SIAPA SEBENARNYA UYGHUR?

Sis Lin
43
SIAPA SEBENARNYA UYGHUR? | Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi. Tapi hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur, termasuk juga Sis yang baru beberapa hari ini buat research mengenai isu ini. Dan sekarang baru Sis tau dan faham.

Isu Uyghur bukan isu baru. Tahukah korang bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina!! Mahu buktinya? Korang lihat gambar tiga orang bangsa Uyghur yang Grup Peguam ABIM (GPA) selamatkan dan melepaskan mereka daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia.

Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan.

Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama, selain wajah mereka juga hampir sama. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun pada tahun 1955, Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud ‘the new territory’ iaitu wilayah baru).

Hakikatnya, Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah. Mulai tahun itu, IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (contohnya, Salahuddin kepada Shalayiding).

Mulai tahun itu, juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh, selain kaum wanita pula dirogol.

Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. Hakikatnya, lebih teruk dari Palestin.

Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih zalim daripada kaum Zionis. Bezanya, kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat akses media seperti facebook, Youtube dan internet.

Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

Oleh yang demikian, kita perbanyakkan doa-doa agar ALLAH swt memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dripada musuh-musuh Islam.
Amin Ya ALLAH swt.

Harapan dan Doa

Sepertimana yang kita sedia maklum, umat Islam di seluruh pelusuk dunia dibunuh, disiksa, ditindas, kampung halaman dimusnahkan, dibakar, serta dirampas. Tiada apa sangat yang mampu kita lakukan. Bukanlah kerana musuh-musuh Islam itu terlalu kuat, tetapi kerana umat ini terlalu lemah.

Benar sabda Nabi Muhammad saw di dalam hadith sahih riwayat Imam Ahmad bermaksud:

Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: “Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada ketika itu ya Rasulullah?”. Rasulullah bersabda: “Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan dan ALLAH SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari musuh-musuh kamu. dan ALLAH SWT akan melemparkan di dalam hati kamu penyakit al-wahan”. Sahabat bertanya: “Apakah itu al-Wahan ya Rasulullah?”. Rasulullah bersabda: “Cintakan dunia dan takutkan mati.

Moga-moga kita dijauhkan dari penyakit al-wahan ini. Semoga ALLAH SWT SWT memberi kekuatan kepada saudara kita di Gaza-Palestin, Syria, Myanmar, Xinjiang, Kashmir, Bangladesh, Sri Lanka, dan di seluruh dunia.

Sumber : ABIM 


Jom kita melakukan solat hajat untuk memohon pertolongan Allah swt bagi menyelamatkan nyawa etnik Muslim Uyghur yang dizalimi dan dibunuh.


P/S: Tak tau nak kata apa, hanya mampu mendoakan...
Tags

Post a Comment

43Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pun SA x tau nak kata apa, baru je tau pasal ni..jom sama- sama kita panjatkan doa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa SA, sama-sama kita doakan yang baik-baik aje untuk mereka ...aamiinnn

      Delete
  2. semoga semua baik baik saja. kita doa doakan jela

    ReplyDelete
  3. Ada baca post pasal ni kat fb Ayman. Allahu. Saudara islam kita ni. Ya Allah. Kehilangan kata-kata 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedih sangat, Sis baru nak memahami tentang isu ini Umi...

      Delete
  4. Allahu.. kesiannya mereka.. baru ni betul3 paham sejarah kaum Uyghur tu.. semoga mereka terus dilindungi dan dijauhi dari kekejaman bangsa Han..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dilah, sedih sangat..moga ada balasan dan hikmah di ssebalik semua kejadian ini...

      Delete
  5. sedihkan baca pasal masyarakat Uyghur ni.
    Jahanamlah pada komunis2 yang menganiaya mereka-mereka yang lemah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak kata apa , hanya mampu berdoa aje untuk mereka...

      Delete
  6. Ya Allah sedih dan sebaknya baca. Hanya mampu berdoa semoga mereka selamat dan dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, kita sama-sama mendoakan mereka di sana...

      Delete
  7. Semoga segalanya dipermudahkan bagi golongan yabg kurang bernasib baik ni.

    ReplyDelete
  8. Ya ssedih sangat! Tak terkata apa hanya mampu berdoa doa dan terus berdoa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nina, kita mampu berdoa dan mengahrapkan satu keajaiban berlaku...

      Delete
  9. Wahhh .. this is one good article about uyghur. I have not know this until I read your blog!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ..we must know about it and pray for them...

      Delete
  10. Moga dimudahkan kehidupan mereka dan insyaAllah kita sesama mendoakan mereka. Dan moga kuasa antarabangsa akan mula mengambil tindakan terhadap kezaliman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, moga mereka semua di bawah lindungan Allah swt...

      Delete
  11. Sedih nampak hal ni. Thanks for the info about this. I thought ada involvement dengan China. I hope our prayer will reach and help them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..we pray for them, and hope everything will be okay soon..

      Delete
  12. Tak pernah tahu pasal ni until baca entry ni. Allahu, ingtkan mmg zionis yang paling kejam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sis juga baru tau juga dan research sekit-sikit dan kongsikan di sini...

      Delete
  13. Semoga sesuatu penyelesaian dan perdamaian dapat dicapai. Semoga pihak yang tak bertanggungjawab akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, moga doa-doa kita semua Allah angkat dan makbulkan...

      Delete
  14. ya ada juga baca sebelum ni, pada awalnya bukan asal China tapi telah dijajah kan. Semoga etnik eyghur terbela oleh mana-mana negara.

    ReplyDelete
  15. sedih sangat bila orang islam di tindas.semoga selamat hamba2 Nya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kita turut tempias merasa sakitnya kesakitan mereka...

      Delete
  16. thanks sharing pasal ni. dunia makin sakit.. akhirat makin dekat. manusia makin zalim, islam makin di tindas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Huda...sangat kejam! Kita doakan moga semuanya cepat berakhir...

      Delete
  17. Baru juga baca pasal asal usul Ughyur ni. Tengok video pun ada. Paling sedih bila baca komik pasal wanita bekas tahanan camp. Nak nangis. Tak tahu nak mula dgn apa, mulakan dgn doa utk mereka dan slowly kita bantu mana yg boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, Sis tak nak tengok video merekatu, sedih, mampu berdoa untuk mereka aja..Allah itu maha adil!

      Delete
  18. Selalu nmpk post kt fb pasal saudara muslim kita disana.Harap dipermudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sama-sama kita mendoakan mereka ya ...

      Delete
  19. Tengok benda ni mcm dh lama berlaku, tapi nampak dekt media sosialbulan lepas ke bulan ni.. Tersebr luas.. Sedih tengok.. Semoga dipermudhkan dan harap selesai dengaj segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Nad, Sis pun baru juga menkaji dan banyak membaca kes dan isu ini, lama dah benda ni, cuma sekarang semakin kejamm di perlakukan...

      Delete
  20. sedih juga dengar kisah mereka ni, semoga ada jalan perdamaian. masih ada lagi orang yang suka gunakan kekerasan dan keganasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sampai sekarang kalau baca memang sedih, moga Allah pelihara mereka..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!