Tapi kalau dah sampai dan tak singgah makan di sini, nanti mesti menyesal punya. Sebabnya, menu di Restoran Nyonya Suan ni akan membuatkan korang betul-betul berada di Melaka. Masakan ala nyonya Melakanya membuatkan selera korang makan menjadi-jadi. Dah macam makan masakan di rumah gitu.
Untuk Sis, ini kali pertama juga singgah makan di sini sewaktu mengikuti FAMmediatrip bersama Tourism Johor ke Kuala Lumpur & Selangor baru-baru ini sempena Media & Industry Appreciation Dinner 2019. Jadi dari Johor menaiki bas, kami semua di bawa singgah ke Melaka, dan kebetulan untuk pick-up media Melaka untuk ke Kuala Lumpur sekali. So kami singgah makan tengah hari di sini.
[Baca Juga] : Media & Industry Appreciation Dinner 2019
Masa kami sampai pun, semua menu sudah di pilih dan tersedia untuk di hidang, lebih dari 5 menu yang di hidangkan. Menu yang Sis makan di sini, adalah antara menu 'signature' yang mesti korang makan dan cuba. Tak silap ada lebih dari 30 jenis menu yang ada, tapi ini antara yang the best kena makan.
Antara menu yang kami semua makan adalah :
- Asam Pedas Nyonya
- Udang Lomak Nanas
- Sayur Chupchai
- Telur Dadar
- Rendang Ayam
- Kangkung Belacan
- Tauhu Seafood
Asam Pedas Nyonya tu adalah masakan asam pedas nyonya Melaka. Jangan pulak korang nak bandingkan dengan masakan asam pedas Johor ya. Beza dan lain sangat. Tapi tetap sedap dan masih ada rasa asam pedasnya. Ikannya pula korang boleh pilih nak ikan apa. Harga mengikut saiz dan jenis ikan. Tapi, ada satu menu kegemaran Sis yang Sis suka sampai terhirup-hirup kuahnya dan yang paling banyak Sis ko makan adalah....
Udang Masak Lomak Nanas! Yaaa sangat menepati citarasa tekak seorang Sis Lin hahaha. Rasanya berekor-ekor Sis ko makan dan hirup kuahnya, nasib baik juga fikir nak jalan jauh dan nak cepat gerak, kalau tidak, mau licin semangkuk Sis ko hirup hahaha.
Sangat-sangat rasa lomak nanasnya, cukup lemak, cukup masam manisnya, dan udangnya sangat segar! Puashati makan kalau order semangkuk macam ni. Kawan-kawan yang lain pun suka akan masakan Udang Masak Lemak Nanas ni. So korang kalau ke sini mesti cuba okay!
Dan bila korang dah kenyang makan tersandar dekat kerusi, jangan lupa pulak order Cendol Nyonya Suan ni. Sis pada mulanya dah tak larat dah nak makan atau minum lagi dah, sebab dah kekenyangan sangat, tapi ownernya dah hidangkan kepada semua, makanya kenalah minumnya.
Akan tetapi bila dah minum dan hirup cendolnya, wowww!!! Uiii sedap kemain cendolnya...terus rasa segar biji mata Sis ko, serius cakap, memang sedap! Dah macam Cendol Kampung Hulu. Lemak santan dan juga kepekatan cendol tu, cukup perfect!!..Nasib baik dia hidang lepas makan, kalau hidang sebelum makan, rasanya Sis minta semangkuk lagi hahahaha.
[Baca Juga] : Hotel Red by Sirocco, Selesa Dan Bersih
So korang kalau singgah Melaka jangan lupa datang makan di Restoran Nyonya Suan ni ya. Dan yang bestnya kan...psttttt sebelah Restoran ni, ada kedai MUAZ hahahaha...lepas makan, sementara menunggu bas sampai, sempat Sis ko singgah ke MUAZ tu beli shawl dan bawal hahahaha.
Okaylah..Jom ke Melaka!!
Restoran Nyonya Suan
Alamat: 1336D. Costa mahkota. plaza merdeka (198.84 km)
75000 Malacca City
Contact: 011-1300 2988
Di buka setiap hari 11:00 - 14:30 | 17:30 - 21:00
Nota: (Jika datang tapi restorannya tutup, harap maaf, sebab mengikut kata ownernya, ada masa kekurangan pekerja).
Facebook pages : Restoran Nyonya Suan
#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia
P/S: Jem? Bukan Melaka namanya kalau tak jem ya!! ..
Nyummm semua menu makanan sesungguhnya menarik 😁
ردحذفYaa semua sedap dan menepati citarasa semua...
حذفpergh..menyelerakan..:)
ردحذفSangat Cik Nor, kekenyangan sampai Melaka, otw ke KL, tersandar ketiduran hahahaha
حذفketara sangat kepekatan lemak udang tu, kalua akk pun rasanya tak berhenti curah kuah dalam nasi
ردحذفYaaa pekat dan rasa lemak di campur nanas tu sangat perfect!! sedap!
حذف