SUSU PISANG NILOFA, KORANG DAH CUBA KE? | Yaaa Sis sudahpun mencubanya. Geram sangat kann sana sini duk sebut susu pisang ni, sampai jadi kontroversi gitu. So peel Sis, peduli akan kontroversi tu, taknak campur tapi nak beli dan cuba juga apa yang bestnya susu pisang ni, dan akhirnya....Susu Pisang Nilofa in the house!!
Thank you buat anak Sis yang cuba dapatkan susu pisang ini untuk Emaknya. Kebetulan anak Sis punya kawan dia agen menjual susu pisang ni untuk area Bukit Indah, Johor sana. So sapa nak dapatkannya, bolehlah hubungi Ain (detail di bawah).
Nak tau sedap ke tidak susu pisang ni, meh la baca apa yang nak Sis kongsikan ni ya hehehe..
Apakah sama macam susu pisang Korea tu? Sila baca review Sis di akhir sekali..
Pisang dalam hidup kita
Buah pisang merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang cukup lazat dan mudah dimakan. Selain terkenal sebagai makanan yang memberikan tenaga segera, ia juga boleh dijadikan sebagai pelengkap yang sesuai kepada pelbagai jenis hidangan pencuci mulut. Daripada ais krim, kek, pengat, sehinggalah kuih-muih tempatan seperti cekodok, apam dan juga pisang goreng. Dalam dunia kulinari tempatan pula, buah ini juga boleh dimasak dengan pelbagai lauk yang lain. Antara masakan berasaskan pisang yang popular adalah gulai lemak pisang muda dengan ikan talang, serta pisang muda masak lemak cili padi.
Maklumat nutrisi
Buah ini (tidak termasuk kulitnya) terdiri daripada 75% air, 23% karbohidrat dan 1% protein. Hidangan bersaiz 100 gram mampu membekalkan 89 Kcal tenaga, vitamin B6 sebanyak 31% daripada jumlah yang disyorkan, 8.7 mg vitamin C dan 2.6 g serat pemakanan. Untuk kandungan mineral pula, zink merupakan mineral terendah yang terdapat dalam buah ini (0.15 mg) manakala mineral yang paling tinggi pula adalah potasium (358 mg).
Info : Hello Doktor
Susu Pisang Nilofa
Insiden pertama adalah pelancaran produk susu pisang NILOFA ini. Asalnya, susu berasaskan buah tropika ini merupakan satu eksport popular dari negara Korea. Kelazatan susu tersebut telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia dan beransur-ansur menjadi popular. Ini menyebabkan eksport susu tersebut meingkat dan semakin ramai konsumer mula jatuh hati. Melihat potensi pasaran lumayan ini, tidak hairanlah jika ada selebriti atau mana-mana usahawan yang mempunyai modal untuk mula menceburi sektor ini.
Namun yang demikian, timbul pula kontroversi yang sedikit sebanyak telah menjejaskan populariti pelancaran susu tersebut. Berdasarkan iklan produk susu pisang Nilofa, terdapat beberapa dakwaan kesihatan yang tidak masuk akal dan juga mengelirukan telah dibuat. Antara dakwaan yang dibuat termasuklah dapat mengurangkan obesiti, mengawal rembesan insulin dan juga membuang toksik dalam badan. Kesemua dakwaan yang memesongkan ini telah dikesan oleh beberapa pengguna media sosial yang cakna.
Salah satu daripadanya adalah seorang doktor dan juga bekas pelajar cemerlang tanah air, Dr Amalina Che Bakri. Menyedari apa yang telah berlaku, kenyataan balas telah dibuat oleh pemilik produk tersebut. Menurut beliau, kesilapan tersebut berlaku akibat daripada ralat oleh pihak yang telah diupah untuk menghasilkan iklan susu itu.
Info : Hello Doktor
Sedap Ke Tidak Susu Pisang Nilofa Ni?
Okaylah nak cakap jujur aje ya, taknak cakap seolah memang saja nak memperomotkan susu ni atau artisnya (idola Sis) Hahahaha. Untuk tekak Sis, memang sedap! Cuma agak manis sikit, tapi masih boleh di terima kemanisannya tu.
Dan Sis sarankan korang kalau nak minum susu pisang Nilofa ni, pastikan sejukkannya dulu, sebab Sis dah cuba minum terus dan juga minum bila dah sejuk (masuk peti aias). Ternyata bila dah sejuk lebih sedap!! Sangat sedap!
Sama ke macam susu pisang Korea tu? Sedikit sama, tapi yang Korea punya kurang manis dan kurang pekat rasa susu pisangnya, tapi yang susu pisang Nilofa ni, susunya pekat dan pisang dia terasa giler! Sebab tu kalau minum sejuk, sedap!!..
Harganya tidaklah begitu mahal. Pek dia agak besar dan kalau tuang semuanya, penuh satu cawan dan ada lebih sikit dalam peknya. Kalau beli 1 harganya hanya RM 4.90, tapi anak Sis belikan sekotak, sekotak ada 6 harganya RM 27 sahaja. Beli dengan agen-agen sah ya, kang korang dapat pulak yang tiruan.
Dan yang penting HALAL semestinya. Yaa laa, yang susu pisang Korea kemain korang tibai minum walaupun was-was halalnya, so yang sah-sah halal Malaysia ni, korang taknak beli dan cuba ke? Hohohoho...
Untuk di Johor, sekitar Bukit Indah atau Nusajaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, boleh hubungi/wahtsapp Ain +60 17 721 4855 ya. Percayalah.....memang sedap!.
Sekian untuk Susu Pisang Nilofa..
Mulakan hari korang dengan Susu Pisang Nilofa hahaha nak cantik macam dia, idok lerr, tapi tahi lalat dah sama dah hahahahaha...
Jomm masak!!
P/S: Yaaa tinggal lagi 5 hari sahaja lagi 2020, masa untuk 'face to face'!
tgh glamer susu ni. sana sini nampak orang jual. orang yang beli. nak try juga tapi kena beli dari agen la plak. adeh.
ReplyDeleteYaaa Fieza, sana sini duk tayang susu pisang ni, tu yang geramm betul selagi tak cuba hahahaha
Deletemurah jugak ya kalua beli sekotak. dekat area jakel ada yang jual direct susu ni cuma akak tak berkesempatan lagi nak pergi.
ReplyDeleteYe Kak, harga boleh tahan murah dan sepaket tu banyak juga..puas minum...
Deletenak try jugak.. sbb x penah lagi minum susu pisang korea tu.. aritu ada ofismate beli ngan kwn dia.. dah order tp belum dapat lagi..
ReplyDeleteHaaa boleh try yang ni Dilah, kompk halal toyiban hehehe
DeleteWak ada tanam pisang susu aje
ReplyDeleteHahahaha bolehlah buat susu pisang Wak hehehehe
DeleteTak pernah try lagi. Tapi memang ramai review kata sodapp hehehe
ReplyDeleteYaaa memang sedap Sayidah, nak banding dengan susu pisang Korea tu, yang ni lagi sedap sikit...
Deletejadi teringin nak cuba
ReplyDeleteHehehehe silalah mencubanya dan review hehehe
Deletehaaa yang dah halal ni jangan persoalkan lagi pulak...tapi mesti ada lagi isu lain selain halal kang...mencik tul...hahahha
ReplyDeleteTau takpe, kang ada pulak kata ke tanya ke, ku hempukkkk kang hahahaha
Delete