm100, Sis apalagi, belilah udang saiz sedang, ikan caru, ikan kembung, ikan tongkol, sotong dan juga tulang lembu, haaa puashati!
Suami pun gelakkan Sis nengok beli lauk kemain banyak, siap cakap 'waa balas dendam nampak' hahahahaha. Yee balas dendam kat anak tekak, nak makan memacam, so lepas ni menu ikut suka hati Emaknya laaa hahahaha.
Cuma tak taulah ek, sejak-sejak ni, cili kering kalau masak kemain pedas berapi, padahal dah pilih cili kering yang tak pedas, kerinting dan tidak berkilat, tapi pun pedas! Pedas dia tak boleh bawak bincang, makanya Sis terpaksa campurkan dengan sebiji tomato dalam tumisan sambal tu, barulah rasa pedas tu ada sikit kurang,
Petua mana? Entah petua sendiri sukahati, tapi nampaknya berkesan. Kurang sikit rasa pedas dalam sambal tu. Tapi takde pun rasa tomatonya, masih tetap rasa sambal tumisnya.
[Baca juga]: Sambal Tumis Udang Petai Sedap Mat Gebu
Mulanya nak asingkan juga petai tu, takut anak bujang tak makan bila ada rasa petai, tapi setelah bertanya banyak kali, dia kata okay, makanya, Sia pun taburlah dan gaullah petai dalam sambal tu, maka terjadilah sambal tumis udang petai.
Rasanya ada 25 ekor udang yang Sis masak, dapat juga Suami makan sebelum gerak ke Paka masa tu. Pun dia makan bertambah sepinggan lagi. Hehehehe. Kena pulak ada ikan asin sayur lemak kobis, kegemaran dia, memanglah bertambah nasinya.
Sambal tumis udang petai tu tak sampai ke malam pun, malam lauk semua dah licin, yang tinggal lomak kobis ikan asin. Malamnya kirim anak beli burger hehehehe. So tau laa di situ bahawa sambal tumis udang petai Sis pada haritu sangatlah sedap walaupun pedas hahahaha.
Resepi? Alaa sama jer resepi sebelum ni, cuma Sis tambahkan sebiji tomato untuk kurangkan rasa pedas tu. Tomato di lenyek-lenyek dalam kuali bersama sambal sewaktu menumis. Lain-lain sama je cara masak sambal tumis.
Harini masak apa? Harini Sis masak sup tulang daging lembu bersama kentang dan lobak putih. Lauk tu je, sebab nak makan hirup dengan sambal kicap. Gorengkan sayur kangkung untuk anak bujang Sis. Nanti mesti dia goreng telur dadar hahahaha.
Korang masak apa plak?
P/S: Lama tak masak sambal tumis ikan selar, sedapnyaa kann!
Betul tu Sis...cili kering sekarang memang pedas giler..guna sesudu pun masakan jadi pedas nak mati...sedapnya nampak sambal udang tu..
ردحذفKannn, padahal dah beli yang tak pedas dah, tapi still juga pedas nak mati @Suria hahahaha
حذفbagi dana udang masak apa pun sedap, kalau ada petai lagi lah sedap
ردحذفKannnn, tapi udang memang puasnya masak sambal tumis juga kan @Norhidana hehehe
حذفKita pun baru makan sambal petai tadi. Ceduk petai je, Udang tak ambil. Mujur tauke kedai tak jeling haha :D
ردحذفHahaha ceduk petai aje ek Puan @Hazel, kena bayo tak petai saje tu heheheh
حذفLauk-lauk macam ni ada petai ni yang bahaya kalau untuk PC dan en suami..fuhhhhhh.Silap-silap masa nasi dua kali bukan tambah nasi dua kali je..
ردحذفBetul la Sis..PC pun dah dua tiga kali beli lada kering pedas nak mencungap pun tak sempat...nak kata berkilat tak pulak..dah pilih yang tak pedas..penyudahnya masak sikit-sikit makan pun sikit-sikit..tapi lagi pedas lagi sedap sebenarnya.
Yaaa sama macam Sis dan Suami juga, sekali makan sambal udang petai, bertambah nasi tak ingat kenyang hahahaha..
حذفPuas memilih lada yang tak pedas @PC, tapi tetap juga rasa pedasnya...
Kaso giler udangnya.
ردحذفWak pilih udangnya saja sebab wak tak makan petai
Yaaa @Wak, memang amik saiz sedang, puas makannya hehehe
حذفgerammnyeeee udangg tuhhhh..tapi kite alergik petai..halamakk...
ردحذفHahahaa next time nnti Sis masakkan yaaa, mai le ke rumah ya @Farahain...
حذفammi pun dah lama tak masak seafood kat rumah...manjang ayam je
ردحذفKannn naik jemu kita Ammi @Sheila, sebab anak sulung tu memang pemakan ayam, susah nak masak menu lain...
حذفdia punya udang tu perghhh freshhhh gila rupa dia! tapi tak nak petai!!!! hahahahaha
ردحذفHahahaha tak nak petai, kena masak lain dan tukar tajuk lain ya @Sunah hahahaha
حذف